Saturday, September 20, 2008

Pak Laa bersara sebelum 9 okt 08?

Nampaknya Pak lah semakin tertekan dengan tekanan oleh MT Umno sendiri sehinggakan ahli-ahli MT yang jelas menyokong beliau selama ini tidak lagi mampu menahan tekanan dari menuntut Pak Lah mempercepatkan peralihan kuasa.

Khabarnya hasil dari perbincangan panas dan emosi sehinggakan bercucuran air mata tersebut menyimpulkan bahawa tarikh akhir untuk Pak Lah menyerahkan jawatan PM kepada Najib adalah pada 9 okt 2008.

Pada masa yang sama, Anwar masih lagi berterusan meyakinkan penyokong-penyokong taksubnya bahawa pakatan rakyat akan membentuk kerajaan. Kini tariikh akhir 23hb sept 2008 diberikan kepada Pak Lah untuk memanggil parlimen bersidang bagi mengadakan undi tidak percaya pada PM yang telah awal-awal lagi ditolak oleh Pak Lah. Tak tau apa lagi perancangan anwar selepas ini.

Kalau dilihat dari blog-blog yang mencecah jutaan pengunjung yang pada awalnya begitu mengambil berat peralihan kuasa tersebut, kini, melihatnya sepi dan menyimpulkan merupakan omong-omong kosong anwar. Begitu juga dengan blog-blog yang didokong oleh orang-orang kanan PKR sendiri tidak lansung menunjukkan keghairahan untuk peralihan kerajaan tersebut kecuali blog Anwar yang kini tidak diupdate secara sepatutnya untuk menunjukkan keghairahan pertukaran kerajaan.

Pelbagai drama yang dilakonkan oleh orang-orang politik sedang ditonton oleh rakyat sehinggakan naik muak dan mual hinggakan kini ramai rakyat seperti aku dah tidak mempunyai nafsu untuk menonton program-program yang berbentuk berita semasa. Nafsu aku kini lebih tertumpu untuk menonton program berbentuk hiburan ringan, program kanak-kanak, movie dan sukan atau tak tengok apa-apa lansung.

Cuma yang aku harapkan, sebagai seorang yang berniaga, sesuatu tindakan wajib dilakukan untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia dari kemelesetan yang dijangka lebih teruk dan sukar dari kemelesetan sekitar tahun 1998 dan ketamakan kuasa dan ketidakstabilan politik ketika ini tidak membantu malah memburukkan keadaan.

P/s: bimbang pak lah yang katanya telah 'sedar' selepas mesyuarat MT dan dilihat ingin menyerahkan jawatannya kepada najib secepat mungkin, kemudiannya mendapat 'nasihat' dari penasihat-penasihatmya untuk terus kekal sehingga jun 2010 dan sedang menyusun strategi untuk itu. Reputasi flip-flop dan self declared 'seorang strategist' membimbangkan!.

3 comments:

paneh said...

bukan 9 okt la tapi 20hb 10. tahun 2010 seblum ni paklah silap cakap. sebenarnya paklah nak letak jawatan 20 okt. ontahlah. im e first again?

cohong gym said...

Ayid,
Itu dateline yang diberi oleh MT. Pak Lah setuju atau tidak tak tau lagi. Macam kau cakap, penasihat dia takkan setuju punya. Kalau tidak dia tak kan stay jadi Chairman Khazanah.

Ifila Saila said...

kata amalkan demokrasi, biar ahli yg tentukan sapa presiden.. (?)