Friday, September 12, 2008

Pak Laaa terkezut

UPDATE:

KJ semasa di majlis berbuka puasa di Segamat dilaporkan berkata perubahan kepimpinan UMNO tidak menyelesaikan masalah dan menyindir pihak yang mengusulkan perubahan sebagai retorik kosong dan yang penting ialah semua pihak berusaha mengukuhkan BN! Beliau berkata beliau tidak merujuk kepada mana-mana kenyataan oleh mana-mana pihak.

P/s: kalau ada perubahan, masalah siapa yang tak selesai mr KJ?, i smell something rotten..

ORIGINAL POSTING:

Pak Lah semalam menyatakan bahawa beliau terkejut dan kelihatan agak marah dengan kenyataan TS Muhyiddin berkenaan gesaannya untuk Pak Lah berundur lebih awal dari yang ditetapkan.

Seperti biasa skrip beliau bila ditanya berkenaan hal tersebut "saya masih ada banyak kerja yang perlu dilakukan".

Tetapi kali ini riak wajah Pak Lah amat berbeza dan nampak tertekan. Dan juga kali pertama juga nampak seolah-olah Pak Lah terpukul sebab selama ini beliau kelihatan seolah-olah manusia yang tidak pernah pusing atau ambik berat apa orang lain kata walaupun kata-kata itu untuk kebaikan Umno, BN, bangsa Melayu atau negara seperti yang disindir oleh Tun Mahathir.

Bila ditanya pula tentang kemasukan kembali Tun Mahathir ke UMNO, dengan riak wajah yang nampak tidak gembira menegaskan MT akan buat keputusan! Berbeza ketika mana Ezam masuk UMNO dulu, dengan senyuman yang tak pernah lekang begitu excited menyatakan UMNO menerima beliau menyertai UMNO walaupun MT belum membuat keputusan.

P/s: Pak Lah pernah kata selepas PRU 12 'saya tidak tertekan kerana BN masih banyak kerusi di Parlimen' tetapi dengan kenyataan TS Muhyiddin, kemasukan Tun Mahathir ke UMNO dan cita-cita besar anwar untuk menubuhkan kerajaan pada 16hb September 2008, nampaknya kini Pak Lah nampak tertekan. Hanya sindrom penafian sahaja yang menjadi 'senjata utama' Pak Lah bahawa beliau mempunyai sokongan yang kuat.

2 comments:

cohong gym said...

Dia dah tertekan. Muka dah tak de seri. Dia dah takut beb. TS Muyhiddin mempunyai sokongan yang sangat kuat dari ahli UMNO. Pak Lah goyang bila Muhyiddin yang sound. Kalau setakat orang lain, sikit pun dia tak heran.

Iwan said...

Aku rasa penasihat & pangampu P'Lah yg membuatkan beliau sangka masih mendapat sokongan majoriti sama ada di peringkat atasan mahupun akar umbi. Oleh sbb itu beliau sudah tentu terkejut dgn kenyataan Muhyiddin tersebut, yg sepatutnya dh boleh dibaca dan telahpun dibaca oleh ramai orang.

Tindakan Muhyiddin umpama memberi amaran kpd P'Lah utk berundur secara hormat, utk mengelak dimalukan sewaktu pemilihan bulan Disember nnt. Gabungan MAMUK (Mahadhir Muhyiddin Ku Li) mungkin gabungan terbaik utk mencabar P'lah. Walau apa pun, kita tunggu dan lihat...