Monday, June 9, 2008

Rumah-rumah ibadat dibina tanpa sekatan di Selangor?

Seorang Exco India kerajaan Selangor semalam telah menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah memberi kelulusan untuk tidak menghadkan lagi pembinaan-pembinaan rumah Ibadat dan rumah-rumah ibadat tersebut akan dberi kebebasan untuk dibina.

Begitu juga, kerajaan Negeri telah meluluskan bahawa lebih banyak tanah-tanah akan diperuntukkan untuk pembinaan rumah-rumah ibadat ini.

Untuk makluman tuan-tuan, terdapat pemimpin-pemimpin melayu yang hebat-hebat dan islam didalam pentadbiran yang di ungguli oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat.

p/s: Terima kasih Anwar Ibrahim atas perjuangan Keadilan anda. Orang melayu dan Islam sangat terhutang budi dengan anda.

3 comments:

cohong gym said...

Orang Majusi pun bole bukak ke?

mH said...

Inilah yang dinanti-nanti mereka yang mempunyai agenda tersembunyi. Apakah agenda tersebut? Saya berani mengatakan bahawa mereka ini bukan membina rumah ibadat untuk amalan agama mereka tetapi lebih kepada ingin menyaingi agama Islam di negara ini.

Jelas sekali tindakan kerajaan S'gor ini telah mencabar kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan & juga agama negeri Selangor.

Harapan saya agar Baginda Tuanku Sultan Selangor dapat mengekang hasrat kerajaan baginda yang ingin mencabar keteguhan agama Islam

Anonymous said...

Apa nak buat, bukankah Pakatan Rakyat (PR) memperjuangkan hak samarata antara semua rakyat negara ini? Terutama PKR, menyokong penubuhan IFC (Inter Faith Council) membincangkan isu2 keagamaan dgn tiada kelebihan untuk agama Islam dibandingkan dengan yang lain? Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah?

Di dalam politik berparti, yg penting bukan pada nama ISLAM atau KEADILAN atau PAKATAN RAKYAT, tp matlamat yg diperjuangkan oleh parti tersebut...

Renung2kan.

-Mazda6