Wednesday, September 17, 2008

Kesan kegagalan PR tubuh kerajaan pada 16 Sept.

Berikut adalah kesan-kesan kegagalan penubuhan kerajaan pada 16hb September 2008 lepas KECUALI:-

a- Anwar di chop penipu besar.

b. Penyokong PR mungkin tawar hati nak percaya cakap Anwar.

C. Menjadi bahan lawak jenaka yang agung dekad ini.

d. Mereka yang mencanangkan kerajaan PR mendapat kemaluan besar kecuali mereka yang sama terlibat menipu.

e. Raja Petra akan terus ditahan dibawah ISA (walaupun dalam posting terakhir beliau seolah-olah tahu akan ditahan ISA dan mengharapkan Anwar melepaskannya pada 16 sept selepas menjadi PM).

f. 31 ahli-ahli Parlimen BN terus didalam BN.

g. Zaid berhenti jadi Menteri BN kerana rupa-rupanya mengharapkan jawatan Menteri dalam kerajaan PR.

h. Penafian Anwar yang bersungguh atas tuduhan liwat sebenarnya rekaan semata-mata seperti rekaannya untuk menubuhkan kerajaan pada 16hb September 2008.

P/s: Nampaknya yang paling malang RPK, sampai hati Anwar 'tangguhkan' misi ambil alih kerajaan pada tarikh lain. Dah nak raya ni..

4 comments:

cohong gym said...

Bukan setakat RPK je yang malang. Mereka-mereka yang bermimpi nak pegang jawatan besar pun kempunan.

Iwan said...

Lawak laa kesimpulan yg ngko buat dr kes 916 Anwar ni... Kalau ngko tanya aku, semua yg tersebut adalah benar kecuali kes liwat Anwar yg masih belum tentu sahih atau tidaknye lg.

p/s: RPK buleh gilo kalau dio kono tahan sampai Rayo tahun dopan... sajo nak cabar Gomen utk amek tindakan ISA terhadap beliau, gilo apo? Kan dah kono...

cohong gym said...

padan la muka. Dulu berlagak sangat.

Ifila Saila said...

korang yg tulih blog kutuk2 orang ni x kena tindakan bawah akta hasutan atau isa samad ker?