Wednesday, September 10, 2008

Tarikh 16 september mungkin ditunda

Anwar didalam ucapannya kepada penyokong-penyokong menyatakan bahawa kemungkinan pembentukan kerajaan oleh PR akan ditunda atas sebab-sebab tertentu di antaranya kononnya gagal berhubung ahli-ahli MP yang kini mengadakan lawatan ke Taiwan.

Apa punya alasan datuk seri? Tak kukuh lansung..Parti-parti lain dalam PKR pun tak yakin..Datuk Seri nak jadi Mat Jenin? Hj Hadi dah cakap dia tak nak!

Tapi, kalau jadi Mat Jenin aku tak kisah, yang aku kisah, kalau Anwar PENIPU BESAR! Sebab permainan anwar benar-benar menghuru-harakan ekonomi dan negara. Dahlah rakyat ramai terjejas akibat kelembapan ekonomi, kerajaan pula tidak dapat menumpukan usaha untuk menyerap kesan kelembapan ekonomi dek menumpukan usaha untuk memastikan BN terus berkuasa. Terlalu banyak masa ditumpukan untuk itu. Malah, pelabur baru juga bimbang untuk melabur atas ketidakstabilan politik!

Tetapi, sekiranya maksud anwar adalah untuk menghuru-harakan BN, ya, anwar memang berjaya TETAPI...kejayaannya dilaksanakan atas KESENGSARAAN dan KEPAYAHAN RAKYAT!!

Takpa, biarlah cita-cita dan impian Datuk Seri tercapai atas apa cara sekalipun.

P/s: dan masih ramai penyokong-penyokong PR yang ternanti-nantikan 'kerajaan' baru pada 16 september 2008 ini atau 'tarikh-tarikh' lain yang lebih sesuai..Berdasarkan psikologi, permainan dan modus operandi Anwar ini adalah ciri-ciri utama manusia yang suka berdusta!

5 comments:

Anonymous said...

to change the government on 16/9/08...emmm impossible..but how come u're saying that it is DSAI who create all the troublesome now in m/sia? what bout poor leadership..what bout lack of suupports especially from the new young malay generations..? i agree DSAI has something to do with it..but he is not the sole factor...

Abafahim said...

u r rite! Dsai not e sole factor but his game brings more harm.

cohong gym said...

Alasan utama adalah kerana Parlimen tidak bersidang dalam bulan puasa.

Tapi dia ada bagi statement, jika perlu dia akan ke Taiwan untuk berjumpa dengan MP kat sana.

Pada pendapat aku, Anwar pencetus problem tapi yang menyebabkan kesesakkan, kemerosotan ekonomi dan pelaburan adalah disebabkan pentadbiran Pak Lah. Cepat melatah dan takut dengan bayang-bayang sendiri. Keputusan yang diambil terburu-buru dan menyusahkan rakyat.

Pak Lah bertindak atas nasihat pembantu-pembantu PM yang diketuai oleh KJ. Apa yang aku peratikan, kebanyakkan nasihat tersebut untuk kepentingan poket mereka sahaja. Nasib dan kebajikan rakyat tidak dihiraukan. Yang penting, Pak Lah nampak hebat di mata mereka.

Tapi jangan risau Bro, THE MAN is on his way back.

Iwan said...

Yesss... he's da man!

p/s: Cohong, ngko tak perasan ke waktu Tun M keluar Umno dulu, dia ada cakap: "I'll be back...". Now's the time.

cohong gym said...

Midi,
Aku perasan. Cuma dia kata he'll be back after Pak Lah resign.

But this time dia dah tak tahan lagi. Dia akan jadi Arnold Susahnakeja, menghapuskan Pak Lah, KJ dan kuncu-kuncunya.