Wednesday, June 4, 2008

Yunus Rahmat nak cabar Tok Rais

Yunus tawar diri tentang Rais di Jelebu

SEREMBAN 3 Jun - Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat (gambar) menawarkan diri bertanding untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian Jelebu pada pemilihan yang dijadualkan pada 9 Oktober hingga 9 November depan.

Yunus, 53, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang dan Timbalan Ketua UMNO bahagian itu, berkata, keputusan itu diambil atas kesedaran ingin berkhidmat dengan lebih baik kepada rakyat dan parti.

''Tidak ada mana-mana pihak yang mempengaruhi keputusan saya untuk bertanding merebut jawatan berkenaan,'' tegas beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Jawatan Ketua UMNO Bahagian Jelebu sekarang disandang oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Rais Yatim.

Kata Yunus, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan, maklum balas dan nasihat daripada ahli-ahli dan pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan cawangan.

Dalam pada itu, Yunus turut menyatakan sokongan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang juga ADUN Pertang, Datuk Razak Mansor, yang menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Ketua UMNO bahagian.

''Di samping itu, seorang lagi calon dari kawasan DUN Sungai Lui akan turut berganding dengan saya dan Razak. Calon dari DUN Sungai Lui itu akan bertanding untuk jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Jelebu,'' katanya.

Kata beliau, gandingan mereka bertiga diyakini berupaya melaksanakan amanah yang diberi oleh ahli-ahli untuk memantapkan UMNO Bahagian Jelebu.

Yunus menambah, mereka bertekad untuk membawa perubahan yang sangat diingini oleh peringkat akar umbi dan menerap semangat bersatu-padu di kalangan ahli dan barisan kepimpinan.

Ujarnya, beliau akan memastikan semua pihak di dalam UMNO Bahagian Jelebu kembali bekerja sebagai satu pasukan serta lebih berteraskan kepada suara dan pandangan dari peringkat akar umbi.

''Saya dan Razak juga telah memaklumkan hasrat untuk bertanding kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri,'' jelas beliau.

p/s: Rasanya lama Tok Rais bela Yunus Rahmat ni. Takpelah, UMNO kan demokrasi. Tapi ada kena mengena ke dengan kenyataan-kenyataan berani Tok Rais sekarang ni?!

4 comments:

mH said...

Semestinya ada udang di sebalik batu.

Malangnya inilah dia politik UMNO sejak dulu lagi iaitu sikap cantas mencatas tak kiralah orang itu performed atau tidak.

Betullah tak salah kalau nak cabar, ini memang prinsip demokrasi. Tetapi soalnya apakah ini satu isyarat kecil kepada Datuk Rais bahawa akan ada cabaran yang lagi besar mendatang?

Anyway, excellent bloG! Tak sangka orang di Ampangan cukup berani & hebat (hehehe...) Keep up the good work, brader!

ramgagasan said...

Masalah Yunus nak bertanding atau tidak itu hak dia tetapi adakah syarat nak bertanding kena maklumkan hasrat kepada Menteri Besar?Bahagian sendiri, sendiri la putuskan & tak perlu la campur tangan Menteri Besar!
En mh di atas, memang betul org Ampangan cukup berani & hebat tetapi hairan masa PRU calon Ampangan yg dipilih bertanding bukan org Ampangan! Kenapa jadi begitu?
Dan sejarah pun telah tercipta di Ampangan bila calon BN pilihan MB kalah di Ampangan!

Anonymous said...

Lawan je laa... What's the worse thing that can happen to UMNO? Dah teruk dh pun.

mH said...

ramgagasan,

saya katakan orang ampangan itu berani & hebat sebab saya juga berada di tempat yang sama. Dan sememangnya berani & hebat kerana berani memberi signal kepada MB N.Sembilan bahawa bukan semua orang UMNO di sini setuju dengan beliau.

Ada yang kata sabotaj tapi bagi saya ini hak kita. tak semestinya kita kena setuju dengan apa yang diucapkan oleh pemimpin lebih-lebih lagi kalau pemimpin itu menganggap kita tak ada otak sendiri.

Malangnya, saya tidak mengundi di Ampangan tetapi nasib yang sama juga menimpa wakil DUN BN di tempat saya mengundi iaitu Paroi. Kesian.