Sunday, August 31, 2008

Salam MERDEKA!

Seluruh rakyat Malaysia pada hari ini menyambut kemerdekaan yang ke 51. Walaupun sejak akhir-akhir ini, pelbagai isu-isu yang timbul, perselisihan faham, perbezaan melampau pandangan politik, caci maki, bergaduh dan sebagainya, namun masing-masing tiada sebab untuk tidak menyambut atau sekurang-kurang jauh didalam lubuk hati seluruh warga Malaysia untuk mempunyai semangat yang sama iaitu meyambut hari Kemerdekaan Negara kita.

Untuk kali pertama dalam hidup aku, aku terdengar anak aku yang berumur 2 tahun 10 bulan, Fahim, pagi ini menyanyikan lagu Negaraku walaupun sebutan dan pitching terlalu jauh larinya, terkejut juga.. namun aku yakin semangat Merdeka juga wujud dalam dirinya.

Untuk seluruh rakyat Malaysia, Selamat Hari Merdeka! Semoga keamanan dan kemakmuran terus terpelihara sampai bila-bila.

P/s: Salam RAMADHAN juga. Masa terbaik untuk bermuhasabah! Moga amalan kita diredhai Allah SWT. Indahnya Ramadhan sekiranya kita bersatu.

3 comments:

Iwan said...

Hari ni kali pertama aku join perbarisan bawah kumpulan BN/UMNO... Dengan pakaian lengkap berbaju melayu, aku rasa cukup bersemangat join sekali dgn pejuang2 kemerdekaan lampau.

p/s: Ada bbrp org jatuh pengsan, termasuk sorang askar, tp aku tengok atuk 3-4 berdiri tak bergerak2 selama bbrp minit, nampak komitmen diorang sambut merdeka tahun ni.

cohong gym said...

Merdekakan aku dari mereka-mereka yang sedang menjahanamkan negara

Alif Lam said...

yang pengsan tu sbb diorg pose kot?