Friday, September 12, 2008

PKR hantar 5 wakil ke Taiwan

Update!

Aku berpendapat sebenarnya PKR cuba untuk mencari dan mencipta alasan-alasan untuk menjustifikasi kenapa PR tidak dapat menumbangkan kerajaan pada 16 September 2008 dan lain-lain tarikh yang bakal ditetapkan. Maka, kononnya nanti apabila wakil-wakil mereka ke sana dan berjumpa dengan MP BN, PKR akan berkata kesemua MP-MP BN yang kononnya telah bersetuju pada awalnya telah tidak menunaikan janji mereka atas alasan yang pelbagai. Secara politiknya alasan-alasan yang mungkin ialah kononnya MP-MP BN telah dibeli, dirasuah, dijanji dengan pelbagai jawatan dan sebagainya.

Original Posting:-


Pengarah Strategi PKR, Saifudin Nasution telah mengetuai 4 perwakilan delegasi PKR untuk ke Taiwan menemui 49 MP BN di sana dan bertemu dengan MP BN untuk berbincang tentang lompat parti.

Apa strategi sebenar PKR? Kenapa perlu dihebah-hebahkan secara terang-terangan? Bukan kah ianya nampak pelik dan jelik?

Kalau betul mereka dah tetapkan hati untuk melompat, diorang dah lama tak pergi ke Taiwan untuk membuat persediaan dan latihan lompatan di Malaysia.

Isunya sekarang, apa strategi PKR sebenarnya?

Aku teringat satu pandangan seorang pakar risikan ketenteraan yang pernah aku kenal ketika part time kerja semasa belajar dulu yang mana terdapat satu TAKTIK PERANG PSIKOLOGI yang dimainkan oleh sebuah negara luar terhadap Malaysia ketika mana Kerajaan Malaysia setiap kali membuat rundingan atau tinjauan tentang pembelian peralatan ketenteraan diluar negeri, mereka akan sentiasa dilihat berada ditempat tersebut bagi menimbulkan satu perasaan resah dan bimbang kepada Malaysia bahawa segala aktiviti mereka diperhatikan, WALAUPUN sebenarnya mereka tidak tahu apa sebenarnya berlaku didalam rundingan tersebut.

Adakah Saifudin Nasution cuba menggunakan taktik ini semata-mata sebenarnya bagi menimbulkan keresahan? Sedangkan tiada apa-apa perundingan yang akan berlaku sebenarnya? Dan ini adalah satu taktik PERANG PSIKOLOGI seperti yang dinyatakan diatas?

Bagi aku tak hairan sekiranya ianya adalah satu serangan psikologi yang mempunyai persamaan dengan taktik ketenteraan diatas kerana Saifudin Nasution kalau tidak silap adalah bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Pertahanan ketika didalam kerajaan!. Maka, atas dasar itu tidak hairan beliau dijadikan sebagai Pengarah Strategi PKR dan menggunapakai strategi-strategi yang digunakan dalam ketenteraan.

ATAU sebenarnya atas hubungan baik negara tersebut dengan Anwar maka Anwar mendapat nasihat-nasihat dan pandangan-pandangan tersebut secara percuma??!!

P/s: Apa-apa pun sekiranya ada kejutan, maka aku yakin itu adalah Qada' dan Qadar.

2 comments:

cohong gym said...

Semua tu Pysco je. Tapi kalau betul pun, apa nak buat. Pak Lah memang sepatutnya kena macam tu, Digulingkan

paneh said...

bestnya gi taiwan. boleh gi meronggeng!