Saturday, April 26, 2008

Perlukah Datuk Hisham minta maaf?

Dalam Utusan Malaysia hari ini, Datuk Hisham telah meminta maaf berkenaan isu keris panca warisan kepada orang melayu dan orang bukan melayu sekiranya menyinggung perasaan mereka.

Memang tidak dinafikan bahawa isu tersebut sebenarnya ada memberi kesan kepada masyarakat bukan melayu apatahlagi diapi-apikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan sentiasa untuk membesarkan isu-isu untuk kepentingan tertentu.

Tetapi pada orang melayu, sekiranya Datuk Hisham berpendapat beliau gagal mempertahankan simbol warisan bangsa yang sebenarnya dan sedih kerana terpaksa mengenepikan warisan budaya bangsa kerana politik, saya rasa pendapat tersebut tidak tepat.

Sebagai seorang pengamal silat dan bersama NGO yang aktif memperjuangkan budaya bangsa melayu, saya bersama-sama beberapa pengamal-pengamal lain pernah membincangkan isu ini sebelum pilihanraya lagi dan merasakan tindakan dan cara keris tersebut dikendalikan oleh Datuk Hisham ketika itu tidak tepat dan tidak membawa pengertian yang ingin diterapkan.

Berkemungkinan sekiranya Datuk Hisham merujuk kepada pakar budaya melayu, berkemungkinan isu keris ini tidak timbul.

Sekiranya Datuk Hisham merasa benar-benar ingin mempertahankan budaya bangsa melayu, maka sebenarnya ada cara yang lebih baik iaitu dengan memperkasakan pergerakan-pergerakan budaya terutamanya pertubuhan-pertubuhan silat melayu yang diwujudkan atas kesedaran dan berwawasan tetapi bergerak dengan sumber kewangan yang terlalu terhad dan kurang penumpuan serta sokongan kerajaan.

Pengalaman sendiri, segala kelas-kelas latihan, majlis, kursus-kursus dan program-program akan ditanggung sendiri oleh ahli-ahli termasuk perjalanan, hotel dan lain-lain disamping terdapat sedikit sumbangan daripada Kementerian Belia & Sukan. Walau jumlah sumbangan terlalu kecil, kami amat bersyukur.

Sekiranya zaman sebelum merdeka, pejuang-pejuang kemerdekaan melayu dahulu bukan sahaja tinggi ilmu agamanya malah tinggi juga ilmu persilatannya. Sebenarnya, semangat-semangat juang dan jatidiri tokoh-tokoh melayu dahulu amat diterapkan kepada ahli-ahli pertubuhan-pertubuhan silat masakini.

Maka, tidak perlulah Datuk Hisham sedih atau kecewa tetapi tebuslah kekecewaan dengan menumpukan kepada pembangunan budaya bangsa melayu dengan lebih agresif.

p/s: ahli biasa sahaja.

6 comments:

paneh said...

BN kalah pilihanraya bukan pasal keris tu lah. Apo punyo bangang sapo yg koba'an keris hisham tu jadi punco. Tak dipedulikan doh dek org bukan Melayu pasal keris tu. Isu yg pembangkang war2 kan kepado org cino iyolah...org Melayu tidak perlukan sokongan cino maso election tu. The downfall of BN was due to Pak Lah. Please focus.Cerito pasal keris hisham tu adalah berkenaan 'simbolik' melayu sajo.

Abafahim said...

En Paneh,

Sila luaskan pembacaan anda kepada bloggers dan blog2 yang mana komen2 panas oleh kaum bukan melayu berkenaan isu keris.

Abafahim said...

Bayangkan apabila DBKL hendak membuat papan tanda didalam bahasa Jawi di kawasan Seputeh didalam usaha memertabatkan tulisan Jawi, DAP dengan lantang menyatakan bahawa Malaysia adalah negara sekular dan sebarang usaha untuk membuat papantanda didalam tulisan jawi tersebut adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam.

Alasan dangkal oleh DAP tersebut kalau dibiarkan dimomokkan setiap hari kepada kaum lain, bukankah ia menjadi lebih parah. Maka inilah yang dikatakan sebagai 'Political Perception' oleh Dato' Hisham.

Perkara yang sama timbul seperti isu keris. Mako En paneh, kono fokus dan bezokan (kata orang N9 'differentiate') isu keris dan faktor utama kekalahan BN.

Tak pueh hati, kito repeat kek senawang.

Dewangga Sakti said...

Salam En Farid yag bijaksana,
Saya amat setuju dgn pendapat tuan yang mulia.
Saya ada beberapa soalan:
1)Benarkah Hisham itu mamahami falsafah di sebalik kewujudan keris?
2)Benarkan keris itu semata-mata untuk bertarung?
Nampaknya kita telah dipesongkan oleh seorang yang singkat fikirannya dan pendek akalnya.
Keris itu satu simbol.Seluruh nusantara menggunakannya.

paneh said...

buek abah kepado fahim.

laen kali jgn asik baco blog jo. itu tak mencerminkan majoriti. apo yg den cakapkan berdasarkan kajian sikap yg dibuek oleh... di setiap negeri seluruh msia kepado org bukan melayu. ni antaro ompek perkaro yg dikenalpasti:-

1. org2 cino difahaamkan yg org melayu tidak memerlukan sokongan mereka dlm pru12.
2. keengganan paklah untuk berjumpo wakil mereka sebelum pru12 seperti amalan pengerusi bn sblm2 ni.
3. kekecewaan kpd paklah dan pentadbirannya dlm menangani isu2 ekons.
4. kecil hati kaum india ttg cara paklah tangani isu hindraf dan permintaan mereko.

takdo kono mengono dgn keris doh. ckp org politik jgn ikut bonar. kok tak pueh hati jom repeat smbl mkn roti canai. kes kes kes!

Anonymous said...

pasal kriss tu salah satu sebab yang amat kecil, yang lebih besar....adalah negara ini akan sama seperti filipina pada masa hadapan?