Tuesday, April 22, 2008

Tuan Guru Nik Aziz

Jauh disudut hati aku ada tersimpan perasaan hormat dan kagum terhadap pemimpin PAS Tuan Guru Nik Aziz. Beliau adalah pemimpin yang bagi aku mempunyai pandangan-pandangan yang tersendiri walaupun beliau adalah seorang Pemimpin PAS. Pada aku bila dia menyatakan sesuatu, sesuatu yang dinyatakannya adalah ikhlas berdasarkan pemahamannya. Ramai juga pemimpin UMNO sendiri mengakui hebatnya Tuan Guru ini.

Beliau baru-baru ini menyeru agar mana-mana pihak tidak mempertikaikan hak dan keistimewaan orang Melayu yang berteraskan Islam dan mempersoalkan MCA dan DAP atas tindakan mereka. Beliau dengan jelas dan nyata menyatakan hak-hak orang Melayu hendaklah dilindungi tanpa mengabaikan kaum-kaum lain.

Sedihnya, ramai lagi diantara pemimpin orang melayu sendiri keliru (atau sebenarnya tidak mahu hilang undi kaum lain sebab dah termakan budi) dengan lantang mahukan semua rakyat diberi hak samarata tanpa memikirkan mana-mana kaum.

p/s: Tok Guru kata "orang melayu yang berteraskan Islam". Maka, bagi aku tiada isu lagi orang-orang melayu dan agama Islam itu dibeza-bezakan.

7 comments:

Anonymous said...

Nik Aziz adalah contoh negarawan yg ulung, negara kita memerlukan negarawan yg ikhlas sepertinya, kalau Nik Aziz memimpn UMNO, sudah tentu undi rakyat membuak2 terhadap BN!!Pandangannya ikhlas, tak kira kepada pemerintah dan pembangkang!!!

Bagi aku Nik Aziz merupakan pemimpin yg memang ikhlas kalau di bandingkan dengan Anwar dan Tun Dr. M kerana kedua2 bekas pemimpin UMNO tersebut pernah membuat kesilapan...

Faktor Nik Aziz, Anwar dan Mahathir memainkan peranan penting didalam keputusan pilihanraya yg lalu!!!

Yang penting Ketuanan melayu dan Hak Keistimewaan melayu merupakan suatu kontrak sosial yg terjamin di dalam perlembagaan Malaysia, insyaallah org melayu akan terus hidup dan selamat , kerana perlembagaan tersebut tidak boleh digugat oleh mana2 pihak.

Kestabilan minda melayu adalah yg paling penting!!!!Maka marilah kita bekerjasama sesama bangsa tidak kira ideologi demi memartabatkan bangsa melayu islam dalam arena sosial dan ekonomi !!!

Anonymous said...

sebagai seorang islam saya juga amat mengagumi tok guru beliau seorang tokoh guru dan tokoh pemimpin yang berjaya menunjukan kepada rakyat contoh kepimpinan islam, tapi adalah salah menyanjung beliau terlalu tinggi. beliau cuma manusia biasa tetapi punyai ilmu yang tinggi. alangkah baiknya setiap MB negeri mencontohi tok guru. selain menerajui negeri menurunkan ilmu kepada masyarakat.

azman mohd sah

Anonymous said...

setuju dengn pak azman...

macam org umno terlalu fanatik dgn tun dr mahathir, org PKR dgn anwar,org PAS dgn nik aziz org melayu reka, kerana mereka manusia biasax boleh terlampau menyanjung dan fanatik mereka, ambil contoh yg baik sahaja!!!!

cohong gym said...

Walaupun aku orang UMNO, aku tetap respect Tuan Guru. Dia memang hebaaatttt

Abafahim said...

Saya setuju menyanjung keterlaluan tidak patut. Menyatakan kekaguman tidak salah. Yang elok dipuji.

paneh said...

nik aziz baru skrg nak cakap pasal hak istimewa melayu ka? bukan ke dulu dio ponah cakap dalam Islam takdo hak istimewa org Melayu. siap kluar dlm paper. UMNO sejak dulu konsisten dalam apo yg dikato. A SPADE A SPADE. jangan cakap berbolit, dulu lain skrg lain. kito kono pandai bezokan personaliti dan prinsip dalam mencari pemimpin yang baik.

Anonymous said...

kalo botul nik aziz perjuangkan Melayu, kenapo tak gabung dgn UMNO dlm kes di Perak dan Selangor? Cakap mesti serupa bikin, bikin mesti serupo cakap.
kato2 Nik Aziz yang masih terngiang2 di telingo den "Toksah kato DAP, denge Setan pun kito kawan".