Saturday, December 27, 2008

MP Kapar: Hantu Raya Tak Bertuan!

Berita hangat di pasaran ketika ini adalah berita MP PKR Kapar, Manikavasagam akan keluar PKR dan menjadi MP Bebas. Speaker DUN Selangor menuduh beliau telah dibeli oleh BN. Adakah ini berita benar? Kalau benar adakah ia memberi menafaat kepada BN?

Saya tidak memikirkannya ianya adalah satu kelebihan, malah, ia akan lebih menimbulkan masalah yang besar kepada BN kerana kalau dilihat daripada stail permainan politik MP Kapar, ianya terlalu pro Hindraf dan hanya akan menimbulkan keadaan tidak selesa dikalangan orang-orang melayu.

Memang PKR rugi tapi tak juga untungkan BN kalau si MP Kapar ni masuk BN. Orang-orang melayu yang liberal dalam PKR pun tara boley tahan, apatah lagi orang-orang Umno. Biarlah ia terus menjadi bebas dan terus menjadi hantu raya tak bertuan.

P/s; Cuti panjang jaga baby..

7 comments:

paneh said...

bapa mithali atau qc.

Abafahim said...

bapa mithali....

Ifila Saila said...

pepatah ada berkata..
ibu mithali... bapa menyesali..

Abafahim said...

pepatah kau buek sendiri ko lipi? Hihi..

Abdullah AR said...

Laporan hari ni mengatakan yg MP Kapar ni pergi ke India uk jumpa dgn pemimpin Hindraf waythamoorthy sblm memutuskan sama ada nak meninggalkan PKR.

Bagi aku, mana-mana parti yg yang ada ahli macam ni, yg terang2 merujuk kepada pemimpin luar utk menentukan halatuju dlm parti, patut dibuang dari parti. Ini menunjukkan yg dia menggunakan parti hanya sebagai kuda tunggangan untuk memcapai matlamat yang berlainan drpd matlamat parti. Dalam hal ini, matlamat yg yg diperjuangkan oleh MP Kapar melalui PKR ialah matlamat HINDRAF. Ini walaupun MP Kapar ni dah jadi pemimpin PKR lama sebelum Hindraf wujud. Ini juga menunjukkan yg MP Kapar lebih mentaati pemimpin Hindraf drpd pemimpin PKR.

Buat apa disimpan pemimpin macam ni. Pun begitu, DSAI akan simpan sesiapa shj yg akan angkat dia sebagai PM.

Abafahim said...

jumpa hindraf nak dpt sokongan. Paria jumpa paria!

cohong gym said...

Hindraf akan tetap menjadi hindraf. Kita tak mau orang macam ni di Malaysia. Porak peranda kita nanti