Thursday, September 25, 2008

Sayu dengan kemelut susu tercemar..

Bencana yang dibawa oleh susu bayi tercemar ini bukan sahaja dirasai dinegara china malah dirasai disemua negara didunia ini. Beribu bayi telah mengalami keracunan dan kes-kes kematian semakin meningkat.

Aku rasa begitu sayu melihat gambar bayi-bayi kecil dan tak mengerti apa-apa yang sedang dikendong oleh ibu mereka untuk mendapatkan rawatan. Sayu juga aku fikirkan bagaimana anak-anak kecil itu selama ini yang mengalas perut mereka daripada lapar dan dahaga semata-mata bergantung kepada susu tersebut yang rupa-rupanya adalah racun yang boleh membunuh!

Terlalu sayu juga aku memikirkan bagaimana anak-anak kecil ini menangis dimalam hari kerana lapar dan dahaga dan diberikan oleh ibubapa mereka dengan susu yang selama ini mereka rasakan terbaik untuk anak mereka.

Sayu juga aku fikirkan perasaan ibubapa mereka yang pasti merasa terlalu kesal dan tidak dapat memaafkan diri mereka yang selama ini bekerja keras mencari rezeki membeli keperluan makanan anak-anak dan akhirnya mereka dapati mereka membeli 'racun' untuk anak-anak yang ditatang dengan minyak yang penuh selama ini.

Pasti kini ibubapa mereka diselubungi dengan perasaan bimbang yang keterlaluan akan nasib anak-anak mereka.

Aku dapat rasakan perasaan ibu bapa anak-anak kecil ini kerana aku juga mempunyai anak kecil dan bakal menerima cahayamata lagi pada hujung tahun ini.

Aku berdoa agar kemelut susu ini dapat tidak berlaku di negara ini dan berdoa agar bencana ini dapat diatasi negara-negara lain didunia ini dan anak-anak kecil yang mengalami keracunan tersebut akan sihat seperti sediakala.

P/s: teringatkan fahim dan baby..dah 4 hari tak balik..mamanya kata fahim dah pandai mengeja one two three..

6 comments:

Anonymous said...

hi there..
damn it saper yg kluarkan susu formula yg tak bertanggungjawab tu...
hei..takkan ingat fahim n baby jer...? mama dia, ko tak ingat ker?

Anonymous said...

Aku rasa bahan melamine yg dicampur dgn susu tu mcm plastik, betul tk? Mcm pinggan melamine...

Dan aku rasa ini bukan kali pertama jadik, sebelum ni pernah gak dan bahan tu di campur dgn mcm2 makanan & minuman lain. Bahaya wooo, racun tu!

cohong gym said...

sapa yang buat susu tu patut di tembak je

Anonymous said...

last den minum susu badan sebelum puasa hari tu ok lak rasanya wlpn susu tu china mali punya.

Abafahim said...

Aku ingat brader PKR yg kat perak tu je yg hisap susu badan cina mali! Hahaaha!

Yang tu kalau MAMPUS pun aku tak heran!!

Anonymous said...

susu badan cino tempatan best oii. penuh ciri2 glokal.