Tuesday, April 29, 2008

Yang mana satu?

Anwar Ibrahim berkata:-

"Ketuanan Rakyat berteraskan Ketuanan Melayu. Telah ditetapkan dalam perlembagaan kedudukan bahasa, agama dan hak istimewa orang melayu. Itu tidak boleh dipertikaikan dan kita akan bantah keras jika ada yang pertikaikan" Suara Keadilan 23 April-7 Mei 2008.

Sepanjang ingatan dan bacaan penulis, Anwar telah berkali-kali mencanangkan semua kaum akan mendapat hak-hak samarata sekiranya beliau dilantik menjadi PM.

Malah, penulis pernah dihentam oleh seorang ahli melayu PKR
kerana dikatakan masih mengemis hak-hak istimewa orang melayu dengan menguatkan hujahnya dengan nas-nas Al-Quran dan Al Hadith (walaupun tak relevan) serta menunjukkan simpatinya terhadap kaum cina dan India yang dikatakannya 'tertindas' di Malaysia.

p/s: Kesian pulak kat member PKR tu. Penat dia berhujah pertahankan pendirian Penasihat PKR pasal hak samarata tu.

35 comments:

fendy_ahmad said...

Salam,

Anwar bijak bermain politik...

Selidik apa cara politik dia masa tahun 1970-an, kemudian lihat pula wajah-wajah Anwar pada 1980an, 1990an lain pula topengnya...

Tup-tup era 2007 ke atas ini, wira manusia sejagat pula manusia seorang ini....

Lex said...

Salam..

Terpulanglah kalau abafahim nak kata saya "hentam" ataupun apa. Tetapi percayalah, bukan itu niat saya.

Saya rasa saya sudah cukup jelaskan bahawa dalam pos saya yang terdahulu di dalam blog fendy1982 menyatakan Anwar tetap mempertahankan hak yang telah termaktub dalam perlembagaan berkait dengan hak keistimewaan melayu s.152 dan berikutnya.

Dan sekali lagi saya menyatakan HANYA SATU sebab saya merasakan hak ini perlu dipertahankan kerana Melayu berkait rapat dengan Islam, jadi ia wajar dipertahankan.

Dan saya telah membangkitkan secara adil dengan contoh-contoh yang panjang menunjukkan sepanjang 50 tahun ini, UMNO yang sebenarnya mencabul perlembagaan yang terkait dengan hak keistimewaan orang Melayu.

Abafahim kena jelas, tidak salah kalau kita mengasihi bangsa kita. Yang salahnya apabila kita mengasihi bangsa kita tetapi di dalam masa yang sama kita menindas bangsa lain. ITU SALAH!

Di dalam Hadith yang mulia seorang sahabat bertanyakan kepada Rasulullah, "Ya Rasulullah, apakah salah aku mengasihi bangsaku dan apakah ini dikatakan sebagai ASSOBIYAH?" Rasulullah berkata, "Tidak, tidak salah mengasihi bangsamu. Yang dikatakan ASSOBIYAH itu apabila kamu menolong bangsamu dengan menzalimi bangsa lain!"

Nampak tak jelas apa yang Nabi cakap ni. Tak salah kalau nak tolong bangsa sendiri. Tapi yang salah apabila kita tolong bangsa kita, kita tindas,kita pijak, kita nafikan hak bangsa orang lain.

Terpulang kalau abafahim nak kata hadith ini pon tak relevan. Saya juga orang Melayu, seorang pesilat, dan cintakan bahasa saya.

Saya tidak rela melihat agama saya difitnah dan bangsa saya dikepalai oleh malaun-malaun bertopengkan Melayu! Dan maaf, malaun itu banyaknya dalam UMNO.

Mempergunakan bangsa dan agama untuk kesenangan juak-juak sendiri! Hina di dunia dan terhina di akhirat!

Abafahim said...

No comment. I rely on the doctrine of ' re ipsa liquitor' and 'castia facit'. Anyway, thanks for visiting my blog. :)

Lex said...

You are welcome.

I do hope despite of our differences in ideology, we still can be united as a Brother in Islam under 'wahdatul amal'; to strive for the betterment of ummah.

I myself rely on the legal maxim, "Fiat Justicia Ruat Caelum". I believe the justice is a paramount important of all.

Thanks. Good Blog! Glad to see an energetic lawyer in this arena:)

podeh said...

Apo kabar? Den musykil la skit. Nak minta saudara lex jwb.

"Tapi yang salah apabila kita tolong bangsa kita, kita tindas,kita pijak, kita nafikan hak bangsa orang lain". - kita nafikan hak bangsa lain macamana tu, boleh tolong jelaskan dalam konteks Malaysia ni?

"Yang salahnya apabila kita mengasihi bangsa kita tetapi di dalam masa yang sama kita menindas bangsa lain. ITU SALAH!" - masih lagi den tak paham. menindas bagaimana tu? kasi clear skit otak den yg jerebu ni.

"Mempergunakan bangsa dan agama untuk kesenangan juak-juak sendiri! Hina di dunia dan terhina di akhirat!" - siapakah gerangan yang dimaksudkan itu? anwar ka? kit siang ka? karpal singh ka? or org2 profesional dlm pas?

loghat menunjukkan lorat

Abafahim said...

Assalamualaikum;

I've just referred to ahli agama berkenaan hadith yang saudara lex nyatakan berkenaan tentang bangsa (assobiyyah) yang mana hadith tersebut sebenarnya menerangkan tentang orang2 islam selain daripada bangsa Arab. Bukan bermaksud didalam konteks bangsa berkenaan orang2 kafir yang mensyirikkan Allah.

Kafir zimmi secara ringkas adalah kaum kafir yang menerima pemerintahan Islam dengan hati terbuka dan bersetuju untuk diperintah oleh pemerintah Islam.

Tetapi karpal singh, lim kit siang dan pemimpin-pemimpin kaum bukan melayu yang lain yang dikatakan mewakili majoriti kaum bukan melayu yang jelas dan nyata menolak sekeras-sekerasnya penubuhan negara Islam, adakah mereka ini didalam kafir zimmi? layakkah mereka mendapat layanan seperti kafir zimmi?

Nasihat ikhlas saya, Nas2 Al Quran & Hadith adalah otoriti yang sangat kuat, tetapi tolong.. jangan letakkan nas-nas tersebut ditempat yang salah apabila kita ingin menegakkan hujah kita. Sila rujuk asbabun nuzul nas-nas yang ingin kita digunakan.

TQ.

Lex said...

abafahim yang dikasihi

Di dalam penulisan saya sebelum ini, telah saya nyatakan kaum cina dan india yang bukan beragama Islam di Malaysia secara UMUM dan tidak menyentuh kepada individu seperti yang saudara nyatakan (Karpal Singh, Lim Kit Siang etc) Saya berhati-hati dalam tulisan saya dan saya bertanggungjawab dengan ayat Qur'an yang telah saya lampirkan. Kepada Allah sajalah dikembalikan segala kemuliaan. Sama ada saudara nak terima atau tidak terpulang.

Bukan Lim Kit Siang dan Karpal Singh saja yang menjadi pemimpin bukan Melayu, ramai lagi, malah termasuk juga pemimpin dari parti komponen Barisan Nasional sendiri.

Di dalam Islam, seseorang kafir yang menjadi warga negara Daulah (kafir zimmi) perlu terikat dengan peraturan Daulah dalam hal-hal yang telah ditetapkan oleh negara kecuali dalam masalah aqidah dan ibadah. Memanglah Karpal Singh dan Lim Kit Siang tak akan bersetuju dengan "konsep negara Islam" sebab mereka bukan seakidah dengan kita!

Kalaupun mereka bersalah kerana menolak konsep "Negara Islam" tapi adakah adil beban kesalahan itu diletakkan kepada mereka semata-mata.

Bukankah lebih dasyat apabila Pemimpin UMNO yang kononnya mendabik "Islam" dan menyelar "Zionist yang hina" katanya memperlecehkan undang-undang Hudud dengan mengatakan "kalau laksana undang-undang hudud nanti malaysia kurang produktiviti sebab ramai kudung tangan."

Dan lebih menyedihkan ada pemimpin Melayu UMNO yang tergamak nak saman Kelantan kerana nak laksana Hudud kerana katanya bertentangan dengan perlembagaan Malaysia!

Siapa yang lebih hina! Kalaupun Lim Kit Siang dan Karpal Singh dikatakan 'hina' dan 'bukan zimmi' kerana menolak ideologi negara Islam, seratus lebih hina pemimpin UMNO+Melayu+Islam yang mengherdik dan memperleceh Islam! Silap-silap boleh jatuh syahadah syeikh!

Orang-orang seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh mungkin sukar diubah kerana usia mereka yang sudah lanjut dan pemikiran mereka yg semakin sendat. Sebab itu kata pepatah melayu, "kalau melentur biarlah dari rebungnya".

Justeru itu kalau UMNO betul-betul ikhlas mahu melaksanakan kesatuan Melayu dan Islam, saya cabar UMNO initiate ideologi Negara Islam ini dan saya pasti UMNO memang tak berminat pon nak buat.

Saudara fikir macam mana mereka nak setuju dengan konsep negara Islam sedangkan ramai lagi puak-puak UMNO terang-terang tolak konsep negara Islam ni. Bahkan lagi teruk UMNO, bukan saja tolak pastu MENGHERDIK sistem tersebut.

Kenapa kita perlu BIAS dan DOUBLE STANDARD dalam ni! Kalau orang bukan Islam tak setuju cepat-cepat kita cop dia "Anti Islam" dan "Musuh Islam". Tapi kalau orang macam TUN MAHATHIR dan ZAID IBRAHIM yang cakap begitu, seribu satu alasan kita berikan untuk memenangkan mereka! Kenapa?

Kalaupun saudara nak cop Lim Kit Siang dan Karpal Singh bukan zimmi, dalam bukan zimmi tuh pon mereka boleh akur dan terima PAS sebagai MB Perak, lebih mulia mereka daripada orang UMNO Melayu Terengganu dan Perlis yang hina SULTAN INSTITUSI BERAJA dan sanggup melabel sultan sebagai BINATANG! Di mana maruah kita?

Abafahim said...

Saudara lex;

Memang ada fakta-fakta yang kita boleh bersetuju dan tidak bersetuju, tetapi tidak bermakna fakta-fakta yang tidak dipersetujui kita tolak mentah2 malah mungkin boleh menjadi renungan kita bersama.

Honestly, i'm not good in politic and even no one bother to approach me to active in any political party but i have my own choice and i look at things and analyze based on my observation and what my intelligence and feels right.

Anyway, i like your second comment.

Abafahim said...

Saudara lex;

Memang ada fakta-fakta yang kita boleh bersetuju dan tidak bersetuju, tetapi tidak bermakna fakta-fakta yang tidak dipersetujui kita tolak mentah2 malah mungkin boleh menjadi renungan kita bersama.

Honestly, i'm not good in politic and even no one bother to approach me to active in any political party but i have my own choice and i look at things and analyze based on my observation and what my intelligence and feels right.

Anyway, i like your second comment.

Lex said...

Dan lagi satu tentang hadith assobiyah bangsa tu. Mari saya naqalkan hadith tersebut dengan sepenuhnya.

Wahai manusia, sesungguhnya Tuhan kalian adalah satu, dan bapa kalian adalah satu.Ingatlah, tidak ada kelebihan bagi orang Arab atas orang bukan Arab; juga tidak ada kelebihan bagi orang yang berkulit hitam ata sorang yang berkulit merah, kecuali dengan taqwa. [HR Ahmab, Ibn Hibban, dan al-Harits]

Semua Muslim Arab dan bukan Arab, dengan berbagai warna kulit yang
bukan merupakan pilihan mereka adalah sama di sisi Allah kecuali taqwa yang dicapai dengan kesungguhan mereka untuk mencapai keredhaanNya.

Sejarah telah membuktikan bahawa selama lebih 1,400 tahun manusia pelbagai bangsa dan warna kulit telah bersatu dengan gagahnya sebagai satu umat di atas asas aqidah Islam.

Kalau saudara perhatikan betul-betul, hadith ini ada 2 lapis maksudnya; pertama berkenaan dengan darjat yang mulia itu dibezakan dengan taqwa, dan memang benar apa yang ustaz abufahim cakap itu iaitu hadith ini ditujukan kepada orang Islam sahaja! Itu tidak ada keraguan.

Walaubagaimanapun lapis maksud yang kedua, iaitu Allah sememangnya tidak melihat seseorang itu berdasarkan kepada bangsanya, warna kulit atau keturunannya!. Dan untuk saya saya berpendapat ideologi UMNO adalah bertentangan dengan mafhum hadith ini yang menuntut jangan dibezakan bangsa itu. Tapi UMNO tidak! Mereka kata mereka perjuang melayu saja! MIC plak pejuang India saja, MCA plak pejuang Cina saja. Ini adalah parti perkauman yang terang-terangan bertentangan dengan makna sebenar misi kedatangan Islam!

Justeru saya lebih selesa dengan PAS yang memperjuangkan slogan "PAS FOR ALL" yang mana tiang serinya adalah Islam dan bukannya semangat BANGSA yang sempit ini dan juga KEAdilan yang membawa ideologi keadilan untuk semua!

Sekian,
(Maaf lepas ni mungkin susah sikit nak reply sebab sedang sibuk menguruskan sesuatu yang penting)

paneh said...

Seronok berbicara menggunakan nas Quran dan Hadis. Memang ini yang dimahukan bersama mencari kebenaran dan jujur dalam berhujah. Sayangnya den pada org Melayu tidak berbelah bagi. Walaupun banyak amaran Allah dlm Al-Quran berkenaan penghapusan sesuatu kaum itu dan digantikan dengan kaum yg baru sering menyesakkan benak den yg sempit ni.
Tapi yg paling sayang apabila parti pas yang bertunjangkan Islam ini tidak berusaha bersungguh2 untuk memerintah Malaysia ni. Tidak pernah cukup kerusi yg ditandingi sejak 1955 hingga kini. hatta untuk dapat majoriti mudah sekalipun bagi memerintah negara. Jadi apa sebenarnya? Nak bermain2 atau sengaja nak memecah belahkan orang Melayu Islam yang telahpun terbahagi dua parti. Akhirnya kaum Melayu akan binasa dan terpaksalah kita akur kepada kaum kafir, tidak kiralah dia zimmi atau tidak.
Hebat sungguh penangan British. Teknik pecah dan perintah masih kekal hingga kini. Yahudi dan Nasrani tak peduli samada sunni atau syiah, pas atau umno. Bagi mereka kita semua sama...pengganas dunia dan kita masih lagi bertelagah seperti bangsa Arab. Kembalilah kita seperti jahiliah.

CIkgu Din Sakura said...

Faisal, pekaba. Harap kau sihat duk berdepan dgn pasar ampangan tu. Atuk rasa tak payah kesian sgt ngan member PKR tu. Politik dgn pemimpin yg membawanya sama jer kat mana-mana di dunia. Kat belah sini sebut jer Sukarno, Suharto, Marcos, Taksin, Aroyyo, tentera kat Myanmar tu. London ngan Washington tu pun mana ada yang perfect. Kat mesia nih, lihatlah pemimpin yang ada, cara pentadbiran yang diamalkan. Kronisme dan nepotisme. Rasuah yang melibatkan jutaan RM. Lihat kebongkakan yang sangat menyerlah. Rakyat kecil minta bantu cari anak pun tak didengar dek wakil rakyat. Lihat 4WD yang kehulu hilir, berlomba-lomba mengemis kontrak. Rakyat bawahan terlopong.
Anwar Ibrahim seperti mana-mana pemimpin politik tidaklah sesempurna mana. Tapi faisal, siapakah yang anda dapat cadangkan untuk memulihkan kemelut UMNO(BN) sekarang. Anwar seorang melayu dan beliau harus menyatukan Malaysia yang multi-etnik. Anwar memerlukan satu dasar perjuangan yang mampu memikat semua rakyat Malaysia.

Abafahim said...

Saya setuju anwar perlukan satu perjuangan yang boleh memikat semua rakyat malaysia tetapi please be firm.. yang mana satu?

Saya curiga kalau anwar boleh menyatakan dengan lantang bahawa ketuanan rakyat berteraskan ketuanan melayu dihadapan kaum cina dan india?

Begitu juga hak samarata bagi kesemua kaum dihadapan kaum melayu.

Masalah yang timbul, tiadanya dasar-dasar terperinci dan jelas yang boleh ketuanan melayu dan hak samarata kaum digabungkan?. Ini tidak pernah diperincikan secara comprehensif dan dirangka didalam satu dasar secara bertulis bagi rakyat menilai tetapi hanya diluahkan secara istilah melalui wawancara-wawancara didada-dada akhbar.

Atau sebenarnya, ketuanan melayu dan hak samarata tidak boleh digabungkan dan rupa-rupanya adalah satu istilah semata-mata seperti yang sering dilaung-laungkan oleh P.Lah seperti nilai tambah, modal insan dll tetapi tiada perincian.

Atau terpaksa kembali kepada semangat asal kontrak sosial dengan dasar-dasar baru digubal bagi memuaskan hati semua kaum yang mana kaum melayu menjadi terasnya. (macam mustahil tetapi ada kebarangkalian).

Dalam hal ini, yang penting, proposal untuk dasar-dasar tersebut hendaklah dirangka dan diperincikan secepat mungkin dan dipersembahkan kepada rakyat untuk mengelakkan rakyat pelbagai kaum keliru, tertanya-tanya dan seterusnya menimbulkan pelbagai polemik.

Pada hemat saya dasar BN iaitu melalui UMNO, MIC dan MCA dll atas semangat kontrak sosial sudah jelas, Bagaimana pakatan rakyat? Mungkin ia satu cabaran besar bagi pakatan rakyat.

Kalau melihat daripada keseluruhan aspek melalui penilaian saya yang hanya tertakluk kepada media massa saya lebih cenderung memilih Muhyiddin untuk terajui UMNO.

T.Kasih atas pandangan cikgu.
Cikgu, nama saya bukan faisal)

Lex said...

Kebetulan "prime news" harakah berkait dengan KETUANAN MELAYU. Mungkin baik juga saya poskan disini buat tatapan bersama. Sesungguhnya saya amat bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Presiden PAS ini.

Hanya Islam sebagai penyelamat Ketuanan Melayu - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 30 April (Hrkh) - Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata hanya melalui Islam sahaja maka bangsa Melayu dan ketuanannya akan terselamat dari apa jua cabaran yang menimpa khususnya yang melibatkan senario politik terkini dalam negara.

Kata Ustaz Hadi, ketuanan Melayu akan gagal sekiranya prinsip tersebut ditegakkan dan digerakkan melalui semangat nasionalisma yang fanatik serta ideologi yang bersifat chauvinisme termasuk taksub kepada bangsa tertentu.

"Yang menyelamatkan Melayu adalah Islam iaitu agama bagi orang Melayu. Melayu tak dapat menyelamatkan melayu.

"Kalau Melayu bersama dengan Islam bukan sahaja Melayu selamat bahkan orang bukan Melayu dan semua bangsa juga selamat sebab prinsip keadilan Islam yang menyeluruh,"jelasnya.

Katanya, merujuk kepada sejarah Islam, Nabi Muhammad s.a.w juga tidak menyelamatkan bangsa Arab dengan falsafah atau peraturan bangsa Arab tetapi dengan agama Islam.

"Semua amalan jahiliyah dan kezaliman Arab mesti dihapuskan dan begitu juga dengan jahiliyah Melayu sesama bangsa yang lain mesti diketepikan," kata Ahli Parlimen Marang itu lagi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan para wartawan di ruang lobi Parlimen sejurus selepas menyertai sesi perbahasan pagi tadi.

Ustaz Hadi adalah antara ahli Parlimen yang ditunggu oleh para wartawan dan menjadi tumpuan ramai termasuk tidak lepas daripada lensa kamera yang merakam suasana Parlimen hari ini.

Sebelum soalan diajukan Ustaz Hadi telah disapa secara ramah oleh bekas Menteri Kerja Raya, Dato' Seri S Samy Vellu yang secara bersahaja berkata kepada Presiden PAS itu,"Saya sudah orang biasa."

Dalam sidang dewan tadi Ustaz Hadi turut mengemuka soalan tambahan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung isu kecekapan perancangan kerajaan dalam memperbaiki kehidupan rakyat.

Sidang Parlimen hari ini yang menyaksikan kesemua ahli Parlimen memenuhi ruang dewan dan menjadi tumpuan orang ramai khususnya pihak media yang sejak dari awal pagi sudah mula 'berkampung' di sekitar bangunan Parlimen bagi menyaksikan 'kehangatan' suasana sidang yang ditunggu ramai.

Dalam pada itu Ustaz Hadi mengulas janji kerajaan yang akan bekerjasama dengan pembangkang untuk menangani masalah kenaikan harga barang yang menyulitkan rakyat.

"Kita menerima cadangan tersebut dengan sikap positif. Kita pernah meyertai Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MPEN) sewaktu zaman Tun Mahathir.

"Banyak buat keputusan dan resolusi yang bernas tetapi malangnya tak dilaksanakan dengan sepenuhnya dan PAS keluar daripada MPEN," katanya.

Beliau menggesa supaya pihak kerajaan mengambil pengajaran daripada kelemahan MPEN untuk membuat suatu pembentukan atau jawatankuasa yang berbeza untuk menghadapi cabaran terkini.

Beliau sempat ditanya berhubung isu hak keitimewaan orang Melayu yang dilihat semakin terhakis akibat situasi politik negara yang sudah berubah.

"Hak keistimewaan Melayu bergantung kepada kedudukan orang Melayu sebagai golongan yang miskin dan dalam masa sama kita tak boleh mengabaikan kaum lain yang miskin.

"Sekiranya kedudukan orang Melayu sudah berubah, maka orang Melayu tidak boleh mengatakan berhak atas segala-galanya dan mengenepikan orang lain," katanya dan menyatakan bahawa masa depan orang Melayu terletak kepada satu kuasa politik sahaja iaitu Islam.

Anonymous said...

Ishhh... syok gak baca komen sedare2 semua.
Satu pihak aku tengok mudah: proMELAYU. Satu lagi ni aku konpius skt, proMELAYU + mengaku ISLAM lebih dari org UMNO + sekongkol dengan DAP + pejuang semua agama/bangsa = ???

Abafahim said...

En. lex,

Tahniah, kini anda dapat lihat dengan lebih jelas bagaimana permainan politik bagi memancing undi boleh mengelirukan dan menyebabkan polemik kepada rakyat kan? :)

paneh said...

apa-apa pun aku nak ucapkan taniah la kek abafahim kerana menang dlm berhujah. soalan den pada en. lex atas kenyataannya ttg bangsa lain yg kita tindas dan kita pijak kek malaysia ni pun dio tak jwb laie.

tentang karpal singh dgn kit siang akur pas jadi mb perak pun sbb perlembagaan perak menetapkan mb nya orang melayu Islam. pasal 6 org bukan Islam dlm exco perak dia tak cerita plak. lebih ramai dari org Islam sendiri jadi exco, pastu di negeri majoriti penduduknya beragama Islam lak tu.

tu belum den tanyo berapa biji pas bina masjid dan surau kek kelantan kalo nak dibandingkan dengan umno.

tu bolun laie pas setuju ternak babi terbesar di asia tenggara kek selangor.

takpolah abafahim, sekali lagi den ucap tahniah. baru en lex ni masuk blog tuan hamba dah tewas, bolun laie masuk blog paneh miang. takyah dilayan doh. dio cakap pun melompek2 hujah eh. berpusing2. sikap org pkr mmg camtu.

paneh: pemimpin yg silap perlu kita tegur kerana itu tanggungjawab kita sebagai Islam. macam tegur imam salah gerak dan baco dlm solat gak.

Lex said...

En Paneh: Terpulanglaa nak kata menang ker tak menang, saya percaya soalan yang encik tanya tuh encik dah tahu pon jawapannya, tapi saja-saja buat tak tahu. Memang ada jenis manusia dalam dunia ni yang dia tahu benda tuh tapi saja saja buat tak tahu..jadi tak perlulah saya nak menjawab benda yang encik pon dah tahu..

En Abafahim: pilihanraya dah lepas dan pancing-pancing undi dah takdak sekarang, pancing ahli parlimen adelaa:) Apa yang nak dikelirukan? Betul keliru atau saja saja buat keliru. Dah berjela terang takkan tak faham. Hurmm, tapi memang dah lumrah..selalu benda yang depan mata memang orang suka buat-buat tak nampak. Sedangkan Al-Quran diturunkan membawa berita yang jelas, tetap ramai yang alpa dan buta hati...Buta hati dan buta perut..memang susah dah nak kata apa dah.

Ayat ini selalu dibaca oleh Tuan Guru Nik Aziz di dalam kuliahnya utk ditujukan kepada orang UMNO khususnya dan manusia secara umumnya:

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu ibarat binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai" (Al-A'raaf: 179)

Anonymous said...

En Lex, satu perkara yg saya tk faham knp sesetengah org merasa lebih Islam dari yg lain, melihat mereka lebih hina dari org2 kafir sedangkan adalah kewajipan (bukan kebajikan) untuk membetulkan kesalahan pemimpin Islam.

Saudara membawa ayat Al-Qur'an masih menyebut2 nama Tuan Guru Nik Aziz... itu bukan nasihat atau pandangan beliau ttp ayat Al-Qur'an, tk perlu disebut nama beliau kalau En Lex ikhlas berhujah. Samalah seperti Al-Arqam yg menggunakan Ayat & Hadith dalam berhujah ttp mesti mengagungkan Abuya dalam setiap hujah mereka? Inilah yg dikatakan fanatik PAS terhadap pemimpin mereka, walau yg busuk tetap dirasa wangi sedangkan orang lain walaupun wangi tetap dirasakan busuk. Pikirkanlah, walau Nik Aziz atau Hadi bukan Nabi, banyak jugak buat silap ttp mereka tak pernah nk mengaku (cuba ingatkan balik pernah ke mereka mengaku silap dr kes kafir mengkafir, berkawan dgn setan, etc?). Sayangnye pengikut yg nampak berilmu pun buleh percaya setiap butir kata2 pemimpin mereka tanpa soal.

Dan ingatlah, Tuhan tidak menyebut bahawa orang2 yg dikatakan di dalam Ayat tersebut ditujukan kpd org2 UMNO, muhasabahlah diri sendiri. Malahan Nabi pun ada menyatakan di akhirat kelak lebih ramai orang yg dipandang berilmu di dunia tetapi Tuhan lemparkan juga mereka ke neraka di akhirat kelak... yg penting iman, hati & akal masing2. Bak kata orang sekarang : "Sendiri mau ingat"

p/s: Logo baru den : "Taknak den kawan dengan setan atau kengkawan setan..."
-Mazda6-

Abafahim said...

En lex

sebenarnya saya sudah tidak mahu berpolemik dan buang masa cakap dengan manusia tak cerdik yang semakin terdesak menegak benang yang basah.

Kata-kata Hj Hadi tu memang betul tapi aku tak pernah dengar lagi PAS perjuangkan hak samarata semua kaum yang berbilang agama. macam En Lex luthor. (teringat pulak ayah pin). Aku rasa kata2 haji hadi tu dah menyokong sepenuhnya fakta-fakta aku sebelum ni :).

Ataupun apa kata saya cadangkan en lex bersemuka dgn anwar dan katakan dengan lantang dan penuh semangat padanya "lebih baik kau tarik balik kata2 'ketuanan rakyat tu ketuanan Melayu' dan cakap pada Anwar, aku nak HAK SAMA RATA SEMUA KAUM".

Ataupun untuk mendokong demokrasi tulen, saya cadangkan en. lex buat satu MEMORANDUM atau membuat satu DEMONSTRASI besar2an utk mendesak Anwar menarik balik kata2nya dan mengembalikan perjuangan asal iaitu memperjuangkan hak sama rata antara kaum.

Sabar en lex, itulah yang dinamakan politik. Kadang-kadang bila bos nak pancing undi (nak dapatkan sokongan maksudnya), ahli2 die hard fan boleh pun terkeliru.

paneh said...

den tau jwpn soalan sendiri en. lex? maknanya lex luthor ni pun tau jwpn sebenarnya la. tapi kalo dijwb jugak, gamaknya spt en lex ludah ke langit, terjelopuk ke muko sendiri. den raso takyah la layan org yg asik cubo togakkan bonang basah ni. den sokong mazda6. lex luthor ni mcm org yg kecewa dgn pak sheikul anwar je. pastu pusing ayat utk hujah mendewakan nik aziz plak. jadi kito biarlah en lex ni bertekak ngan pak nuar sodomi tu dari berhujah dgn kito. lex ni pun den nengok cam dah kecewa dan tension je berhujah kek sini.

loghat menunjukkan lorat

Lex said...

Sayangnya encik abafahim ni tak faham-faham..saya ingatkan peguam ini otaknya jelas, pemikirannya tajam..tapi sayang sudah dicemari dengan semangat assobiyah bangsa yang melulu dan sempit ni...

Nak bercakap tentang hak ni cakaplaa sampai ke mati pon sebab yang sebenarnya kita semua ni HAMBA saja dan tak perlu nak meraban cakap sana sini hak kita yang padahal ini semua Allah yg punya. Sedarlah sket..

Saya pon malas nak cakap byk dah.. Sudah begitu banyak penjelasan saya dalam blog fendy1982, diikuti selingan di sini, dan byk di website-website lain..

Kalau tuan-tuan semua nak bersilat dengan buah Melayu totok tuan-tuan silakan, silat sy bersendikan Islam, itu yang penting.

Encik Abafahim jangan cuba-cuba nak pusing ayat kata Ustaz Hadi sokong kenyataan encik, itu jauh 360 darjah. Ustaz hadi mengatakan Hak melayu bersendikan Islam dan itu tertakluk pada masa, jika datang masanya orang melayu tidak miskin lagi, dan bangsa lain yang lebih keterbelakang, maka orang melayu tidak boleh kata dia masih ISTIMEWA dan dilebihkan, tapi encik tidak, encik rasa tanah orang melayu punya jadi HAK ISTIMEWA sampai bila-bila..

Saya takdak kudis pon hak melayu ni dikekalkan dan sudah berkali kali saya nyatakan satu-satunya sebab saya bersetuju hak melayu dikekalkan kerana melayu ini sinonimnya dengan Islam.

Sedarlah orang Melayu tanpa Islam sebenarnya bangsa yang hina dan kelam. Saya berdiri dengan Islam dan bukan bersama Hak Istimewa Orang Melayu yang menjadi CANDU kepada orang Melayu semenjak merdeka hingga sehingga.

Semoga encik bahagia selamanya. Laungkanlah di dalam gelanggang silat abafahim tentang ketuanan Melayu ini dan candukan orang melayu kesemuanya dengan janji-janji ketuanan yang tidak berpenghujung ini.

Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dada." (QS Al−Hajj: 46).
Terpulanglah..

Abafahim said...

Tuan2;

Apabila aku melihat masih ramai dikalangan bangsaku terutamanya yang sangat hampir denganku yang
masih memerlukan pembelaan ditanah airnya sendiri dan orang-orang melayu diberi layanan kelas ketiga(walaupun professional)didalam syarikat2 yang dikuasai kaum bukan melayu (yang mana ekonomi negara dipegang oleh kaum bukan melayu sebanyak 80%),
maka salahkah atau berdosakah aku untuk membela dan memperjuangkan hak-hak bangsaku?

Sempitkah atau melulukah aku?

Lex said...

Apabila orang Melayu seperti tuan-tuan TERLALU menyebut tentang soal HAK dan isu KETUANAN ini menyebabkan saya begitu sedih, hiba, dan terkadang emosi..
Apakah kita orang Melayu masih hanyut di dalam mimpi yang panjang dan tidak memahami intipati ajaran ISLAM, anutan kita semenjak berzaman ini?

Apakah tuan-tuan tidak mengambil iktibar dari sejarah? Apa bezanya kita dengan Yahudi dan Nasrani jika kita juga begitu terpesona dengan HAK yang dikatakan kepunyaan KITA dan kita cukup takut HAK ini dirampas dari tangan kita?

HAK apa yang tuan-tuan mahukan?

Tuan-tuan sepatutnya bersyukur nasib baiklah Malaysia ini berbilang kaum sifatnya. Cuba tuan-tuan fikir kalaulah Malaysia ini dihuni 100 peratus orang Melayu. Saya percaya isu HAK ini pasti juga akan timbul. Cuma lagu dan rentaknya akan berbeza.

Malaysia hari ini dibahagikan dengan Melayu, Cina, dan India mewakili 3 kaum yang terbesar. Dan Melayu dikatakan mempunyai “HAK ISTIMEWA”.

Kalaulah ditakdirkan Malaysia ini 100 peratus Melayu, sudah pasti kita sesama Melayu pula akan bercakaran. Tak percaya? Lihat Indonesia. Di Indonesia, rumpun Melayu Minangkabau mengatakan mereka adalah lebih ISTIMEWA dan HAK mereka di rampas oleh kaum JAWA! Padahal kalau di Malaysia, Minangkabau, Jawa, Banjar, termasuklah MAMAK dikategorikan sebagai Melayu. Di Indonesia, Melayu minang menolak kaum Jawa dan mereka mengatakan Jawa itu bukan Melayu! Dan mereka menuduh orang Jawa mengaut hasil kekayaan dan menafikan hak kaum Melayu Minang!

Nah bagaimana pula situasinya sekarang. Daripada Malaysia yang Melayu dengan melayunya, yang Cina dengan cinanya, yang India dengan indianya, tetapi di Indonesia Melayu LAWAN Melayu kerana mereka mendakwa mereka adalah LEBIH ISTIMEWA dan lebih BERHAK daripada satu sama lain! Saya lihat dengan mata kepala saya sendiri orang Melayu Minang membaling kerusi kepada Jawa sambil menjerit KAU bukan MELAYU di dalam mesyuarat!

Saya hanya cuba menyatakan di sini, isu HAK dan mahu berasa ISTIMEWA ini sebenarnya adalah CANDU dan ianya akan berubah menurut rentak. Apabila ada puak yang mendominasi sudah tentu ada pesaingnya.

Seperti juga pada zaman Rasulullah. Hampir semua di tanah arab itu adalah ORANG ARAB. Namun mereka tetap terpecah kepada Kabilah-kabilah dan sentiasa berperang antara satu sama lain. Malah mereka mendakwa kabilah mereka lebih mulia daripada kabilah yang lain. Padahal mereka SEMUA ARAB. Tapi masing-masing menuntut HAK ISTIMEWA kabilah mereka.

Dan apabila Islam muncul, orang Islam ditindas walaupun majoriti daripada mereka adalah berbangsa ARAB. Mereka ditindas oleh bangsa ARAB sendiri dan bukannya bangsa lain.

Kalau di Arab bolehlah kita namakan sebagai UANO (United Arab National Organisation) yang dipelopori oleh Abu Jahal dan Abu Lahab. Mereka mendakwa tanah Arab itu bukan untuk orang Islam dan orang Islam patut ditindas padahal orang Islam di kala itu ramai di antara mereka adalah berbangsa ARAB! Abu Jahal dan Abu Lahab mendakwa mereka lebih ISTIMEWA dan LEBIH BERHAK ke atas Makkah daripada orang Islam sehingga Rasul terpaksa berhijrah kerana siksaan yang amat dasyat dan teruk. Orang Islam dipulaukan dan tidak dibenarkan berurus niaga padahal mereka adalah orang ARAB juga! Cumanya mereka beragama Islam. Tetapi mereka tetap dipulaukan dan dikatakan tidak ada HAK! Itukah yang mahu kita contohi?

Apakah sikap Abu Jahal dan Abu Lahab ini mahu kita ikut?? Jawab!

Sejarah dunia menunjukkan, apabila Manusia terlalu memikirkan tentang HAK maka kezaliman akan berlaku.

Lihat saja apabila orang Yahudi di dalam protokol Zionisnya merasakan bahawa mereka BERHAK ke atas segala isi bumi ini, maka mereka menyerang dan menidakkan orang lain yang kini kita lihat kekejaman yang tidak kunjung padam di Palestin

Genghiz Khan menjelajah ke seluruh pelusuk dunia dan menawan segala apa yang ada dan hampir-hampir meruntuhkan empayar Ummat Islam apabila mereka merasakan bahawa BUMI ini adalah HAK mereka dan orang lain perlu tunduk kepada mereka!

Adolf Hitler menyerang Negara-negara lain kerana dia membawa slogan “Bangsa Aryan adalah Tuan kepada Dunia,” jadi atas dasar KETUANAN ARYAN itu, habis Negara lain diserang dan dimusnahkan sehingga akhirnya mereka juga termusnah sama!

Dan banyak lagi contoh-contoh yang menunjukkan keangkuhan ini sebenarnya merundung malang dan ditolak oleh ISLAM!

Tuan-tuan… Saya tidak paksa tuan-tuan untuk bersetuju dengan saya. Tetapi marilah kita merenung dengan jujur dan ikhlas apakah KETUANAN MELAYU yang kita sanjung-sanjung ini akan membawa kita ke puncak kejayaan? Apakah bangsa lain akan hormat kepada kita dengan KETUANAN MELAYU ini?

Sudah berkali kali saya nyatakan, saya bersetuju HAK ini dikekalkan kerana ISLAM. Mungkin kita boleh menggunakan keistimewaan ini dengan cara yang positif. Tapi apabila kita terlalu menyebut-nyebut isu KETUANAN ini, tidakkah mungkin bangsa lain akan terguris dengan KEEGOAN kita?

Apakah kita mahu mahu meneladani bangsa YAHUDI, PUAK MONGGOL, dan NAZI seperti yang dipaparkan di dalam coretan sejarah itu tuan-tuan. Saya katakan TIDAK! Hidup matiku untuk ISLAM.

Kalau betul kita nak bantu orang Islam di Malaysia ini yang ketinggalan di dalam ekonomi, bukan ISU KETUANAN MELAYU yang dibangkitkan dan dicanang-canangkan. Tetapi adalah PERUBAHAN SIKAP MELAYU itu yang diperlukan jika kita mahu bersaing dengan bangsa lain di dalam bidang EKONOMI terutamanya.

Saya rasa cukuplah dulu setakat ini..

Wassalam

Melayulasgt said...

encik paneh ni suka buat provokasi.udah2 la tu.hang sendiri yg nak bertekak.lex bagi hujah bernas yg hang tau perlekeh org je keje.fact takde.pigi daa...

melayulasgt said...

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu ibarat binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai" (Al-A'raaf: 179)

-- > ditujukan khas buat paneh.

Anonymous said...

abgfahim:sebenarnya saya sudah tidak mahu berpolemik dan buang masa cakap dengan manusia tak cerdik yang semakin terdesak menegak benang yang basah.

--> inilah dia ayat org kalah.xde fact.buat malu blog sendiri je.org2 bodoh je yg tulis ayat ni.haha

abgfahim:Kata-kata Hj Hadi tu memang betul tapi aku tak pernah dengar lagi PAS perjuangkan hak samarata semua kaum yang berbilang agama. macam En Lex luthor. (teringat pulak ayah pin). Aku rasa kata2 haji hadi tu dah menyokong sepenuhnya fakta-fakta aku sebelum ni :).

--> sekejap saya,sekejap aku.hang ni mmg confuse la.x pn gelabah.sbb tu ayat terabur je.tadi bersaudara saudara dgn lex,skarang ni pergh bukan main lagi.

p/S: syabas lex.biarkan mereka beremosi.mmg itulah sifat org jahil dan x nk mengaku kalah.kita kena faham,dia peguam.dh kalah pn dia nk menang gak.ahaks

Anonymous said...

go go kerol

Anonymous said...

Lex & sedare anonymous,

Saya nampak hujah saudara tentang bahaya & bahana terlalu menjaga hak perkauman berbanding agama Islam yang kita sama2 sanjung. Tiada pertiakaian tentang itu, period.

Cuma bbrp persoalan yg ingin saya dptkan jawapannye drpd org2 yg mengaku dirinye lebih Islam & lebih cerdik dr yg lain ("org2 bodoh je yg tulis ayat ni" & "mmg itulah sifat org jahil dan x nk mengaku kalah" - Anonymous). Maaf Anonymous, saya sendiri pun tk nampak satu pun hujah saudara kecuali mengiakan kata2 Lex, ttp saya takkan kata Encik sbg bodoh atau jahil sebagaimana yg biasa dilemparkan oleh org2 PAS dan PKR.

Antara negara Islam (yg diperjuangkan PAS) dan hak samarata atau keadilan antara kaum (yg diperjuangkan oleh PKR & DAP), yg mana satu En Lex & Anonymous utamakan? Kedua2nya atau negara Islam atau hak samarata? Maaf kalau saya katakan di sini jika antara parti2 ini masing2 ada agenda mereka sendiri, dan saya tidak nampak bagaimana kesemuanya boleh bersetuju, bermuafakat atau berkompromi utk persoalan sebegitu.

Yahudi, Nasrani, Jawa, Banjar, NAZI, MONGGOL sehinggalah ke bangsa Arab. Persoalannya bukan bangsa, ttp sesiapapun yg tidak berpegang kepada agama dan 'akal fikiran' yg waras tentu akan hanyut, walau PAS sendiri bila dh berkawan dgn syaitan tetap syaitan jua. Berilah beratus parti politik bernamakan Islam tetapi bersikap umpama syaitan apalah nilainya di sisi Tuhan?

Maaf tapi pd pandangan saya di samping agama, kita juga tak seharusnya memperkecilkan atau meninggalkan bangsa kita sendiri. Kita berpegang kpd Al-Qur'an dan Hadith, ttp di dalam Usul Fiqh selain Ijmak Ulama, Istihsan, Masalih Mursalah, ada juga Qoulul Arabi atau budaya bangsa Arab dijadikan rujukan. Ini bukan kata2 saya ttp orang cerdik pandai Islam dahulu kala.

En Lex mengatakan bahawa negara ini berbilang kaum, India, Cina, Banggali, etc. Mampukah PAS menegakkan negara Islam tanpa persejuan mereka? Mungkin En Lex boleh mengatakan bahawa walaupun tidak menubuhkan negara Islam, PAS masih boleh memastikan keadilan antara semua rakyat yg berbilang kaum di Malaysia melalui kerajaan campuran. Sanggupkan Nik Aziz & Hadi berada di bawah Lim Kit Siang dan anaknye serta Karpal sebagai pemerintah yg lebih tinggi, dgn janji2 mereka bahawa keadilan akan dikotakan?

Jika keadilan & hak samarata, mungkin tuan bersetuju dgn penubuhan IFC? Agama Islam berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dgn agama lain, alasan kerana Malaysia bukan negara Islam dan hak samarata mesti diutamakan. Mungkin bukan PAS, tp mmg tujuan PKR yg perjuangannya lebih liberal & terbuka. Bersih... Malaysia bukan hanya bersih dari proMelayu tetapi bersih juga dr proIslamnya.

Saya setuju dgn En Lex bahawa "PERUBAHAN SIKAP MELAYU itu yang diperlukan jika kita mahu bersaing dengan bangsa lain di dalam bidang EKONOMI terutamanya". Tetapi dimanakah keadilan jika kita masih lg bermula jauh dibelakang sedangkan bangsa lain telah berlari jauh di hadapan? Mungkin pandangan saya dari sudut yg lain, En Lex dari sudut yg lain. Dgn itu saya faham kenapa PAS & ADIL tidak berbuat apa2 malahan menyokong sewaktu PP menghapuskan DEB.

Penat rasanye saya berhujah, tambahan pula tk siapa pun sudi memberi komen sejak awal penulisan saya dahulu. Mungkin tak faham, atau buat2 tak faham, tk ke begitu En Anonymous? Kalau begitu elok En Anonymous baca dan fahamkan Ayat yg En tujukan kpd Paneh td.

Wassalam.

p/s: Menyamakan UMNO dgn UANO bwh pimpinan Abu Jahal & Abu Lahab amat2 mengecewakan saya. Apa yg kita kecapi kini, nikmat ilmu, beribadah di masjid, belajar di universiti seakan dilupakan oleh En Lex sehingga menyamakan dgn zaman Jahiliyah.

Syaitan tetap Syaitan En Lex... ("kami berlindung padaMu Ya Allah daripada syaitan yg direjam. Amin")

Anonymous said...

ERM, SAYA BERPENDAPAT SAUDARA ABAFAMIM MASIH TIDAK FAHAM TENTANG KONSEP PERJUANGAN POLITIK, UMNO JUGA SEBELUM INI MEMPERJUANGKAN HAK2 KAUM LAIN JUGAK UTK MEMANCING UNDI....

APA YG DIPERJUANGKAN OLEH SAUDARA ANWAR IBRAHIM ADALAH HAK SAMA RATA UTK MENIKMATI HAK ASASI KEPERLUAN ASAS, TANPA MENYENTUH HAK2 KEISTIMEWAAN ORG MELAYU '

SPT YG ANDA SEDIA MAKLUM HAK2 MELAYU MERUPAKAN SUATU KONTRAK SOSIAL DIDALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA.ISLAM & ORG MELAYU ADALAH 2 PERKARA YG TAK BOLEH DISENTUH.

WALAUPON SAYA BUKAN PEMINAT ANWAR,SAYA BERPENDAPAT SERANGAN2 TERHADAP BELIAU HANYA MERUPAKAN SERANGAN PROPOGANDA POLITIK SEMATA2, INI MEMBUATKAN BELIAU TERUS POPULAR, SY KHUATIR PIHAK UMNO AKAN JADI LEBIH TERUK NANTI...
(MACAM SEBELUM PILIHANRAYA, BANYAK PROPGANDA UMNO YG MENGUNTUNGKAN ANWAR)

HANYA PIHAK UMNO YG TIDAK ADA ISU, UTK MENUTUP KEBURUKAN2 MEREKA, MEREKA MENCARI HELAH UTK MENGALIHKAN ISU KEPADA PERKAUMAN, AGEN YAHUDI DLL.

WAHAI ORG UMNO YG CERDIK PANDAI TAKKANLAH ANDA X BOLEH BEFIKIR!!!

PERBIKI KEPINCANGAN UMNO DAHULU SEBELUM HENDAK MENJADI JUARA BAGI KAUM MELAYU.KITA PATOT BERASA MALU TERHADAP ORG KAFIR JIKA KITA SENDIRI BERLAGAK HIPOKRIT UTK MENUTUP KEBOBROKAN. KITA SEPATOT MALU BILA PEMIMPINKITA RABA BUNTUT ORG, RASUAH, FITNAH DAN LAIN2.

SELAMA INI PARTI UMNO PON ADA BEKERJA SAMA DENGAN ORG KAFIR BUKAN ISLAM MCA IPF, GERAKAN DAN MIC....

SAYA RASA PENDEBATAN 2 DIANTARA SORANG MAMAT YG PRO PAS DAN ANDA, XDER SAPA YG MENANG, CUMA MASING2 MUNGKIN TERLALU FANATIK DENGAN IDEOLOGI MASING2 DAN MELIBATKAN EMOSI.

-SEKARANG TAKDE PARTI

Anonymous said...

Saudara Anonynous, saya tertarik & terpanggil utk menjawab tulisan saudara di atas. Terima kasih kerana dari apa yg saya lihat bicara saudara kali ini lebih masuk akal drpd sebelum ini.

Bbrp perenggan awal saudara menyatakan bhw Anwar memperjuangkan haksama rata di samping mengekalkan ketuanan melayu/Islam di negara kita... sama seperti yg diperjuangkan UMNO sebelum ini. Persoalan saya, apakah bezanye perjuangan UMNO dulu dan sekarang? Adakah maksudnye Anwar kini membawa perjuangan UMNO sejati sejak dulu lg? Tidakkah pernah saudara membaca/melihat peranan PKR dan konco2nya bersekongkol dgn Bar Council utk memastikan IFC (Inter Faith Council) dpt direalisasikan? Apakah salah laku Anwar dr dulu hingga kini tiada satupun yg benar di mata saudara dan semua itu hanyalah penipuan di peringkat tertinggi?

Pd peribadi pandangan saya, perjuangan Anwar hanyalah untuk kepentingan peribadi beliau sahaja. Dengan nama yg sudah tercalar, dipenjara atas kesalahan yg pd beliau adalah zalim, kehilangan rakan2 yg dulunya begitu rapat malahan harta dan pangkat. Jadi mana tidak dia akan berjuang atas tiket keADILAN, kenapa tidak bersekongkol dgn PAS jika niat untuk memperjuangkan ISLAM? Knp perlu menubuhkan parti yg Majlis Tertingginya lebih ramai bukan melayu... apa jaminan perjuangan ADIL kpd bangsa melayu di masa hadapan?

Satu perkara yg saya setuju dgn saudara adalah semua cerita2 ini secara tidak langsung turut mempopularkan Anwar Ibrahim. Lihat sahaja blog dr Indonesia, mereka memuji Anwar kerana mengikuti mereka yg memplopori reformasi di Indonesia, dlm pd masa yg sama mengutuk dan mencaci kaum melayu dan pemimpin2 kita. Chessss!!! Di mana asas perjuangan Anwar? Mengapa perlu dibawa sehingga ke luar negara? Pejuang atau pengkhianat negara?

UMNO perlukan perubahan, dan saya dpt melihatnya sekarang.

Tentang kenyataan saudara : "KITA PATOT BERASA MALU TERHADAP ORG KAFIR JIKA KITA SENDIRI BERLAGAK HIPOKRIT UTK MENUTUP KEBOBROKAN. KITA SEPATOT MALU BILA PEMIMPINKITA RABA BUNTUT ORG, RASUAH, FITNAH DAN LAIN2." Adakah semua Pemimpin UMNO begitu? Jika benar, tiada cara lainkah untuk mengubah kekurangan tersebut dr dalam UMNO sendiri? Ini ingin saya kaitkan dgn kenyataan saudara di perenggan beikutnya...

"SELAMA INI PARTI UMNO PON ADA BEKERJA SAMA DENGAN ORG KAFIR BUKAN ISLAM MCA IPF, GERAKAN DAN MIC...." Kerjasama untuk kepentingan kaum lain, mmg tidak dinafikan. Tetapi ketuanan dan hak istimewa melayu digadaikan? Tidak sama sekali... itu bukan niat UMNO. PAS? Entah laa... PKR? Mmg itu saya saya nampak. Kaum lain dalam PKR berebut2 dalam perjuanan Bersih semata2 untuk mendapatkan hak sama rata antara kaum dan agama. Itu yg saya katakan sebagai 'menggadai ketuanan dan hak istimewa melayu'!

Renung2kan... Wassalam.

-Mazda6-

paneh said...

ingin den cadangkan kpd melayulasgt tu supaya baca habis keseluruhan surah al-a'raaf. jgn amik skit je pastu nak tujukan pd org. sendiri hayati dulu ayat tu.

ayat pertamo turun ialah iqra'. jadi den nak sarankan kepado juak2 nik aziz, hadi dan nuar sodomi ni buek kajian pasal sejarah 800 thn pemerintahan Islam di sepanyol terutama masa zaman abd rahman al-andalus. kenapo kena kaji? sebab kosan peristiwo tu kito bole lihat smpi hari ini.

pastu den sarankan gi sontuh kota a famosa kek melaka sobab batu2 nak buek kota tu diambil dgn meruntuhkan masjid2 yg ado di melaka maso tu.

buek la kajian pasal duo bondo den sobut tadi. pastu nnt bgtau den sama ada kejatuhan empayar itu sebab Islam lemah atau pemikiran bangsa yg menganutnya sendiri yg lomah. harus dingat bahawa 2 empayar itu runtuh selepas beratus tahun maju.

buek 2 kajian ni je dulu. kang kok den mintak kaji bbyk poning lak memasing kang. pastu br bole debat dgn den pasal ketuanan melayu dan kedaulatan islam. kok nak laie best masuk blog den.

p/s: pensyarah Al-Azhar mesir ckp dgn den, kamu akan jadi penganut Islam yg hebat bila kamu mampu berhujah dgn org tanpa perlu kemukakan nas dan dalil Quran, tapi masih mampu menjuarai perdebatan itu.

Abafahim said...

Panas..panas..! Kepada sesiapa yang tidak mengiikuti perbahasan lansung saya dengan encik lex secara berkhalwat diblog inspirasi1982 mungkin gagal menghargai kata2 haji Hadi menyokong fakta2 saya :).

Mungkin saya rasakan saudara Anwar patut memberikan kredit pada saya kerana mempertahankan kata2 beliau 'ketuanan Rakyat adalah berteraskan ketuanan melayu'. Brader, jangan lupa jasa i tau kalau jadi PM.

Dari mula lagi, Kalau dilihat kepada posting komen saya diblog ini dan diblog inspirasi1982, saya sentiasa menjaga line of arguement saya dengan mengambil bukti2 keterangan2 dari pemimpin2 berkenaan hak2 istimewa orang melayu sebagai otoriti saya dan tidak pernah mengaibkan dan menghina dengan maki hamun secara terus kepada mana2 pemimpin dan parti politik. (tak percaya, tanya brader lex). Mungkin saya dilatih begitu.

Nantikan posting terbaru yang lebih panas..Mungkin membuatkan kita lebih keliru dan rasa eh, cukup la tu, penat aku nak berhujah ni..

Anonymous said...

takyah beria sgt abah kepada fahim nak jwb diorg ni. kalo dah buta hati payah.

ram gagasan said...

Yo farid! Tahniah.Yang penting sekarang ni kita kena sedarkan pemimpin-pemimpin Melayu Islam bahawa dalam memperjuangkan bangsa & agama kita kita hendaklah berkata jujur walaupun pahit. Bukannya cuma untuk kepentingan politik parti masing-masing sampai kita sanggup kata tuhan mencarut! Pasal Anwar ni, dia dgn sesiapa pun dia boleh kawan asalkan dia dapat kuasa. Masa dia duduk dalam kabinet dulu apa yang dia perjuangkan yang boleh dibanggakan oleh bangsa kita?Jangan lupa call aku kalau free ye.