Friday, July 18, 2008

Fitnah vs Kebenaran

Aku rasa hidup rakyat di Malaysia kini berada dalam ilusi dan penuh persepsi. Kini, siapa yang benar tidak semestinya benar, siapa yang salah dilihat benar, yang tidak terlibat apa-apa pun dilihat salah dan berdosa. Malah mangsa juga adalah dilihat bersalah.

Kini, rakyat hidup ditengah-tengah fitnah dan setengahnya suka berada berada didalamnya. Yang malangnya, fitnah menjadi sumber rujukan rakyat jelata dan ramai yang mempercayainya.

Yang melakukan fitnah adalah dikalangan orang-orang yang berilmu dan yang mempercayainya juga orang-orang yang berilmu. Mereka ini tidak kisah sekiranya negara dan rakyat tergadai dan menderita atas fitnah-fitnah yang berleluasa asalkan fitnah ini boleh digunakan untuk menutup sesuatu kesalahan atau untuk kepentingan diri semata-mata ATAU melindungi seseorang yang disanjungi dan diagung-agungkan selama ini.

Aku merasakan kini rakyat terutamanya orang melayu kian dibohongi, semakin berpecah-belah dan berpuak-puak. Yang menyedihkan kaum-kaum lain melihat dengan penuh minat perpecahan kita dan ada juga diantara mereka dilihat memainkan peranan dan suka kepada perpecahan kaum melayu.

Maka benarlah firman Allah bahawa 'FITNAH ITU LEBIH DAHSYAT DARI MEMBUNUH'.

P/s: Persepsi = Fitnah?

1 comment:

Letting the time pass me by said...

Yang menjadi mangsa adalah rakyat. Pentadbiran kini nampaknya sudah tidak mampu menyakinkan rakyat.... Rakyat kini sudah berputus asa dengan kerajaan....

Kini tambah pulak beban kepada rakyat disebabkan banyaknya kekeliruan yang timbul... Fitnah dan fakta pun sudah bercampur aduk dan semakin memeningkan...