Thursday, September 4, 2008

Bestnya jadi peguam..

Hari ini hari ketiga aku berkampung di ofis dan 2 hari tak balik rumah untuk mennyiapkan dokumen-dokumen injunksi dan membuat kajian undang-undang.

Besok barulah rasanya boleh difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Semua perkara-perkara tu tidak menjadi masalah dengan aku kecuali satu..

Memandangkan dokumen-dokumen aku perlu dikeluarkan dan dimeteraikan oleh Mahkamah seberapa segera yang mungkin, maka satu perkara yang melemahkan ialah untuk berdepan dengan staf-staf mahkamah, merayu, meminta belas, meminta ihsan daripada mereka untuk memproses dokumen dikeluarkan secepat mungkin.

Pengalaman lepas, kemungkinan yang kuat ialah sepatutnya kita mengadu hal kepada staf-staf makamah akan betapa pentingnya kepada anakguam aku untuk dokumen ini dipercepatkan untuk mengelakkan berpuluh-puluh orang kehilangan kerja, tetapi mereka pula mengadu hal betapa tertekannya mereka dengan kerja yang banyak, susah nak mencari fail, budak fail hilang, tengah sibuk photostat, telefon, tengah syok berbual, person in charge keluar sekejap, saya tengah sibuk, belum balik lunch atau sarapan, pegawai cakap tak boleh, tunggu sekejap, gaji rendah dan 1001 masalah!.

Yang aku lemah lagi, apabila mereka membuat kerja seolah-olah dalam keadaan slow motion, tak bersemangat, nampak terpaksa, muka membosankan, bila kita tengok muka seolah-olah macam riak muka tu berkata-kata, "Ha! Kau apa hal? Kau nak apa?" Aku rasa malu dengan sikap dan etika kerja sebahagian (majoriti) mereka.

Apa yang menyedihkan, mereka ini majoriti melayu dan bila berhadapan dengan mereka aku terpaksa meletakkan diri aku sebagai seorang manusia yang mempunyai 'kasta' lebih rendah daripada mereka bagi mendapat perhatian.

Sedar tak diorang yang bangsa kita semakin dihina oleh bangsa lain? Kalau sikap dan etika kerja orang melayu tidak berubah, sampai bilapun orang melayu tidak dihormati. Aku yakin ramai juga orang melayu yang telah berubah tetapi majoritinya masih belum.

Apa kata bulan Ramadhan mulia ini, kita sama-sama berubah? Susah? Kenapa tidak? Aku yakin bangsa Melayu lebih hebat dan terbilang daripada bangsa--bangsa lain didunia sekiranya sikap kita berubah kepada sikap yang ingin bersaing dengan yang terbaik dan seterusnya menjadi terbaik dikalangan yang terbaik

P/s: ramai peguam melayu berhenti practise sebab terlalu mencabar dan memenatkan baik dari segi persaingan bisnes atau ilmu pengetahuan, bebanan pelbagai liabiliti sekiranya ada kesilapan dan pelbagai cabaran lain. Tapi, aku berdoa untuk terus practise sebagai satu fardu kifayah terutamanya didalam bidang tidak ramai orang Islam ceburi. Aku harap ada sumbangan bermakna aku nanti pada Agama Bangsa dan Negara.

6 comments:

cohong gym said...

Apa yang berlaku selama ni kat mahkamah adalah realiti. Tu la pasal bila gov. servant naik gaji dan bonus aku tak setuju pasal pada pendapat aku diaorang tak layak.

Tak de disiplin dan etika kerja. Dia orang buat pejabat macam mak-bapak dia punya rumah. COntohnya di mahkamah dan pejabat tanah (tempat yang selalu kita pergi).

Kalau kat mahkamah, terasa macam kita ni mintak jasa baik diaorang untuk tolong carikan fail yg tak listed atau dokumen hilang padahal benda tu semua berlaku pasal diaorang yang tak buat kerja.

Diaorng semua perasan hebat jadi pekerja yang duduk kat kaunter dan melayan pelanggan. Diaorang tak sedar ke yang sebenarnya pangkat diaorang tu paling bawah sekali. Macam Pariah. Kalau kita lepas cakap nanti, orang lain pun kecik hati jugak. So terpaksa la telan je.

Abafahim said...

unfortunately it happened to me today! The worst thing, i wasnt able to file the document today! Me & my client were kicked up & down!!

To whom should i complaint all this? Can the Bar council help me??!

Ooohh i forgot, Bar council already changed to a political party, chinese & indian human rights champion, freedom of religion fighters, defending people who spread lies, busy organising talks that invite people's anger & create hatred among people and they really work hard on it.

What about me and my lawyer friends? Who want to fight for us?

The Bar council? No way!, bar council is now busy doing bullshit!

Anonymous said...

do something rather than complaining in ur blog..write a written complain n address it to the staf's immediate boss...sometimes the boss doesn't know what actually happen ...speak ur mind..speak ur complain...let it out...nobody gonna hear u if u keep complaining only in ur BLOG...sometimes its okey to be a whistling kettle..u 'll get what u want

Abafahim said...

haha! Thanx for e advice, after almost 8 yrs practising, heard so many complaints already..As far as i know e staffs have no respect to their bosses esp e bosses keep on changing! The young bosses wanted to change their much older staff s attitude overnight?

cohong gym said...

Yes that's true. Aftar years of practising, i dont think complaining to their superior will do any good. Have you been to High Court to file Power of Attorney? The staffs' attitude are worst. They treat other people like shit. My staff even always saw them scold the Pendaftar. So, any complain?

Anonymous said...

friends...have u all ever try do a written complaint?try once...n see the ned result...actions speaks louder than words..