Saturday, August 16, 2008

Mana nak percaya?

Saiful telahpun bersumpah dengan nama Allah secara mubahalah bahawa Anwar telah meliwatnya semalam dan telah melafazkan segala laknat pada dirinya, keluarganya dan keturunannya sekiranya beliau berbohong dan berdusta.

Balasubramaniam telah juga bersumpah tetapi melalui akuan bersumpah dihadapan pesuruhjaya sumpah dengan membayar rm4..

Begitu juga Raja Petra Kamarudin telah bersumpah melalui akuan bersumpah di hadapan pesuruhjaya sumpah.

Malah, Dr Osman yang merawat saiful juga dikatakan telah membuat pengakuan bersumpah juga dihadapan pesurujaya sumpah.

Persoalannya, siapa yang berkata benar dan siapa yang berbohong?

P/s: Terpulang kepada anda!

6 comments:

Iwan said...

Hari tu sewaktu meeting di KL aku sempat dok bincang dgn ex-boss aku Halim. Dia ada menyatakan kerisauan & ketidaiselesaan beliau ttg penggunaan SD yg begitu kerap di dalam apa jua kes sama ada litigation mahupun conveyancing. Documentation dgn Bank pun perlukan mcm2 SD, yg adakalanya menyusahkan peguam & anakguam.

Dlm kes politik pun hari ini mcm2 SD digunakan. Pengunaan SD tertakluk kpd undang2 di Malaysia dan perlunya dibuat menurut prosedur yg betul. Jika tidak akan timbul lebih byk persoalan, seperti SD Raja Petra yg lebih bersifat hearsay,ie beliau dimaklumkan oleh org ketiga, yg sepatutnya org ketiga tersebut yg mebuat akujanji tersebut. Kes Bala pun menunjukkan seperti SD diambil mudah sehingga boleh membuat 2 akujanji dlm tempoh 24 jam.

Seperti yg ngko cakap, terpulang kpd kita utk menilai... kes Saiful elok kita tunggu & lihat, dan serahkan kpd Tuhan utk menghukum mereka yg telah buat salah ataupun berdusta.

Ifila Saila said...

kalau dah sumpah dengan quran, ada effect apa2 ke pd judgement hakim nanti?

klu ada org nk byr rm1 juta, jgn kata nak sumpah quran, nak bunuh isteri sendiri pun org sanggup..!

ape2hal pun serah kpd Tuhan, dan kita doakanlah yg terbaik utk negara kita ini.

Anonymous said...

Aku tk pikir sumpah Saiful akan memberi kesan dlm perbicaraan nnt, dlm court nnt pun kena bersumpah juga. Cuma sumpah Saiful adalah sumpah laknat, yg mana menjadi persoalan kpd ramai org khususnya Pakatan Rakyat. Seingat aku awal dulu cuma Harussani & Nik Aziz meri komen ttg cadangan Ust Asri tu, yg lain senyap je cuma sekarang bila Saiful dh berani bersumpah mulalah kedengaran byk pihak yg menyatakan ini tk betul, itu salah, etc. Nik Aziz pun terima kenyataan sumpah tu tp cara pegang Al-Qur'an sewaktu bersumpah tidak kena cara Islam...

p/s: Patutnya awal2 dulu lg buat musyawarah antara PUM ke, Majlis Fatwa ke, Ust Asri/Nik Aziz, etc ke... Bila dh jadi begini kata2 sapa kita nk pegang?

-M6

Ifila Saila said...

camane lak cara sumpah pegang quran yg betul2 cara islam??

cohong gym said...

Pegang Quran ke tak pegang ke tak penting. Yang penting si Saiful dah bersumpah. Anwar bila lagi?

Ifila Saila said...

sumpah yg macam kita buat masa kat court tu x valid ker ?