Wednesday, June 18, 2008

Undi tak percaya: Apa akan jadi pada Pak Lah?

Sumber: http://Umnoputatan.blogspot.com

Sekiranya Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan Dewan Rakyat, maka beliau perlu menunaikan satu daripada beberapa pilihan yang ada.

Pertama ialah mengemukakan peletakan jawatan sepenuhnya oleh kerajaan yang beliau terajui seperti yang termaktub dalam Perkara 43(4) atau menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya baru, seperti yang terkandung dalam Perkara 40(2)(b).

Jika ini dilakukan, maka Yang di-Pertuan Agong perlu melantik seseorang, yang menurut pertimbangan baginda, akan mendapat kepercayaan Dewan Rakyat.

Dokumen itu juga menyatakan bahawa sekiranya Perdana Menteri kalah dalam undi percaya yang diadakan secara mengejut, tetapi berjaya menghimpunkan semula penyokong beliau dan kembali mendapat sokongan majoriti, maka beliau layak dilantik semula bagi menyandang jawatan itu kerana Yang di-Pertuan Agong boleh memberi perkenan baginda kepada seseorang yang baginda yakini paling mampu mendapat kepercayaan Dewan Rakyat.

Satu halangan lagi yang terpaksa dihadapi Pembangkang ialah tindakan memecat Perlimen tidak boleh dibuat, melainkan Dewan Rakyat memecat Perdana Menteri kerana Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa memecat Perdana Menteri (Perkara 43(5).

Bagi menyokong hujahnya, dokumen itu mengambil sebagai rujukan, kes bekas Ketua Menteri Sarawak Stephen Kalong Ningkan lawan bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Haji Openg di Sarawak pada 1966, yang mengesahkan bahawa melainkan wujud undi tidak percaya, maka sesuatu pelantikan yang sah, tidak boleh dibatalkan oleh Yang Dipertua Negeri.

Dokumen itu juga menyatakan bahawa sekiranya Dewan Rakyat dibubarkan, maka Perdana Menteri sebelumnya akan terus kekal memegang jawatan itu dalam sebuah kerajaan sementara.

Walaupun perkara ini tidak disebut oleh Perlembagaan tetapi ia merupakan suatu konvensyen (amalan) yang diterima secara kukuh di United Kingdom selain di Malaysia dan di semua negara anggota Komanwel, kata dokumen itu.

p/s: Pak La selalu kata bahawa beliau sukakan cabaran kerana cabaran membuatkannya lebih hidup dan beliau adalah seorang strategist. Kita tengok setakat mana pak lah boleh pergi.

2 comments:

Anonymous said...

Faktor keceluparan KJ (beruk) mencabar kerajaan BN diruntuhkan sebelum 16/9/2008 mungkin salah satu sebab menyebabkab SAPP mengusulkan undi x percaya.

Memang dia ni duri dalam daging betul.

Mohamad Hafidz said...

Sian KJ ...