Sunday, June 15, 2008

Pemindahan kuasa: Tanya Najib juga.

Hari ini, didalam TV Bernama Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa kenyataan Pak Lah tentang pemindahan kuasa, hendaklah juga dirujuk kepada Najib.

Begitu juga, kalau tidak silap saya Muhyiddin meminta agar satu tarikh yang jelas bagi pemindahan kuasa tersebut dinyatakan.

Beliau juga menyatakan bahawa akar umbi mempunyai hak untuk bertanya tentang pemindahan kuasa tersebut.
(mungkin merujuk kepada pertanyaan oleh akar umbi di Kelantan mengenai pemindahan kuasa tersebut kepada pak lah sampai pak lah bengang).

Di Kelantan, pak lah kata beliau dan Najib telah tetapkan masa yang sesuai untuk pemindahan kuasa, tetapi keesokan harinya di Terengganu, pak lah cakap belum ada tarikh lagi.

Wahai PM ku (walau ramai taknak mengaku), kata-kata anda perlulah jelas dan terang, jangan berkata sesuatu seolah-olah macam orang bujang yang memang taknak kahwin walaupun ada 'makwe' tapi cakap hanya kahwin kalau sampai seru.

Kalau pak lah benar-benar ikhlas dan gentlemen macam bagaimana pemindahan kuasa dibuat kepadanya oleh Tun, maka tetapkan satu tarikh yang tertentu, maka tidaklah orang resah gelisah tertunggu-tunggu bila sebenarnya pemindahan kuasa akan berlaku.

ATAUPUN sebenarnya Pak Lah belum bersedia dan tidak akan melepaskan jawatan PM kepada Najib memandangkan beliau (sepertimana skrip biasa) masih banyak kerja untuk dilakukan.

p/s: Kerja sampai bilapun tak selesai..

1 comment:

cohong gym said...

Kan dia Mr. Flip Flop. Cakap dia satu pun tak leh nak pakai. Semua dia bole tukar dalam masa 0.01 saat. Dah macam gaban.

Pada pendapat aku, semua tu hanya taktik melengahkan masa. Dia memang nak tunggu sampai pemilihan UMNO. Kalau tak de orang lawan, dia akan cakap akar umbi masih nak kepimpinan dia lagi. Pastu terus jadi PM sampai la PRU 13. Pastu BN kalah teruk, pastu dia tuduh orang sabotaj