Thursday, June 12, 2008

Isu rumah ibadat: Khalid Ibrahim nafikan!

Aku baca Utusan Malaysia hai ni, MB selangor nafikan laporan bahawa kerajaan negeri telah bersetuju untuk tidak menghadkan pembinaan rumah-rumah ibadat di selangor dan peraturan yang sedia ada adalah kekal. Malah ianya tidak pernah diperbincangkan.

La...cakapla awal-awal. Kurang sikit bara hati aku! Tapi yang EXCO Pas tu tak malu ke bersetuju dengan Exco India dengan Cina tu? Atas dasar apa dia setuju? Aku yakin dia pun tak pernah dipanggil oleh exco-exco DAP tu walaupun terletak dibawah bidang kuasa dia untuk berbincang pasal isu ni, tapi tiba-tiba dan pasal 'tak gheti' terus mempertahankan tindakan exco-exco DAP.

Jelas dan nyata, DAP tidak pernah mengambil kira sensitiviti orang melayu, malah diketepikan samasekali. Tindakan-tindakan mereka memang semata-mata menunjukkan betapa angkuhnya mereka.

p/s: Jangan dijolok sarang tebuan. Tebuan-tebuan sekarang memang tengah 'berbulu' ni.

2 comments:

cohong gym said...

Tebuan sekarang tengah berbisa tahap maximum ni

Anonymous said...

Perkara sensitif sebegini tak patut dikeluarkan oleh EXCO sebelum berbincang dengan ketua negeri, i.e. Menteri Besar di dalam mesyuarat EXCO negeri... Ini menunjukkan sama ada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) 'bebal' di dalam perkara ini atau tidak menghormati kepemimpinan melayu PKR di Selangor. MB Selangor juga hanya membuat kenyataan tersebut selepas bbrp hari isu ini dimainkan oleh media massa, kenapa tidak dinafikan terus sewaktu kenyataan tersebut keluar? Atau mahu melihat 'respon' rakyat terutama bangsa Melayu dalam isu ini... kalau senyap maka ianya buleh diluluskan, kalau tidak maka nafikan je laa.