Monday, April 21, 2008

Kenapa BABI?

Aku daripada dulu lagi cuba mengelak daripada memberi komen berkenaan isu babi diselangor. Tetapi, semakin hari semakin teruk dan apa yang aku bimbangkan ialah yang membangkang, yang menyokong dan yang bergaduh adalah orang-orang melayu. Kaum cina tak cakap apa-apa pun, mungkin telah 'delegate' pendapat dan suara mereka kepada orang-orang melayu yang menyokong.

Aku cukup malu bila tengok akhbar TheStar hari sabtu, tengok satu pihak melayu membawa banner untuk membantah dan satu pihak melayu lagi bawak banner untuk menyokong. Tak nampak pulak orang-orang cina kat situ.

Aku juga sudah muak dengan wawancara dengan pemimpin-pemimpin melayu pakatan rakyat yang berkali-kali menyokong DEB dihapuskan kerana katanya menyebabkan kaum melayu malas dan lemah. Tetapi hingga ke hari ini tidak memberi satu panduan alternatif yang jelas dan terperinci kepada DEB hinggakan rakyat terutamanya orang-orang melayu tertunggu-tunggu apakah dasar yang akan diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat yang boleh menjadikan orang melayu boleh bersaing terutama daripada segi Ekonomi.

p/s: Semenjak berkuasa, tak nampak jelas projek-projek ekonomi yang telah diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat kecuali projek ternakan babi kerana isu-isu yang diperjuangkan oleh pakatan rakyat pada masa ini lebih tertumpu kepada penubuhan suruhanjaya kehakiman, pembebasan pemimpin-pemimpin hindraf dari ISA , menghapuskan ISA dan AUKU, mengungkit dan membongkar kesalahan-kesalahan kerajaan lalu. Isu-isu tersebut bagi aku, tidak mewakili keseluruhan aspirasi majoriti pengundi yang sebenarnya lebih inginkan pembelaan Ekonomi kerana pendapatan untuk sara hidup mereka dan tanggungan untuk anak-anak mereka telah lama terjejas. Sila Ambil Perhatian!

10 comments:

cohong gym said...

Aku ada satu cadangan baik punya. Setelah aku kira, seekor babi betina dapat melahirkan 11 ekor anak. Dalam setahun babi betina akan beranak 3 kali. Cuba kau bayangkan, kalau kita ada 100 ekor babi betina, dalam masa setahun je kita akan dapat 3300 ekor anak babi. Peh!! manyak untung woo. Itu kalau ada 100 ekor, kalau ada 1000 ekor? bole jadi jutawan babi kita. Peh! gila babi aku hahahaha

azmanmdsah said...

terlalu memikirkan kehendak parti dan diri sendiri bukan kepada kepentingan orang ramai...

bab* dulu kita guna untuk sumpah seranah... sekarang dipertahankan plak...

Abafahim said...

Wahai kaumku, lihatlah yang tersirat. Aku taknak nyatakan apa yang bakal aku lihat. Biarlah sama-sama kita fikirkan. Tindak-tanduk kita masa kini akan memberi kesan kepada generasi kita akan datang.

Anonymous said...

Kes babi tak perlu dipolitikkan oleh UMNO dimedia masa kerana kelak hanya membuka keburukan dan kebobrokan UMNO, UMNO harus belajar menerima kesilapan dan kekalahan

Anonymous said...

Saudara Ampangan Boulevard,

Babi bukan suatu isu baru, contoh di negeri Melaka? Bukit Pelandok?
Maka oleh itu Pemimpin2 UMNO harus jujur dalam mempolitikkan isu jgn sampai memakan diri, dan tidak mengalihkan isu sebenar.

Saya rasa lebih baik pihak UMNO menumpukan perhatian kepada isu pembersihan rasuah dikalangan pemimpin UMNO dan ahli2nya,(Untuk makluman inilah isu barah utama menyebabkan BN tewas teruk, secara jujur majoriti org melayu dah muak dengan nama UMNO disebabkan oleh pemimpin 2 yang rasuah ini), isu rasuah ini merebak kesegala isu baik DEB(harus dikekal-cuma perlaksanaan) kapal selam,padang bola,isu kehakiman,ekonomi melayu, juga boleh sampai ke isu babi.

Kalau dikaji2 isu babi di selangor dan negeri2 lain juga ada kaitan dengan unsur 2 rasuah!!

Kesimpulannya saya berpendapat agar UMNO menumpukan kepada isu pembasmian rasuah!!Buang semua pemimpin rasuah barulah rakyat sokong. Kami memrlukan pemimpin2 rakyat spt Nik Aziz,Tun Razak, Dr. Burhanudin Helmi.

Perlu diterima bahawa era milleneum, maklumat boleh sampai tanpa batasan...maklumbalas terhadap sesuatu isu akan cepat merebak..

Secara jujur saya tak nampak perubahan akan berlaku dalam UMNO dalam tempoh 5-20 tahun, maka kesimpulannya UMNO akan terus ditolak jika terus bersikap takbur dan melindungi perasuah!!!.


Saya berpendapat penumpuan pakatan rakyat kepada pembaikan/pemulihan kepada sistem kehakiman, pembaikan kepada kesilapan kerajaan dahulu ,usaha penghapusan penahanan pesalah tanpa perbicaraan(ala2 mosad) adalah dialu-alukan.... UMNO haruslah mengambil perhatian,bemuhasabah belajar dan berpandangan positif terhadap perkara ini jika mahu diterima semula....

maka fikir2kanlah sendiri...utk masa depan anak cucu kita!!!

Abafahim said...

saudara anonymous

T.Kasih atas komen. Saya tidak pernah mempertikaikan satu keperluan penting utk reform BPR, kehakiman dll, cuma penumpuan yang keterlaluan kpd isu2 tersebut hingga isu ekonomi tidak kedengaran. Contoh utama apa solution k'jaan pakatan rakyat utk mendesak kerajaan atau memperkenalkan solution bagi menangani isu kenaikan harga barang? Setakat ini masih tiada..Apa dasar2 ekonomi yang perlu didesak oleh pakatan rakyat utk k'jaan BN laksanakan? juga tiada..Sedangkan Pakatan Rakyat ada ramai pakar2 ekonomi dan setiap tahun memperkenalkan bajet2 alternatif,tetapi malangnya reformasi ekonomi masih tidak kelihatan. Sila lihat posting saya sebagai kritikan yg agak keras tp membina bagi pakatan rakyat utk mereka laksanakan. Always remember, when people is hungry, they will get angry.(p/s: first time posting gunakan Communicator). tq

podeh said...

menarik...menarik!

Anonymous said...

kerajaan BN pon sama suka cari silap org lain!!!!Tetapi inilah hakikat politik, biasa latu betul membetul, membongkar kesalahan tidak salah agar dijadikan pedoman!!!

bekas UMNO

Anonymous said...

orang cina tidak hadir di tuju perasaan kerana orang cina telah suara di meraka di kerta undi.

ram gagasan said...

Kenapa babi? Kenapa isu ini nak kita debatkan sedangkan babi & arak tu sama-sama haram. Tapi kenapa kita orang islam tak pernah nak tunjuk perasaan depan kilang arak? Malahan orang Islam ada bekerja di kilang arak & pub & kelab malam dll tapi kita buat tak perasan je. Apa beza haramnya babi & apa bezanya haramnya arak? Kenapa orang politik tak pernah bangkitkan soal arak di negara kita tetapi lagi suka bangkitkan soal babi? Kita jangan terpengaruh dgn orang politik. Bagi kita apa aje yang haram tetap haram dan perlu dibenteras.
Dalam hal babi di Selangor ni yang malu kita orang Islam sebab MB dulu org Islam & MB sekarang orang Islam. MB dulu dengan sekarang sama je tak tahu yang mana halal & yang mana haram. Sama juga dengan PAS di Selangor tak berani berkata benar walaupun pahit!