Friday, August 22, 2008

Con-skrip-lagi?

Satu perkara yang sememangnya dijangka ialah alasan dan justifikasi beberapa pemimpin PR bahawa berkenaan isu penahanan 2 exco Perak oleh BPR adalah KONSPIRASI POLITIK!.

Aku tak nafikan masih ada penyokong-penyokong PR mempercayai sepenuhnya kata-kata pemimpin-pemimpin mereka. Tetapi, aku yakin juga, ada juga penyokong-penyokong PR yang masih rasional.

Hentikanlah skrip macam ini. Aku rasa rakyat pun dah bosan dengan skrip yang sama dan basi macam ni. Rakyat melihat, memerhati, menganalisa dan membuat keputusan berdasarkan akal dan panduan agama.

Rakyat dah semakin matang untuk bezakan kon-spi-rasi dan Con-skrip-lagi.

P/s: Kepentingan politik nampaknyalebih penting dari membasmi rasuah. Biarlah PR tu tetap bermaksud 'Pakatan Rakyat' bukan 'Perbodohkan Rakyat'!

4 comments:

cohong gym said...

I am the first again hahahaha.

Standard la tu bro. Kalau orang BN kena, dia kata orang BN kuat rasuah. Kalau orang PR yang kena, dia kata ini konsprasi.

Kalau dah boss dia orang kuat membohong, balaci-balaci pun sama la.

Aku tak kata BN bersih. Orang BN lagi la kuat makan rasuah. Tapi tak semestinya orang PR bersih. Dia pun manusia jugak. Bila ada orang hulur, diaorang mesti amik punya. Hulur bukan singgit dua. Tapi puluhan dan ratusan riban. Kalau pangkat lagi besar, lagi besar dapat woo..

Macam boss PR, mana dia dapat duit banyak2 masa PRU 12? CIA mari ke?

Anonymous said...

Yup, memang standard bila BPR kata tak de kes ke atas DS Musa Aman,laju je Musa Aman (bukan Musa Hassan IGP)bagi Datuk Seri Panglima pada Ahmad Said KP BPR, memang standard gitu!

Iwan said...

Kena ingat sekarang ni BPR punya lebih kuasa dan kebebasan untuk mengambil tindakan ke atas mana2 individu... Boleh lihat brp byk anggota polis, pangkat tinggi mahupun rendah, kalau ada kes semua kena cekup! Begitu juga halnya dengan mana2 pemimpin kerajaan mahupun pembangkang.

Cuma bila sampai ke pembangkang, memang laa diorang takkan terima alasan tu. Antara sebabnya:-

1) Diorang memperjuangkan keadilan dan Bersih, bersih dr sebarang rasuah;

2) Kalau diorang terima kepimpinan kerajaan sekarang ni adil, maka ini bermaksud mereka menyokong kerajaan dan 'defeat the purpose' bg diorang tubuhkan Parti KeADILan Rakyat mahupun Bersih;

3) Dah dasar mereka pembangkang, takkan nak sokong plak dasar kerajaan...

Renung2kan.

Abafahim said...

yg siasatan kes BPR psl Ds Musa Aman tu mmg satu konspirasi..hehe!