Thursday, July 31, 2008

Pas tolak kerjasama dengan UMNO bentuk kerajaan

Pas telah mengambil keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan di peringkat pusat atau negeri-negeri terutamanya dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

Terpulanglah kepada kebijaksanaan Pas tetapi daripada laporan-laporan berita dilihat muqabalah yang sedang berjalan diantara Pas dan Umno tetap tidak tergugat.

Aku dah menjangka keputusan Pas tersebut, cuma harapan ikhlas aku kalau bukan melalui kerjasama membentuk kerajaan, cukup kedua-dua pihak mempunyai 'common interest' yang mana Pas dan Umno bersama-sama bersatu membela kepentingan bersama tersebut terutamanya soal orang melayu dan agama Islam sekiranya terdapat mana-mana pihak cuba persoal dan pertikaikannya.

P/s: Belum berminat nak komen apa-apa pun berkenaan Anwar didalam blog ini.

6 comments:

Abafahim said...

belum minat komen selepas 'self declared' mogok.

Iwan said...

Apa yg aku paham dr kenyataan Hj Hadi bhw PAS menolak sebarang kerjasama dgn UMNO atau BN, tetapi rundingan, muzakarah atau muqabalah masih boleh diteruskan dgn mana2 pihak sekalipun... Mungkin ramai di kalangan PAS sendiri yg tidak bersetuju dgn kerjasama tersebut termasuk Nizar, walaupun pd awalnya Ustaz Nasha, Hadi & bbrp pemimpin utama PAS menunjukkan minat dan ikhlas dlm menyatupadukan bangsa melayu & umat Islam di Malaysia. Sayang seribu kali sayang, pasti melayu akan lebih terbela dan berkuasa di negara MALAYsia ini.

p/s: DAP (esp Karpal & Kit Siang) boleh menarik nafas lega sekarang, kerana inilah yg diharapkan oleh mereka selama ini... bhw melayu akan sentiasa berpecah-belah & tidak bersatu.

cohong gym said...

Sori la nak kongsi. Bukan senang nak dapat state woo. Try tanya UMNO, nak ke diaorang kongsi state?

Ifila Saila said...

hari ni apehal pulak paklah declare kata hargo minyak nak turun... poning kepalo achik!

Iwan said...

Cohong, UMNO perak dh setuju nk bagi jawatan MB kpd PAS kalau jadik coalition, walaupun UMNO 27 seat + MCA 1 seat, dan PAS hanya 7 kalau tk salah aku. Rasanya dh cukup bagus offer tu, cuma mungkin takut bila pikirkan sejarah dan susahpayah diorang nk dptkan pengaruh & sokongan rakyat.

Lippy, harga minyak mungkin turun? Sama laa mcm P'Lah, kejap naik, tk lama lg turun, kekeke!

Anonymous said...

penat la bro...letih. huh huh huh!
sori abafahim, aku bukan cerita pasal dolak dalih pas sejak dulu. ni cerita lain.