Sunday, September 14, 2008

Menteri Pak Lah yang keliru lagi mengelirukan!

UPDATE:

Breaking News;-

Zaid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pukul 2 petang tadi.

p/s: Memang patut sebab kau tak layak!

ORIGINAL POSTING:-

Manusia paling malang dalam sejarah politik Malaysia sudah pasti PM Malaysia AAB. Terlalu banyak pertikaian akan kredibiliti bukan sahaja dari parti pembangkang tetapi juga dari menteri-menteri, MP-MP BN, ahli-ahli umno & BN dan rakyat jelata.

Yang menariknya juga kredibiliti & tindakan Pak Lah melantik seorang menteri yang sedang mengalami krisis identiti dan 'confuse' iaitu Datuk Zaid Ibrahim, seorang peguam 'ternama dan hebat' a.k.a peguam marketing dan kepala otak bisnes. Seorang yang telah mengishtiharkan dirinya sebagai seorang 'liberal' dan sehingga ke hari ini masih belum diketahui didalam profession guaman apakah bidang guaman yang menjadi kepakarannya.

Malah, Menteri inilah yang paling tak laku di bahagiannya sendiri sehingga nak bertanding Ketua Bahagian pun tak cukup pencalonan.

Maka, menteri yang dikatakan sebagai menteri de facto undang-undang ini setakat ini masih tidak berfungsi sebagai Menteri Kerajaan tetapi lebih menampakkan dirinya sebagai menjayakan dan merealisasikan impian dan hasrat pembangkang yang jelas penuh dengan muslihat.

Yang terbaru Menteri yang bukan sahaja tidak popular malah seorang menteri yang tidak langsung mempunyai karisma ini dan hidup dalam dunia liberal yang tidak dikongsi oleh majoriti rakyat mendesak TS Muhyiddin meletakkan jawatan kerana tidak bersetuju dengan peralihan kuasa, dan seterusnya membuat kejutan pada hari ini menegaskan dengan beliau tidak bersetuju dengan alasan kerajaan berkenaan penahanan 3 orang dibawah ISA.

Zaid! Aku rasa kau dah confuse ni! Siapa sebenarnya yang patut letak jawatan dan disingkirkan? Menteri yang tidak bersetuju dengan peralihan kuasa didalam parti yang tak termaktub dimana-mana perlembagaan atau undang-undang tubuh ATAU satu dasar yang telah diputuskan oleh kerajaan berdasarkan kepada Perlembagaan dan Undang-undang termaktub?

Jelaslah, engkau dengan Bar Council memang sekepala! Mana engkau ketika Bar Council mempertikaikan hak-hak orang melayu dan mempertikaikan undang-undang Islam? Aku nampak engkaulah hero IFC, Suruhanjaya Kehakiman, pelbagai tribunal yang 'diperjuangkan' oleh Bar Council yang jelas dipengaruhi oleh parti pembangkang!

Kesimpulannya Zaid; engkau tak layak dan umno tak rugi apa-apa kalau engkau dipecat dari jawatan menteri atau berambus dari Umno.

P/s: Tertarik dengan sidang akhbar Datuk Abu Zahar sebagai pengerusi MUBARAK yang mempertahankan kenyataan TS Muhyiddin dan DS Najib yang mana bahagian mempunyai kuasa untuk mengendorskan peralihan kuasa dan bukannya MT atau kabinet berdasarkan klausa 9 (4) Perlembagaan Umno disamping mempertikaikan kredibiliti Zaid Ibrahim. Pak lah nampaknya semakin terdesak dan keliru!

4 comments:

cohong gym said...

Aku setuju dengan kau. Firstly, Si zaid Berahim ni tak menang pilihanraya tapi dilantik jadi menteri oleh Si Bodolah. Kalau dia ada sokongan akar umbi yang kuat, tak pe la. Orang yang dah tak laku pun boleh jadi menteri jugak ke? Kat bahagian pun tak lepas.

Si Zaid ni memang bangang. Kau tak yah susah-susah. Kau tengok je ZICO. Majoriti non-malay. Aku rasa mamat ni musuh dalam selimut. Dia memang lakhanat.

Tak sudah-sudah ikut kata Bar Council. Kalau dah suka sangat dengan Bar Council, jangan jadi menteri, jadi la presiden Bar Council.

Mamat ni tidak sepatutnya jadi menteri dari mula lagi. Tak layak lansung. Sekarang ni dia patut letak jawatan dan merambus.

Cikgu Din Sakura said...

Den cikgu pencen jo, dan tak paham apo2 pasal undang2 dan cerito dalaman dio. Dio letak jawatan sekurang-kurang eh, akan boost kredibiliti PR. Tambah laiee cerito penahanan ISA akan juga melonjakkan PR. Loguh-logah dalam UMNO skang ni macam2 dan orang dah susah nak percayo UMNO.

Farid, selamat poser yo

cohong gym said...

Biar si Zaid ni pegi mampus. Kalau boleh dengan Bar Council sendiri pegi mampos.

Iwan said...

Sebonar eh kok Zaid nk beronti jadik mentori pun takpo, lagi elok utk maso dopan UMNO sendiri... Selamo ni pun semuo tindakan dio takdo yg betujuan menyatukan Melayu, memperjuangkan agamo & bangso.

Dr kes ex-gratia, sonyap plak kes Hindraf & forum Bar Council, sibuk balik psl kenyataan muhyiddin, sekarang pertikai tindakan Gomen psl ISA... Dh cukup bukti si Zaid ni pakai kulit apo, kulit boyo atau kudo tunggangan pihak tertontu.