Wednesday, June 4, 2008

Nak cakap perkara betul pun salah!

Gesa Muhyiddin, Raisdirujuk ke Lembaga Disiplin

Sumber: Utusan Malaysia 4-10-2008

Oleh amirah amaly syafaaT

KUALA LUMPUR 3 Jun - Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Dr. Rais Yatim perlu dirujuk kepada Lembaga Disiplin kerana sering mempertikaikan keputusan parti dan meluahkannya menerusi akhbar.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, perkara terbaru yang dibangkitkan kedua-dua pemimpin itu ialah mengenai kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor ke dalam UMNO baru-baru ini.

Menurutnya, tindakan Muhyiddin dan Rais itu menampakkan kelemahan parti di mata rakyat selain memberi ruang kepada parti pembangkang untuk mengambil kesempatan terhadap pergolakan dalaman UMNO.

''Baru-baru ini, seorang menteri dan dua ahli Parlimen UMNO dikatakan boleh dihadapkan kepada Lembaga Disiplin parti kerana bertelingkah di dada akhbar kerana menyalahi pekeliling yang melarang masalah dalaman parti dibangkitkan di luar UMNO.

''Kenapa dua pemimpin ini tidak boleh diambil tindakan seperti mereka bertiga," katanya kepada Utusan Malaysia di lobi Parlimen hari ini.

Akhir bulan lalu, Muhyiddin berharap tindakan beberapa bekas pemimpin PKR menyertai semula UMNO adalah ikhlas dan bukan satu perangkap seperti 'hadiah kuda Trojan'.

Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan, Rais membangkitkan rasa hairannya dengan sikap terlalu mudah UMNO menerima kemasukan Mohamad Ezam berbanding penerimaan bekas ahli Parti Melayu Semangat 46 (S46) sebelum ini.

Musa memberitahu, semua ahli UMNO perlu ikhlas terhadap perjuangan parti dan tidak sesekali mempertikaikan keikhlasan individu yang berpindah parti.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, semua pemimpin terutama ahli MT perlu mematuhi arahan Setiausaha Agung UMNO untuk tidak mendedahkan sebarang pertelingkahan dalaman parti menerusi akhbar.

''Semua pemimpin UMNO perlu akur untuk menjaga keharmonian parti keramat itu bagi mengelakkan salah faham antara pemimpin atasan dengan bawahan yang memungkinkan terjadinya pertelingkahan.

''Kalau pemimpin atasan boleh mengeluarkan kenyataan sewenang-wenangnya, bertelingkah antara satu sama lain di dalam akhbar, ia menunjukkan kelemahan pentadbiran,'' ujarnya.

Syed Ali juga berharap semua pemimpin UMNO menunjukkan sikap bertanggung jawab supaya ahli-ahli di peringkat akar umbi dapat menghormati antara satu sama lain.

Katanya, ia termasuklah menyelesaikan masalah di peringkat bahagian tanpa melibatkan campur tangan daripada pihak media.

p/s: Tak faham aku lah!!

2 comments:

Watan Marhaen said...

Beginilah kalau jenis orang yang tak boleh ditegur dan kita sebenarnya pernah melaluinya dulu sebelum masakini. Semua kena jadi yes man, yes sir...

Anonymous said...

Apa pun media arus perdana berbahasa Msia dikuasai & dikawal oleh kroni-kroni pemimpin Umno & jika pun media siarkan itu sebenarnya salah UMNO sendiri!
Biar lah perkara ini disiarkan dlm media, kan Pak Lah kata kita perlu telus. Dan biar lah akar umbi tahu masalah sebenar, kalau apa yg dikatakan Muhyidin & Rais tu betul. Kenapa perkara yg betul tidak blh dihebohkan?
Kalau mcm tu buang semua lah ahli umno kan senang & biarkan pembodek-pembodek je yg jadi ahli Umno!