Wednesday, June 4, 2008

TERIMA KASIH PAK LAH!

Hari ini adalah hari yang paling memberi makna dalam hidup aku apabila kerajaan menghadiahkan aku hadiah yang sangat besar maknanya dan memberi impak yang sangat besar didalam hidup aku!

Disamping aku tertawa dan berimaginasi sendirian, apakata kita sama-sama mengetawakan rakyat Malaysia yang pada masa ini sedang berduyun-duyun berbaris di stesen-stesen minyak diseluruh negara. Mungkin ada yang sedang bergaduh dan memaki hamun pemandu-pemandu lain yang sedang memotong baris untuk mengisi minyak.

Mungkin kita juga boleh sakit perut ketawa melihat kesesakan lalu lintas diseluruh negara pada masa ini.

Atau kita boleh terkekek-kekek melihat rakyat semakin bergelut dengan kesusahan didalam menanggung keluarga, mencatu makanan untuk membeli keperluan-keperluan anak-anak, beli lampin, susu dan sebagainya.

Mungkin kita juga boleh terbahak-bahak melihat anak-anak semakin jarang kembali pulang ke kampung untuk memberi wang dan menjenguk sihat ke tidak mak bapaknya.

Atau mungkin kita tersenyum menyindir melihat suami-suami yang bekerja jauh semakin kesunyian dan kerinduan terhadap isteri dan anak-anak kerana tidak mampu pulang sekerap yang sebelumnya. Mungkin ada yang mencari teman berlainan jantina untuk ketawa dan tempat meluahkan perasaan atau teman makan dan minum atau mengisi kekosongan jiwa ketika kesunyian.

Atau mungkin kita juga berguling-guling ketawa melihat eksekutif pemasaran, peniaga-peniaga kecil, ejen-ejen jualan lansung bekerja mencari rezeki semakin kurang hasil-hasil jualannya kerana hanya mampu bergerak dengan sumber kewangan yang sangat terhad dan berkemungkinan untuk mengalami kerugian dan gulung tikar.

Atau sebenarnya kita merasa marah, kecewa, sedih, terkilan, benci, irihati, cemburu, geram atau tertekan bilamana melihat bapak-bapak menteri dan pegawai-pegawai besar kita yang mewah hidupnya berjalan kesana sini bagaikan burung yang bebas terbang melayang tanpa perlu merasa bimbang memikirkan berapa kenaikan harga minyak kerana mereka bekerja tanpa perlu memikirkan satu sen pun duit poketnya keluar untuk mengisi minyak ataupun perlu bersusah payah menilai nilai harga setitik minyak.

Takpelah, biarlah rakyat menanggung kesusahan dan derita agar negara kita selamat, aman dan makmur.

p/s: Terima kasih Pak Lah...

9 comments:

Watan Marhaen said...

Ya...terima kasih Pak Lah, memang wajar ucapan itu untuk pemimpin berjiwa rakyat!

ramgagasan said...

Memang kita patut berterima kasih kepada Pak Lah & terutamanya Kepada UMNO! Dulu Kini & Selama-lamanya!
Dulu lain, Kini membebankan rakyat & selama-lamanya makin membebankan rakyat kalau kita tak tukar kepimpinan sekarang!

paneh said...

Aku rasa kata2 Abdullah Fahim semasa menentukan tarikh merdeka iaitu, "Apabila kita menjadi pemimpin, janganlah kita mengaut kekayaan di belakang rakyat", adalah ditujukan kepada keturunannya sendiri. Siapa keturunan Abdullah Fahim ni?

Anonymous said...

"Kenaikan tk membebankan rakyat", "Win-Win situation", semua tu ditujukan kpd rakyat berpendapatan rendah atau pemimpin yg berpendapatan tinggi Pak Lah oiii...

Kenaikan harga minyak mmg telah dijangkakan akan berlaku, setidak2nya sama seperti Indonesia RM2++... Untung tak seperti Thailand (RM4) atau Singapore (RM5++). Kenapa tk diambil contoh negara yg sama pengeluar minyak seperti kita, umpamanya Brunei, UAE, etc?

Cara masalah ni di'tackle' oleh Gomen (Shahrir Samad punye idea ke?) tak mencerminkan keikhlasan dan kecerdikan mereka... Kejap kata nk review ikut pendapatan atau IC, kejap kata bulan Ogos, tiba2 semalam je Pak Lah umum naik tarus bermula tgh mlm td... Apa cerita? Tk buleh ke bercakap betul utk sekali ni kpd rakyat? Mlm td mcm2 kekecohan, aku pun nyaris accident di Senawang sbb kereta berduyun2 nk isi pam minyak... havoc!

p/s: Cerdik skt laa Pak Lah oiii... Bikin biarlah serupa cakap.

-M6

cohong gym said...

Aku tak tau nak cakap apa. Cuma ucapan terima kasih kepada si PL atau usaha murninya memberi hadiah kepada rakyat Malaysia.

Kepada semua rakyat, aku ucapkan selamat menderita.

Kepada PL, aku tujukan ucapan ni dengan penuh rasa ikhlas,
"Bila kau nak mampos!"

Anonymous said...

Elok bona kito berterima kasih kpd Pak Lah kerana dia telah berterusan membuko mato rakyat betapo tak relevannya dio sekarang nih....dan telah bertambah lagi satu sobab kenapo penyokokong umno mengundi parti lain....

apo apo pun mungkin ini jugo satu rahmat dari Allah supayo manusio sedar bahawo apo sajo kerosakan,kemusnahan atau yg tak baik itu adalah disebabkan oleh kesilapan kito sendiri....jadi pilih dan bueklah yg terbaik disisiNya.

sekadar pandangan...budak rantau

mH said...

Itulah akibat jika pemimpin yang memimpin tak pernah merasai apa ertinya kesusahan. Bagi mereka orang yang susah hanya tinggal di kampung-kampung dan yang di bandar semuanya taklah susah.

Mereka masih ingat rakyat boleh menerima gula-gula pembangunan yang dijadikan alasan untuk mengurangkan subsidi. Dalam erti kata yang lain, duit yang dijimatkan itu boleh bina itu & ini untuk kemudahan rakyat jugak.

Kalaulah pemimpin ini terutama Pak Lah boleh dengar apa yang orang kata, bunyinya begini - WOI BANGANG!!

Kalau kata dah tak mampu bagi subsidi buatlah cara tak mampu. Ini tidak, tak mampu tapi masih ada Malaysian Philharmonic Orchestra yang langsung tak sumbang apa-apa pada rakyat tapi menghabiskan jutaan duit rakyat setap tahun! Begitu juga Monsoon Cup & projek koridor Iskandar & lain2.

Dulu masa Tun Mahathir krisis matawang dunia kiranya keadaan lagi susah tetapi rakyat taklah susah sangat masih lagi boleh hidup sederhana.

Siapa sebenarnya tak mampu? Negara atau pemimpinnya yang tak mampu mengurus? Kalau ikutkan Malaysia ni sepatutnya lagi kaya dengan bermacam sumber anugerah Allah seperti hasil minyak bawah Petronas. Tapi yang musykilnya ke mana pergi duit Petronas?

mH

Hamidi said...

I only have one word to describe the feeling of all Bajauians in Sabah on the increase of oil price in Malaysia :

FUCK!

Hamidi said...
This comment has been removed by the author.