Sunday, June 8, 2008

Terlerai sudah misteri surat Tun Salleh Abas kepada Agong

Rupa-rupanya baru aku tau apa sebenarnya kandungan surat pertama kepada Agung dan siapa sebenarnya yang inginkan Tun Salleh Abbas dipecat. Sila baca selanjutnya di blog Tun Mahathir dibawah tajuk 'The Tun Salleh Saga'. Sumber lanjut: www.chedet.com

Apa yang menyebabkan saya tertarik ialah sebab-sebab Tun Mahathir menyimpan begitu lama surat tersebut yang sepatutnya telah didedahkan lebih awal walaupun pelbagai tekanan dan tohmahan dilemparkan kepada beliau.

Mungkin sahabat-sahabat boleh berkongsi sebab dan musababnya.

Yang menariknya juga, saya ada difahamkan bahawa terdapat banyak lagi perkara-perkara yang disimpan oleh Tun Mahathir semata-mata tidak mahu memalukan dan menjatuhkan maruah keluarga si pelaku.


p/s: Kes Tun Salleh ni seolah-olah macam Malaysia minta maaf pada negara China pasal kononnya warganegara mereka kena bogel. Lembab...lembab..

7 comments:

Anonymous said...

Ada bbrp faktor yg pd pandangan saya Tun M tidak memaklumkan kpd umum isi kandungan surat tersebut. Selain dr tidak mahu memalukan si penulis & keluarganya, mungkin kerana ini berkaitan dgn institusi di Raja dan mahukan perkara tersebut selesai dgn segera. Penerangan beliau di dalam blog CheDet juga masih 'melindungi' apa yg dikatakan memalukan YDP Agong selain menghantar salinan kepada Raja2 yg lain. Tetapi saya percaya bhw beliau terpaksa mengambil tindakan untuk memecat hanya setelah diminta oleh YDP Agong utk berbuat demikian... Cuma bbrp persoalan beliau terhadap kerajaan pimpinan Pak Lah membuatkan saya berfikir ttg niat sebenar Pak Lah (atau Zaid Ibrahim) membuat bayaran ex-gratia tersebut selepas PRU12 (setelah 2 penggal memerintah).

p/s: Saya rasa banyak lg rahsia individu2 yg dipegang oleh Tun, dan mungkin akan didedahkan salahlaku mereka jika dipaksa berbuat demikian (spt dipanggil ke mahkamah atau mana2 tribunal/suruhanjaya)... Kan dia pernah cakap dulu?

ramgagasan said...

Terima kasih Tun M kerana mengajar kami berkata benar walaupun pahit.
Kepada yg lain kita perlu amalkan sikap berkata benar walaupun pahit ini, jika tidak Umno akan hancur seperti keadaan sekarang ni.

cohong gym said...

Aku dari dulu dah suspek bukan TDM yang pecat Tun Salleh Abas. Cerita yang biasa aku dengar ialah pemecatan tersebut adalah untuk menyelamatkan UMNO. Pada aku, kalau dah terpaksa, tak salah untuk korbankan 1 nyawa untuk menyelamatkan 1 juta yang lain.

Tapi sebab yang sebenarnya kerana Tun Salleh ada sedikit attitude problem. Power betul mamat tu, sampai Agong pun selamba je dia sound.

Kalau nak sound pasal tingkah laku Agong yang tidak sesuai atau yang buruk, ok la jugak. Ini sound pasal bunyi bising construction.

Watan Marhaen said...

I beg to differ on this issue as Istill think he's the one who's responsible and he's trying to drag all the rulers. We must remember who initiated the Federal Consti ammendemnet in the 80s and he's not pure Malay after all...we need to be careful and tread on this issue carefully...

tun mutahir said...

Akhirnya, Tun Det telah menyatakan apakah sebabnya beliau memecat Tun Salleh Abas. Anda boleh baca sendiri petikannya di sini. Antara sebab-sebab yang dinyatakan adalah :-

i) Surat-surat Tun Salleh Abas mengenai aduan bunyi bising kerana kerja-kerja baikpulih istana YDP Agong yang hampir dengan rumah Tun Salleh Abas. Ia dianggap Tun Mahathir melanggar tatasusila dan menghina Agong.

ii) Beliau turut membuat salinan surat-surat tersebut dan menghantarnya kepada Raja-Raja yang lain untuk memberi tekanan kepada YDP Agong.

iii) Tun Salleh turut menghantar sepucuk surat kepada YDP Agong untuk mengadu berkaitan perilaku Perdana Menteri. Surat-surat ini turut dihantar salinannya kepada Raja-Raja.

Di dalam blognya, Tun turut mengakui Tun Salleh Abas tidak berat sebelah dalam pengadilannya terhadap kerajaan. Namun, beliau menekankan bahawa YDP Agong sendiri yang menyuruh beliau untuk memecat Tun Salleh Abas. Akhirnya beliau memecat Tun Salleh Abas kerana Tun Salleh Abas telah menghina YDP Agong dan Baginda sendiri yang meminta supaya Tun Salleh Abas dipecat. Pembaca-pembaca boleh membacanya sendiri di blog beliau.

Tetapi yang paling menarik adalah komentar-komentar yang dikemukakan oleh pembaca-pembaca beliau. Sekali baca, pada saya taraf Tun ini boleh diibaratkan seorang dewa. Apa sahaja hujah yang dinyatakan diterima dan ditelan bulat-bulat oleh mereka. Atau mungkin komentar yang kontra di tapis dahulu. Ia lah itukan blog Tun, beliau boleh buat apa sahaja terhadap komentar-komentar ini. Sama juga seperti blog saya dan blog orang lain.

Ramai yang menyatakan betapa mereka sedar betapa Tun Salleh Abas telah menfitnah Tun Mahathir. Penerangan ini seterusnya berjaya membuka minda mereka. Pada saya Tun berjaya melakukan satu proses 'turning-over' yang berjaya. Betapa Tun menyatakan yang difitnah itu adalah beliau dan bukannya Tun Salleh Abas. Dan lebih-lebih lagi orang tahu bahawa Tun Salleh Abas itu seorang pendokong PAS kini.

Rupa-rupanya rakyat belum celik lagi. Betapa kekaguman mereka terhadap Tun Mahathir menyebabkan mereka terlebih mendewakan beliau hampir sama dengan taraf dewa-dewa. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat saya. Itu adalah hak saya. Tetapi dalam hal-hal ini banyak perkara yang perlu diperhalusi dan diteliti di sini.

Pertamanya, bukan Tun Salleh Abas yang menghadkan kuasa Sultan-sultan Melayu, tetapi Tun Mahathir lah yang menghadkannya.

Kedua, terlalu dangkal kerana hanya surat aduan Tun Salleh Abas sahaja, maka beliau dipecat daripada jawatan sebagai seorang Ketua Hakim Negara. Dalam persoalan ini akan timbul persoalan, benarkah beliau yang menulis atau direka-reka sahaja oleh Tun. Dalam masa yang sama juga seolah-olah hilang kewarasan YDP Agong kerana memecat seorang Ketua Hakim Negara kerana aduan bunyi bising. Secara halusnya, Tun Mahathir menghina pemikiran seorang YDP Agong pada masa tersebut.

Ketiga - surat khabar dan media-media berperanan besar memalukan institusi raja-raja dan badan kehakiman itu sendiri. Dalam hal ini, Tun bertindak seolah-olah beliau seorang yang tidak berdosa kerana telah difitnah oleh Tun Salleh Abas. Sedangkan betapa surat khabar dan media-media saban hari mengutuk Tun Salleh Abas dan menjatuhkan kewibawaan beliau sebagai seorang Ketua Hakim Negara.

Keempat - siapakah yang memusuhi raja-raja, hakim-hakim dan mufti-mufti jika tidak Tun sendiri? Semasa Tun berkuasa, langsung tiada perasaan belas kasihan dan tolak ansur kepada golongan berkenaan. Mereka dibelasah sehingga lunyai oleh media-media dan akhbar-akhbar yang sememangnya dikuasai Tun Mahathir.

Kelimanya - pembongkaran video klip Linggam. Adakah ia hanya satu lakonan yang dibuat-buat dan pada masa yang sama Tun Mahathir mengelak sama sekali seolah-olah tidak tahu segala yang terjadi. Sesungguhnya kebobrokan itu akan terbongkar juga akhirnya.

Sesungguhnya, keadilan itu hanya di perolehi melalui Islam. Mungkin bukan di duni tetapi di sana masih ada. Tun mungkin terlepas dan menggunakan kebijaksanaan Tun memutar-belitkan fakta. Saya tidak berniat untuk menidakkan segala jasa Tun terhadap negara, tetapi menuduh Tun Salleh Abas dengan sedemikian rupa adalah tindakan yang tidak wajar sekali.

Kepada pengkagum-pengkagum Tun Mahathir di luar sana. Silalah baca sejarah-sejarah dan sirah-sirah Islam. Anda sepatutnya lebih mengkagumi tokoh-tokoh Islam dan bandingkanlah dengan Tun Mahathir anda. Sesungguhnya manusia itu akan dihisab di hari pembalasan dan tidak akan terlepas satu pun daripada apa yang dikerjakannya di dunia. Setiap kita tidak lari daripada kesilapan dan kesalahan. Justeru itu, sama-samalah kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya.

Abafahim said...

Tun Mutahir

Begitu juga dengan orang2 PKR mendewakan Anwar Ibrahim walaupun banyak isu2 yang gagal dijawab dan jelas terdapatnya laporan doktor yang mengesahkan akan isu liwat!

Sebelum ini terutamanya matthias chang yang pernah membela tun salleh abas beberapa kali mencabar tun saleh untuk dedahkan surat pertama yang diserahkan kpd agung tetapi gagal dan tidak pernah dijawab oleh salleh abas.

Cukuplah saya nyatakan bahawa ikutan kita sebenarnya ialah Nabi Muhammad dan segala contoh dan teladan ada padanya dan pemerintahan secara demokrasi bukan berasal dari pemerintahan kerajaan Islam yang sebenarnya.

Maka, nilai lah pola politik yang ada dan wujud di malaysia pada masa ini. Manakah parti politik yang suci di malaysia? PAS? jauh panggang dari api.

Perlu diingat, malah ada dikalangan ulama yang berdoa agar dijauhkan diri mereka dari terjebak didalam kancah politik.

Anonymous said...

Bacalah dan fahamilah isu sebenar. baca surat yang dihantar oleh PM kpd YDP Agung berkenaan usul-usul beliau setelah berbincang bersama peguam negara pada waktu itu.

5 tuduhan itu adalah perkara asas yang menjadi pertimbangan tribunal utk menjatuhkan hukuman dan bukan alasan dan cerita remeh temeh seperti yg diwar-warkan dlm buku beliau. kepasa semua saya pohon buatlah sedikit kajian dan bacaan sejarah dan undang-undang sebelum bulat-bulat mempercayai cerita . A coin has two sides.... look from all anles. tq.