Monday, September 29, 2008

Minal ei'din wal fa'izin..

Sempena bulan mulia bulan Ramadhan yang mana syawal bakal menjelma 2 hari saja lagi, maka saya berserta isteri tercinta Sharina Bte AliPitchay dan cahayamata Muhammad Fahim mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SALAM AIDILFITRI serta MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua rakan-rakan, sahabat taulan dan semua ahli-ahli keluarga serta pengunjung-pengunjung blog ini.

Semoga hari lebaran kali ini akan kembali merapatkan lagi hubungan terutamanya diantara kita sebangsa dan seugama dan juga hubungan kita dengan kaum-kaum lain yang berlainan bangsa dan agama di negara ini.

Begitu juga, sama-sama lah kita muhasabah diri kita dan semoga pelbagai drama yang berlaku dan terhidang dihadapan kita sejak akhir-akhir ini menguatkan semangat kita untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah diri kita kepada yang lebih baik dan terus diredhai oleh Allah Subhanawataa'la.

Thursday, September 25, 2008

Sayu dengan kemelut susu tercemar..

Bencana yang dibawa oleh susu bayi tercemar ini bukan sahaja dirasai dinegara china malah dirasai disemua negara didunia ini. Beribu bayi telah mengalami keracunan dan kes-kes kematian semakin meningkat.

Aku rasa begitu sayu melihat gambar bayi-bayi kecil dan tak mengerti apa-apa yang sedang dikendong oleh ibu mereka untuk mendapatkan rawatan. Sayu juga aku fikirkan bagaimana anak-anak kecil itu selama ini yang mengalas perut mereka daripada lapar dan dahaga semata-mata bergantung kepada susu tersebut yang rupa-rupanya adalah racun yang boleh membunuh!

Terlalu sayu juga aku memikirkan bagaimana anak-anak kecil ini menangis dimalam hari kerana lapar dan dahaga dan diberikan oleh ibubapa mereka dengan susu yang selama ini mereka rasakan terbaik untuk anak mereka.

Sayu juga aku fikirkan perasaan ibubapa mereka yang pasti merasa terlalu kesal dan tidak dapat memaafkan diri mereka yang selama ini bekerja keras mencari rezeki membeli keperluan makanan anak-anak dan akhirnya mereka dapati mereka membeli 'racun' untuk anak-anak yang ditatang dengan minyak yang penuh selama ini.

Pasti kini ibubapa mereka diselubungi dengan perasaan bimbang yang keterlaluan akan nasib anak-anak mereka.

Aku dapat rasakan perasaan ibu bapa anak-anak kecil ini kerana aku juga mempunyai anak kecil dan bakal menerima cahayamata lagi pada hujung tahun ini.

Aku berdoa agar kemelut susu ini dapat tidak berlaku di negara ini dan berdoa agar bencana ini dapat diatasi negara-negara lain didunia ini dan anak-anak kecil yang mengalami keracunan tersebut akan sihat seperti sediakala.

P/s: teringatkan fahim dan baby..dah 4 hari tak balik..mamanya kata fahim dah pandai mengeja one two three..

Saturday, September 20, 2008

Pak Laa bersara sebelum 9 okt 08?

Nampaknya Pak lah semakin tertekan dengan tekanan oleh MT Umno sendiri sehinggakan ahli-ahli MT yang jelas menyokong beliau selama ini tidak lagi mampu menahan tekanan dari menuntut Pak Lah mempercepatkan peralihan kuasa.

Khabarnya hasil dari perbincangan panas dan emosi sehinggakan bercucuran air mata tersebut menyimpulkan bahawa tarikh akhir untuk Pak Lah menyerahkan jawatan PM kepada Najib adalah pada 9 okt 2008.

Pada masa yang sama, Anwar masih lagi berterusan meyakinkan penyokong-penyokong taksubnya bahawa pakatan rakyat akan membentuk kerajaan. Kini tariikh akhir 23hb sept 2008 diberikan kepada Pak Lah untuk memanggil parlimen bersidang bagi mengadakan undi tidak percaya pada PM yang telah awal-awal lagi ditolak oleh Pak Lah. Tak tau apa lagi perancangan anwar selepas ini.

Kalau dilihat dari blog-blog yang mencecah jutaan pengunjung yang pada awalnya begitu mengambil berat peralihan kuasa tersebut, kini, melihatnya sepi dan menyimpulkan merupakan omong-omong kosong anwar. Begitu juga dengan blog-blog yang didokong oleh orang-orang kanan PKR sendiri tidak lansung menunjukkan keghairahan untuk peralihan kerajaan tersebut kecuali blog Anwar yang kini tidak diupdate secara sepatutnya untuk menunjukkan keghairahan pertukaran kerajaan.

Pelbagai drama yang dilakonkan oleh orang-orang politik sedang ditonton oleh rakyat sehinggakan naik muak dan mual hinggakan kini ramai rakyat seperti aku dah tidak mempunyai nafsu untuk menonton program-program yang berbentuk berita semasa. Nafsu aku kini lebih tertumpu untuk menonton program berbentuk hiburan ringan, program kanak-kanak, movie dan sukan atau tak tengok apa-apa lansung.

Cuma yang aku harapkan, sebagai seorang yang berniaga, sesuatu tindakan wajib dilakukan untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia dari kemelesetan yang dijangka lebih teruk dan sukar dari kemelesetan sekitar tahun 1998 dan ketamakan kuasa dan ketidakstabilan politik ketika ini tidak membantu malah memburukkan keadaan.

P/s: bimbang pak lah yang katanya telah 'sedar' selepas mesyuarat MT dan dilihat ingin menyerahkan jawatannya kepada najib secepat mungkin, kemudiannya mendapat 'nasihat' dari penasihat-penasihatmya untuk terus kekal sehingga jun 2010 dan sedang menyusun strategi untuk itu. Reputasi flip-flop dan self declared 'seorang strategist' membimbangkan!.

Thursday, September 18, 2008

Dapat kad raya!

Hari ini aku dapat satu kad Hari Raya daripada saudara Ezam. Aku cuba nak fikirkan bagaimana beliau memperolehi alamat pejabat aku?..Aku tak pernah jadi ahli PKR pun..Tetapi apa pun terima kasih..InsyaAllah akan dibalas.

p/s: Apapun, berdasarkan pengamatan aku berdasarkan ucapan-ucapan beliau, kami berkongsi satu persamaan iaitu memelihara kepentingan Melayu dan Islam.

Wednesday, September 17, 2008

Kesan kegagalan PR tubuh kerajaan pada 16 Sept.

Berikut adalah kesan-kesan kegagalan penubuhan kerajaan pada 16hb September 2008 lepas KECUALI:-

a- Anwar di chop penipu besar.

b. Penyokong PR mungkin tawar hati nak percaya cakap Anwar.

C. Menjadi bahan lawak jenaka yang agung dekad ini.

d. Mereka yang mencanangkan kerajaan PR mendapat kemaluan besar kecuali mereka yang sama terlibat menipu.

e. Raja Petra akan terus ditahan dibawah ISA (walaupun dalam posting terakhir beliau seolah-olah tahu akan ditahan ISA dan mengharapkan Anwar melepaskannya pada 16 sept selepas menjadi PM).

f. 31 ahli-ahli Parlimen BN terus didalam BN.

g. Zaid berhenti jadi Menteri BN kerana rupa-rupanya mengharapkan jawatan Menteri dalam kerajaan PR.

h. Penafian Anwar yang bersungguh atas tuduhan liwat sebenarnya rekaan semata-mata seperti rekaannya untuk menubuhkan kerajaan pada 16hb September 2008.

P/s: Nampaknya yang paling malang RPK, sampai hati Anwar 'tangguhkan' misi ambil alih kerajaan pada tarikh lain. Dah nak raya ni..

Monday, September 15, 2008

Ucapan pemimpin-pemimpin lama kaum cina dan India tentang hak keistimewaan orang melayu

sumber: www.chedet.com

Speeches from great past leaders that may inspire some of us:

Tun Tan Siew Sin, Presiden MCA dalam akhbar tempatan bertajuk “Tun Tan Answers Critics on Special Privileges” dalam ucapan pada 30 April 1969.

“The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such an extent that within 12 months of independence, 90 percent of the non-Malays had become citizens whereas before independence 90 percent were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession, the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interests of other communities.’’

Terjemahan :
Dalam ucapannya bertajuk Menjawab Kritikan Mengenai Keistimewaan Orang Melayu, yang dilaporkan akhbar pada 30 April 1969, Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin berkata Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara, berbanding keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih bukan diiktirafkan sebagai rakyat setelah hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah di negeri-negeri Melayu. Dan sebagai membalas kemurahan hati Orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa Orang Melayu dan sekali gus mempertahankan kepentingan- kepentingan sah masyarakat kaum lain.
Sumber : Tan Sri Haji Khalid Awang Osman, Malaysia – An Anthology, Vantage Press, New York, tanpa tarikh, halaman 38-39.

Ucapan YB Tun V.T. Sambanthan, Presiden MIC merangkap Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom di Dewan Rakyat pada 01 Jun 1965.

“Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now, what did the Malays do – since we are speaking on racial lines – what did the Malay leadership do?

They had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship?

If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the Indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indians have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here, we found that the Malay leadership said, “ We shall take them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens”. And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousands of Indians, Chinese, Ceylonese and others became citizens...

As I said, it has been my great good fortune to have been born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than the Malay race?

Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world ? I ask you. These are the fects. Who are you to safeguard us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here.”

Terjemahan : Pada 01 Jun 1965, Tun Sambanthan merangkap Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom dalam ucapanya berkata, “Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi selanjutnya mendapat kemerdekaan dua tahun kemudian.
Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dan lihat kepada saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaran yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut?

Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum india telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf wargenagara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, “ Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka setiap peluang untuk menjadi warganegara. Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu), ribuan orang India , Cina dan Ceylon menjadi warganegara”.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh jumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun, dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.”

Sumber : Tan Sri Haji Khalid Awang Osman, Malaysia – An Anthology, Vantage Press, New York, tanpa tarikh, halaman 60

Sunday, September 14, 2008

Menteri Pak Lah yang keliru lagi mengelirukan!

UPDATE:

Breaking News;-

Zaid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pukul 2 petang tadi.

p/s: Memang patut sebab kau tak layak!

ORIGINAL POSTING:-

Manusia paling malang dalam sejarah politik Malaysia sudah pasti PM Malaysia AAB. Terlalu banyak pertikaian akan kredibiliti bukan sahaja dari parti pembangkang tetapi juga dari menteri-menteri, MP-MP BN, ahli-ahli umno & BN dan rakyat jelata.

Yang menariknya juga kredibiliti & tindakan Pak Lah melantik seorang menteri yang sedang mengalami krisis identiti dan 'confuse' iaitu Datuk Zaid Ibrahim, seorang peguam 'ternama dan hebat' a.k.a peguam marketing dan kepala otak bisnes. Seorang yang telah mengishtiharkan dirinya sebagai seorang 'liberal' dan sehingga ke hari ini masih belum diketahui didalam profession guaman apakah bidang guaman yang menjadi kepakarannya.

Malah, Menteri inilah yang paling tak laku di bahagiannya sendiri sehingga nak bertanding Ketua Bahagian pun tak cukup pencalonan.

Maka, menteri yang dikatakan sebagai menteri de facto undang-undang ini setakat ini masih tidak berfungsi sebagai Menteri Kerajaan tetapi lebih menampakkan dirinya sebagai menjayakan dan merealisasikan impian dan hasrat pembangkang yang jelas penuh dengan muslihat.

Yang terbaru Menteri yang bukan sahaja tidak popular malah seorang menteri yang tidak langsung mempunyai karisma ini dan hidup dalam dunia liberal yang tidak dikongsi oleh majoriti rakyat mendesak TS Muhyiddin meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan peralihan kuasa, dan seterusnya membuat kejutan pada hari ini menegaskan dengan beliau tidak bersetuju dengan alasan kerajaan berkenaan penahanan 3 orang dibawah ISA.

Zaid! Aku rasa kau dah confuse ni! Siapa sebenarnya yang patut letak jawatan dan disingkirkan? Menteri yang tidak bersetuju dengan peralihan kuasa didalam parti yang tak termaktub dimana-mana perlembagaan atau undang-undang tubuh ATAU satu dasar yang telah diputuskan oleh kerajaan berdasarkan kepada Perlembagaan dan Undang-undang termaktub?

Jelaslah, engkau dengan Bar Council memang sekepala! Mana engkau ketika Bar Council mempertikaikan hak-hak orang melayu dan mempertikaikan undang-undang Islam? Aku nampak engkaulah hero IFC, Suruhanjaya Kehakiman, pelbagai tribunal yang 'diperjuangkan' oleh Bar Council yang jelas dipengaruhi oleh parti pembangkang!

Kesimpulannya Zaid; engkau tak layak dan umno tak rugi apa-apa kalau engkau dipecat dari jawatan menteri atau berambus dari Umno.

P/s: Tertarik dengan sidang akhbar Datuk Abu Zahar sebagai pengerusi MUBARAK yang mempertahankan kenyataan TS Muhyiddin dan DS Najib yang mana bahagian mempunyai kuasa untuk mengendorskan peralihan kuasa dan bukannya MT atau kabinet berdasarkan klausa 9 (4) Perlembagaan Umno disamping mempertikaikan kredibiliti Zaid Ibrahim. Pak lah nampaknya semakin terdesak dan keliru!

Friday, September 12, 2008

PKR hantar 5 wakil ke Taiwan

Update!

Aku berpendapat sebenarnya PKR cuba untuk mencari dan mencipta alasan-alasan untuk menjustifikasi kenapa PR tidak dapat menumbangkan kerajaan pada 16 September 2008 dan lain-lain tarikh yang bakal ditetapkan. Maka, kononnya nanti apabila wakil-wakil mereka ke sana dan berjumpa dengan MP BN, PKR akan berkata kesemua MP-MP BN yang kononnya telah bersetuju pada awalnya telah tidak menunaikan janji mereka atas alasan yang pelbagai. Secara politiknya alasan-alasan yang mungkin ialah kononnya MP-MP BN telah dibeli, dirasuah, dijanji dengan pelbagai jawatan dan sebagainya.

Original Posting:-


Pengarah Strategi PKR, Saifudin Nasution telah mengetuai 4 perwakilan delegasi PKR untuk ke Taiwan menemui 49 MP BN di sana dan bertemu dengan MP BN untuk berbincang tentang lompat parti.

Apa strategi sebenar PKR? Kenapa perlu dihebah-hebahkan secara terang-terangan? Bukan kah ianya nampak pelik dan jelik?

Kalau betul mereka dah tetapkan hati untuk melompat, diorang dah lama tak pergi ke Taiwan untuk membuat persediaan dan latihan lompatan di Malaysia.

Isunya sekarang, apa strategi PKR sebenarnya?

Aku teringat satu pandangan seorang pakar risikan ketenteraan yang pernah aku kenal ketika part time kerja semasa belajar dulu yang mana terdapat satu TAKTIK PERANG PSIKOLOGI yang dimainkan oleh sebuah negara luar terhadap Malaysia ketika mana Kerajaan Malaysia setiap kali membuat rundingan atau tinjauan tentang pembelian peralatan ketenteraan diluar negeri, mereka akan sentiasa dilihat berada ditempat tersebut bagi menimbulkan satu perasaan resah dan bimbang kepada Malaysia bahawa segala aktiviti mereka diperhatikan, WALAUPUN sebenarnya mereka tidak tahu apa sebenarnya berlaku didalam rundingan tersebut.

Adakah Saifudin Nasution cuba menggunakan taktik ini semata-mata sebenarnya bagi menimbulkan keresahan? Sedangkan tiada apa-apa perundingan yang akan berlaku sebenarnya? Dan ini adalah satu taktik PERANG PSIKOLOGI seperti yang dinyatakan diatas?

Bagi aku tak hairan sekiranya ianya adalah satu serangan psikologi yang mempunyai persamaan dengan taktik ketenteraan diatas kerana Saifudin Nasution kalau tidak silap adalah bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Pertahanan ketika didalam kerajaan!. Maka, atas dasar itu tidak hairan beliau dijadikan sebagai Pengarah Strategi PKR dan menggunapakai strategi-strategi yang digunakan dalam ketenteraan.

ATAU sebenarnya atas hubungan baik negara tersebut dengan Anwar maka Anwar mendapat nasihat-nasihat dan pandangan-pandangan tersebut secara percuma??!!

P/s: Apa-apa pun sekiranya ada kejutan, maka aku yakin itu adalah Qada' dan Qadar.

Pak Laaa terkezut

UPDATE:

KJ semasa di majlis berbuka puasa di Segamat dilaporkan berkata perubahan kepimpinan UMNO tidak menyelesaikan masalah dan menyindir pihak yang mengusulkan perubahan sebagai retorik kosong dan yang penting ialah semua pihak berusaha mengukuhkan BN! Beliau berkata beliau tidak merujuk kepada mana-mana kenyataan oleh mana-mana pihak.

P/s: kalau ada perubahan, masalah siapa yang tak selesai mr KJ?, i smell something rotten..

ORIGINAL POSTING:

Pak Lah semalam menyatakan bahawa beliau terkejut dan kelihatan agak marah dengan kenyataan TS Muhyiddin berkenaan gesaannya untuk Pak Lah berundur lebih awal dari yang ditetapkan.

Seperti biasa skrip beliau bila ditanya berkenaan hal tersebut "saya masih ada banyak kerja yang perlu dilakukan".

Tetapi kali ini riak wajah Pak Lah amat berbeza dan nampak tertekan. Dan juga kali pertama juga nampak seolah-olah Pak Lah terpukul sebab selama ini beliau kelihatan seolah-olah manusia yang tidak pernah pusing atau ambik berat apa orang lain kata walaupun kata-kata itu untuk kebaikan Umno, BN, bangsa Melayu atau negara seperti yang disindir oleh Tun Mahathir.

Bila ditanya pula tentang kemasukan kembali Tun Mahathir ke UMNO, dengan riak wajah yang nampak tidak gembira menegaskan MT akan buat keputusan! Berbeza ketika mana Ezam masuk UMNO dulu, dengan senyuman yang tak pernah lekang begitu excited menyatakan UMNO menerima beliau menyertai UMNO walaupun MT belum membuat keputusan.

P/s: Pak Lah pernah kata selepas PRU 12 'saya tidak tertekan kerana BN masih banyak kerusi di Parlimen' tetapi dengan kenyataan TS Muhyiddin, kemasukan Tun Mahathir ke UMNO dan cita-cita besar anwar untuk menubuhkan kerajaan pada 16hb September 2008, nampaknya kini Pak Lah nampak tertekan. Hanya sindrom penafian sahaja yang menjadi 'senjata utama' Pak Lah bahawa beliau mempunyai sokongan yang kuat.

Wednesday, September 10, 2008

Tarikh 16 september mungkin ditunda

Anwar didalam ucapannya kepada penyokong-penyokong menyatakan bahawa kemungkinan pembentukan kerajaan oleh PR akan ditunda atas sebab-sebab tertentu di antaranya kononnya gagal berhubung ahli-ahli MP yang kini mengadakan lawatan ke Taiwan.

Apa punya alasan datuk seri? Tak kukuh lansung..Parti-parti lain dalam PKR pun tak yakin..Datuk Seri nak jadi Mat Jenin? Hj Hadi dah cakap dia tak nak!

Tapi, kalau jadi Mat Jenin aku tak kisah, yang aku kisah, kalau Anwar PENIPU BESAR! Sebab permainan anwar benar-benar menghuru-harakan ekonomi dan negara. Dahlah rakyat ramai terjejas akibat kelembapan ekonomi, kerajaan pula tidak dapat menumpukan usaha untuk menyerap kesan kelembapan ekonomi dek menumpukan usaha untuk memastikan BN terus berkuasa. Terlalu banyak masa ditumpukan untuk itu. Malah, pelabur baru juga bimbang untuk melabur atas ketidakstabilan politik!

Tetapi, sekiranya maksud anwar adalah untuk menghuru-harakan BN, ya, anwar memang berjaya TETAPI...kejayaannya dilaksanakan atas KESENGSARAAN dan KEPAYAHAN RAKYAT!!

Takpa, biarlah cita-cita dan impian Datuk Seri tercapai atas apa cara sekalipun.

P/s: dan masih ramai penyokong-penyokong PR yang ternanti-nantikan 'kerajaan' baru pada 16 september 2008 ini atau 'tarikh-tarikh' lain yang lebih sesuai..Berdasarkan psikologi, permainan dan modus operandi Anwar ini adalah ciri-ciri utama manusia yang suka berdusta!

Tuesday, September 9, 2008

Dr Mahathir kembali kepada UMNO

Berita jam 1 di TV1 hari ini menyatakan Datuk seri Muhyiddin Yassin didalam satu sidang akhbar menyatakan Tun Mahathir membayangkan kepada beliau didalam satu pertemuan untuk kembali menyertai UMNO.

Tun Mahathir menyatakan bahawa hasrat beliau didorong daripada situasi politik terkini dan menyatakan bahawa adalah sukar untuk mengubah UMNO daripada luar.

Kabarnya juga beliau akan menyokong pencalonan Tunku Razaleigh sebagai Presiden UMNO dalam pemilihan akan datang .

P/s: Yang paling menarik perhatian ialah pertemuan 4 mata antara Tun dan Muhyiddin. Apa perancangan seterusnya?

Saturday, September 6, 2008

Fahim & Friends





it was a great day for fahim and his school friends. it was their school photoshoot! Everyone looked excited with their best cloth & off course looked naive..

P/s: live in peace & harmony..everyone Malay chinese indian must be taught to respect each other in their early age.

Thursday, September 4, 2008

Bestnya jadi peguam..

Hari ini hari ketiga aku berkampung di ofis dan 2 hari tak balik rumah untuk mennyiapkan dokumen-dokumen injunksi dan membuat kajian undang-undang.

Besok barulah rasanya boleh difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Semua perkara-perkara tu tidak menjadi masalah dengan aku kecuali satu..

Memandangkan dokumen-dokumen aku perlu dikeluarkan dan dimeteraikan oleh Mahkamah seberapa segera yang mungkin, maka satu perkara yang melemahkan ialah untuk berdepan dengan staf-staf mahkamah, merayu, meminta belas, meminta ihsan daripada mereka untuk memproses dokumen dikeluarkan secepat mungkin.

Pengalaman lepas, kemungkinan yang kuat ialah sepatutnya kita mengadu hal kepada staf-staf makamah akan betapa pentingnya kepada anakguam aku untuk dokumen ini dipercepatkan untuk mengelakkan berpuluh-puluh orang kehilangan kerja, tetapi mereka pula mengadu hal betapa tertekannya mereka dengan kerja yang banyak, susah nak mencari fail, budak fail hilang, tengah sibuk photostat, telefon, tengah syok berbual, person in charge keluar sekejap, saya tengah sibuk, belum balik lunch atau sarapan, pegawai cakap tak boleh, tunggu sekejap, gaji rendah dan 1001 masalah!.

Yang aku lemah lagi, apabila mereka membuat kerja seolah-olah dalam keadaan slow motion, tak bersemangat, nampak terpaksa, muka membosankan, bila kita tengok muka seolah-olah macam riak muka tu berkata-kata, "Ha! Kau apa hal? Kau nak apa?" Aku rasa malu dengan sikap dan etika kerja sebahagian (majoriti) mereka.

Apa yang menyedihkan, mereka ini majoriti melayu dan bila berhadapan dengan mereka aku terpaksa meletakkan diri aku sebagai seorang manusia yang mempunyai 'kasta' lebih rendah daripada mereka bagi mendapat perhatian.

Sedar tak diorang yang bangsa kita semakin dihina oleh bangsa lain? Kalau sikap dan etika kerja orang melayu tidak berubah, sampai bilapun orang melayu tidak dihormati. Aku yakin ramai juga orang melayu yang telah berubah tetapi majoritinya masih belum.

Apa kata bulan Ramadhan mulia ini, kita sama-sama berubah? Susah? Kenapa tidak? Aku yakin bangsa Melayu lebih hebat dan terbilang daripada bangsa--bangsa lain didunia sekiranya sikap kita berubah kepada sikap yang ingin bersaing dengan yang terbaik dan seterusnya menjadi terbaik dikalangan yang terbaik

P/s: ramai peguam melayu berhenti practise sebab terlalu mencabar dan memenatkan baik dari segi persaingan bisnes atau ilmu pengetahuan, bebanan pelbagai liabiliti sekiranya ada kesilapan dan pelbagai cabaran lain. Tapi, aku berdoa untuk terus practise sebagai satu fardu kifayah terutamanya didalam bidang tidak ramai orang Islam ceburi. Aku harap ada sumbangan bermakna aku nanti pada Agama Bangsa dan Negara.

Wednesday, September 3, 2008

Terkenang dulu-dulu di bulan ramadhan

Semasa kecil dan sejak dari tahun 2 aku memang tak pernah miss puasa. Seingat aku, Tahun 1 dapat puasa 13 hari. Macam-macam kenangan yang aku lalui, begitu juga dengan kawan-kawan lain.

Yang paling aku ingat ialah aku memang suka pergi kedai runcit di pekan Juasseh, Kuala Pilah tanpa pakai selipar walaupun untuk membeli gula-gula seposen di kedai koh tong atau kedai kah lee, atau kedai ah chong atau di kedai kochik (semuanya cina) atau beli air oren Tok Calong berharga 10 sen, yang mana jauhnya hampir 1 kilometer dari rumah orang tua aku. Maka, dibulan puasa juga sudah pasti aktiviti-aktiviti tersebut aku takkan tinggalkan dibulan puasa untuk standby berbuka puasa atau beli mercun atau main tikam-tikam. hehe!.

Pada satu ketika dibulan ramadhan, semasa tengah melihatkan barang-barang yang nak dibeli dikedai ah chong, tiba-tiba anak towkey ah chong sudah bising ada barang-barang dia sudah hilang. Maka kebetulan aku berseorangan dikedai tu dan aku adalah suspect utama! Aku ingat aku masa tu dalam darjah 3 atau 4.

Maka apabila dia tanya aku, aku kata aku tak ambil apa-apa barang lagi pun dan soalan seterusnya untuk memastikan aku tidak berbohong, dia tanya aku "hari ni lu puasa ka?. Aku dalam keadaan gabra, aku kata "ya". Tiba-tiba dia senyum seolah-olah puas hati dengan jawapan aku. Dia minta maaf dan aku rasa lega. Fuhh!

Bila dah besar, terutamanya sekarang, kalau aku lalu dikedai-kedai cina tu dan teringat peristiwa dulu-dulu aku dapat rasakan betapa hormatnya mereka kepada orang-orang melayu dan adat resam serta agama islam masa dulu-dulu. Cuma pada masa ini, aku dah tak merasa satu perasaan, hormatnya kaum lain pada bangsa Melayu serta adat resam dan agamanya. Bukan sahaja kaum lain, tetapi juga bangsa sendiri merasa meluat dan berasa benci kalau diceritakan hak-hak bangsa Melayu. Apa sudah jadi?

Maka, kemanakah sebenarnya arah dan tujuan bangsa kita di Tanah asal nenek moyang kita?

P/s: usaha setakat yang mampu..