Monday, April 28, 2008

Pemikiran kritis

Kadang-kadang ada sampai satu tahap dimana manusia akan berasa bosan dengan apa yang dibuat, dilalui, yang dilihat, yang dimakan, yang difikirkan dsb.

Aku telahpun mencapai satu tahap kebosanan yang amat tinggi pada masa ini. Maka, adakah salah kalau aku bercerita tentang Akademi Fantasia tentang mengapa Alif mendapat sokongan undi tertinggi tetapi suara tak sedap.

Adakah salah kalau aku bercerita bagaimana budak-budak kecil cukup terpengaruh dengan cerita Ultraman sehingga boleh membezakan apakah itu Ultraman Dyna, Ultraman Tiga, Ultraman Nexus, Ultraman Taro (ada ke?) dan lain-lain Ultraman yang lain yang mana kita yang besar ini pun gagal bezakannya.

Boleh tak kalau aku cerita pasal aku beli banyak kunci mangga besar-besar untuk mengelakkan pencuri masuk rumah aku sebab baru-baru ni ada orang cuba nak nak pecah masuk.

Atau aku buat promosi bahawa Aznil sekarang ni sedang mencari calon-calon kanak-kanak untuk program Tom Tom Bak atau memerhati dari jauh lelaki-lelaki yang sedang hangat bercinta dengan pelakon-pelakon wanita telemovie yang tidak pernah kita kenali.

Mungkin aku rasa nak cerita tapi aku sendiri bukan orang yang layak bercerita atau nak cerita pasal diri kita kenapa kita selalu cakap tapi tak pernah buat atau kita begitu bersemangat nak menyampai tapi sebenarnya kita sendiri pun tak pernah sampai.

p/s: Teringat semasa dapat hadiah pelajar terbaik subjek bahasa malaysia masa darjah 5.

2 comments:

Anonymous said...

bole xplain detail tak apo makno pemikiran kritis. laen bonar apo yg den blaja kek u dulu.

cohong gym said...

Aku pun tengah bosan jugak nih. Buat benda yang sama, makan benda yang sama etc.
Kau ada cadangan untuk menghilangkan kebosanan yang sudah sampai ketahap yang sangat kritikal?