Thursday, June 26, 2008

Shahidan Kassim derma rm44 juta

Shahidan sedekah RM44 juta kepada YIPS

KANGAR: Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini beliau sudah menyedekahkan RM44 juta kepada Yayasan Islam Perlis (YIPs) bagi melaksanakan projek pembangunan yang tertangguh.

Katanya, beliau mewakafkan keseluruhan kepentingannya dalam Teknologi Tenaga Perlis Consortium Sdn Bhd (TTPC) sejak 10 tahun lalu.

Ketika membahaskan usul menjunjung kasih atas titah ucapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, merasmikan persidangan DUN, Shahidan (BN-Tambun Tulang) berkata beliau terpaksa membangkitkan perkara itu kerana sumbangannya cuba disalahtafsirkan.

Katanya nilai sedekahnya sepatutnya lebih RM85 juta tetapi setelah ditolak hutang pinjaman bank bagi pelaburan dalam syarikat penjana tenaga bebas itu, jumlah bersih yang disedekahkan tinggal RM44 juta.

Ketika ditemui selepas persidangan tamat hari ini, Shahidan berkata, tujuan utama beliau mewakafkan wang yang banyak itu ialah bagi membolehkan YIPs meneruskan hasrat mendirikan sebuah bangunan di Pengkalan Asam yang terbengkalai sejak l5 tahun lalu.

“Saya boleh bagi wang itu kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis tapi oleh kerana saya juga Pengerusi YIPs pada sekitar 1995, saya buat keputusan untuk sedekahkan kepentingan saya kepada YIPs,” katanya.

Shahidan berkata beliau terpaksa membuat kenyataan itu kerana ada pihak yang mempertikaikan wang yang diberikan kepada YIPs. - Bernama

p/s: Alhamdulillah, ada juga dermawan seperti Shahidan ni. Dalam pada masa yang sama ia seolah-olah mengesahkan kata-kata beberapa kenalan bahawa rakan-rakan mereka dalam usia yang masih terlalu muda mempunyai aset dan simpanan bernilai berpuluh-puluh juta ringgit kerana mengenali individu-individu tertentu atau dijadikan rakan kongsi oleh kaum lain untuk dijadikan kambing hitam untuk mendapatkan projek-projek yang diperuntukkan untuk kepentingan bumiputra secara umum. (Pergi mampus la sapa-sapa pun yang sakit hati janji hidup gua senang!!)

2 comments:

Anonymous said...

Banyak jugak duit Shahidan ni ek...baguslah kalau dapat menderma dan bersedekah ke jalan Allah..Moga usaha Shahidan ni dapat lah diikuti oleh orang orang melayu yang lain..tak dapat berjuta, seringgit pun tak pa..yang penting kita ikhlas..Alhamdulillah...Cuma aku rasa mushkilnya orang politik ni kalau nak derma mesti nak masuk suratkhabar..kalau tak bagitahu orang, tak boleh ke..Lagi satu bab Shahidan ni , sejak bila pulak dia ni boleh berniaga??? kan dia baru 3 bulan tak jadi MB..cepatnya dia kumpulkan kekayaan banyak tu.. Itulah yang buat dia ni saja nak suruh this thing jadi isu yang baik untuk pembangkang..Dlam nak ada kan pilihanraya kecil kat Sanglang tak tahu lah berita ni boleh jadi kelebihan untuk BN menang..I doubt it...????

Abafahim said...

Atau dah insaf..Mungkin sekarang, lepas tak jadi MB, dia pun tak berkenan cara dia dapat duit tu dulu :). Jadi, cover line ler balik..