Sunday, April 27, 2008

Pemimpin PAS perlu tegas pendirian

Apa yang saya ulas disini ialah tentang isu penternakan babi serta pendirian Pemimpin-pemimpin PAS di Selangor yang jelas bersetuju, malah mempertahankan isu tersebut.

Baru-baru ini saya ada membaca laman web Tranungkite Online berkenaan satu fatwa daripada Pakistan yang mengharamkan keseluruhan ternakan babi beserta dengan dalil-dalil dan analogi-analogi, malah pada Zaman Permerintahan Saidina Umar, semua babi-babi yang dibela oleh kaum kafir zimmi diarahkan untuk dihapuskan dan pampasan diberikan kepada penternak-penternak kerana bimbang hasil tersebut akan bercampur dengan hasil-hasil lain yang digunakan untuk pentadbiran Islam.

Juga, yang menguatkan lagi hujah bahawa penternakan babi adalah bercanggah dengan prinsip Islam apabila terdapatnya hadith sahih Bukhari & Muslim:-

Rasulullah saw bersabda, “Demi Allah yang jiwaku ada di tanganNya, sungguh akan turun di tengah kalian Ibnu Maryam (Isa) as sebagai hakim yang adil. Ia akan memecahkan salib-salib, membunuh babi-babi dan menggugurkan jizyah serta membagikan harta hingga tidak ada yang menerimanya seorang pun” [HR Bukhari & Muslim]"

Untuk pengetahuan, saya yang jahil ini baru sahaja mengetahui adanya hadith sahih berkenaan binatang tersebut. Maka didalam hal ini, apakah sebenarnya pendirian Ulamak-ulamak PAS? Adakah hukum syara' perlu diketepikan demi kepentingan politik? Ini belum lagi masuk isu kekangan Parlimen atau Undang-undang untuk menubuhkan negara Islam yang dikatakan oleh PAS sebagai halangan terbesar. Sila jawab untuk pihak kami yang jahil ini.

p/s: Kalau benar-benar PAS menjunjung Islam sebagai matlamat perjuangannya, maka ingatlah bahawa rakyat sentiasa memerhati tindakan-tindakan PAS semakin hari semakin mengelirukan. Dimana kebijaksanaan dan maruah PAS sekiranya PAS dipergunakan dan diperdaya oleh manusia-manusia yang sentiasa mencari peluang dengan apa sahaja cara untuk berkuasa.

5 comments:

cohong gym said...

Incik, semuanya telah dipolitikkan.

dewangga sakti said...

Salam kepada En Farid yg bijaksana dan budiman,
Mohon menyumbangkan sedikit buah fikiran.
Bila dikaitkan dgn babi,kita orang Melayu Muslim menjadi amat emosional.
Kenapakah kita tidak emosional dgn kewujudan kilang arak yg amat besar dan pusat perjudian canggih di serata tempat di Malaysia? Ada di antara pengarahnya (di pusat perjudian) yang diduduki oleh orang Islam yang amat tinggi kedudukannya di Malaysia.
Apakah sebenarnya penyelesaian kita yang tinggal di Malaysia ini? Sekular tak sekular? Islam tak Islam?
Sebenarnya banyak lagi yg boleh dibicarakan tetapi mungkin tidak sesuai di alam siber kerana perbincangan yang kritis perlu keterbukaan dan pandangan semua pihak.
Terima kasih.

Abafahim said...

En Dewangga sakti;

Saya menjangka soalan ini akan timbul. Bagi saya mudah, sekiranya PAS diasaskan kepada perjuangan suci, maka biarlah terus ianya suci dan menyucikan.

Biar PAS tetap dengan pendiriannya tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. PAS akan lebih disanjung dan dipandang lebih mulia.

Malah, saya merasakan dikala UMNO semakin senja disebabkan pimpinan P.Lah, PAS seolah-olah menjadi wadah dan suara baru orang2melayu untuk mengadu. Maka, tetapkan pendirian PAS, kalau benar katakan benar walaupun pahit!

Anonymous said...

Mungkin PAS & PKR perlu meletakkan wakil di dalam syarikat yg menguruskan hal babi di Selangor bg memastikan semuanya berjalan seperti yg dicadangkan dan dicanang2kan sebelum ini... Jika tidak atau sikap melepas tangan, ianya umpama cuma menjaga hati org bukan islam yg memakan babi, tetapi tidak menjaga hati umat Islam keseluruhannya.

Renung2kan. Wassalam.

-Mazda6-

Anonymous said...

kita perlu hormat semua rakyat di negara ini, nak makan daging keh, ayam keh, kambing keh, bagi keh memang hak-hak mereka dengan syarat tiada masalah enviroment. Percakapan yang "saja nak halang" telah menujukan fikiran yang tertutup. Sekarang ini dah dunia 2008. Fikir baik-baik sebelum cakap.