Saturday, May 10, 2008

Aku dah agak dah!

Cara Karpal dianggap derhaka - Nik Aziz

KUALA KRAI 9 Mei - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury secara terbuka adalah tidak betul dan boleh dianggap sebagai derhaka.

Nik Aziz berkata, tindakan menegur secara terbuka kepada umum dianggap tidak bermoral dan tidak patut dilakukan terhadap seseorang sultan.

"Daripada segi undang-undangnya saya tidak tahu, daripada segi moral, moralnya (perbuatan Karpal itu) tidak betul," katanya.

Mursyidul Am Pas itu berkata, pemimpin parti politik, terutamanya Pengerusi DAP itu, mestilah menghormati institusi raja dan menganggap sultan seperti ibu bapa ketika di rumah.

Katanya, perbuatan tidak menghormati orang tua boleh dianggap sebagai derhaka dan ini bertentangan dengan semangat Malaysia dan budaya Melayu yang sentiasa menghormati orang lain.

"Dalam negeri, raja ketuanya dan di rumah, ibu bapa, dan raja seperti ibu bapalah di rumah. Apa-apa masalahnya, kalau dia ada masalah berundinglah dengan baik," katanya kepada ketika ditemui selepas merasmikan Projek Mini Hidro Lata Rek, 40 kilometer dari sini.

Nik Aziz berkata demikian sebagai mengulas isu Karpal yang mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung pertukaran Pengarah JAIP oleh kerajaan negeri baru-baru ini.

- Bernama

p/s: Dikala semua mendiamkan diri, Tuan Guru juga yang bersuara..

3 comments:

Anonymous said...

den dongar geng2 kat blog paneh cakap nik aziz peminat lagu pelesit kota nyanyian amy search.

Anonymous said...

Pemimpin Umno pula sertai kerajaan Pakatan

May 11, 08 9:00pm
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengesahkan bahawa seorang pemimpin veteran Umno telah menerima tawaran untuk berkhidmat dengan kerajaan negeri.

Beliau berkata pemimpin itu menerima tawaran tersebut setelah meletak jawatannya dalam Umno.

"Kami menawarkan beliau untuk menyertai kami dalam kerajaan negeri demi kepentingan rakyat negeri ini.

"Saya akan membuat pengumuman rasmi berkenaan perkara itu dan akan memberitahu nama pemimpin itu pada masa yang sesuai nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis pembukaan pusat khidmat DAP Perai hari ini.

Menurut laporan Bernama, Lim berkata surat pelantikan telah diserahkan kepada pemimpin itu.

Beliau berkata pemimpin itu akan menyertai kerajaan negeri dalam tempoh terdekat ini, tetapi enggan mengulas lanjut mengenai jawatan yang ditawarkan.

Ditanya sama ada akan terdapat perbezaan dalam pentadbiran kerajaan negeri selepas ini Lim berkata:"Ini hanya sebagai permulaan".

"Apa salahnya jika Umno bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan negeri, bukankah sekarang ini kita (kerajaan negeri) sedang mempromosikan CAT (competency, accountability dan transparency)," katanya.

Lim menegaskan bahawa kerajaan negeri ikhlas dalam menawarkan jawatan itu kepada pemimpin berkenaan dan ini harus dilihat dari sudut lebih luas, bukan setakat politik.

Sebelum ini, bekas timbalan setiausaha agung Gerakan, Datuk Lee Kah Choon, telah menyertai kerajaan neger apabila menerima tawaran dalam Perbangunan Pembangunan Pulau Pinang dan InvestPenang.

cohong gym said...

Karpal memang biadap. Tak mahu mintak maaf. Kenapa degil sangat. Susah sangat ke mintak maaf. Bukan suruh mintak maaf pada PM (Karpal tak geng dengan orang UMNO), mintak maaf pada Sultan je.
Memang dasar Karpal SINGH. Dalam pc, dia memutarbelitkan cerita.