Thursday, May 15, 2008

Cukup 3 generasi?

Seorang MP Sabah Datuk Abdul Rahman Dahalan mendedahkan bahawa beliau telah ditawarkan untuk melompat parti dengan habuan yang boleh menjamin kemewahan 3 generasi.

Katanya, pihak yang menawarkan habuan tersebut menyatakan keinginan dan 'keikhlasan' untuk mewujudkan kerajaan yang bebas rasuah.

Beliau juga mempertikaikan keikhlasan pihak tersebut untuk mewujudkan kerajaan yang bebas rasuah kerana kaedah dan caranya samasekali bertentangan dengan apa yang di war-warkan.

p/s: Selalu terfikir rahmat dan kurniaan Allah kepada umat manusia. Kadang-kadang teringat juga kata-kata hikmat 'orang tamak selalu rugi'. Ikut syariatnya pula 'matlamat tak menghalalkan cara'. Ahh!!...dalam politik semua tu tak penting!!??

3 comments:

cohong gym said...

Perkara ini telah mengkonfirmkan desas desus yang kedengan di sana-sini. Aku pun dah dengar benda ni dari mulut member kita yang mendapat berita dari sumber yang sangat boleh dipercayai. In fact boleh aku katakan, sumbernya adalah sumber yang 120% tepat dan reliable.

Member kita kata, MP sabah ditawarkan jutaan ringgit untuk melompat parti. Ikut kata orang Keadilan, dalam tangan sudah ada 30 orang dan cukup untuk menterbalikkan parlimen.

MP sabah got nothing to lose because 1) diaorang dapat duit yang banyak 2) kalau lompat parti pun, still dalam kerajaan pasal Keadilan dah amik alih 3) Munkin diaorang ditawarkan jawatan di dalam kabinet.

Satu je aku nak tanya, mana Keadilan dapat duit banyak macam tu? Kalau sorang dibayar RM10 juta, 30 orang dah RM300 juta!.
CIA.....CIA....

Anonymous said...

Apa pun yang dikhabarkan dan diberitakan kepada kita sebagai seorang Islam hendaklah kita siasat akan kesahihannya lebih-lebih lagi dalam dunia yang penuh fitnah skrg ni.
Kita doa skrg ni agar Allah pelihara kerajaan yang ada ni. kalau pemimpin2 kita ikhlas insya Allah akan halang cita-cita jahat pihak pembangkang merasuah untuk mendapatkan kuasa.
Kalau ada yang lompat kerana wang ini menunjukkan mereka tu tak ada jati diri dan kalau betul Anwar ada tawarkan wang ini menunjukkan Anwar tak ada jati diri untuk jadi pemimpin dan kita doakan Allah beri la hidayah kepada mereka.
Dlm isu ini kenapa PAS diam aje? Tak de ke rasa nak mengajak kepada kebaikan dan nak menghalang kepada kemungkaran?Tak tahu la mungkin PAS rasa rasuah macam ni halal kot?

Anonymous said...

Tertarik dengan sumber saudara cohong.

Begitu juga, satu perkara yang masih menjadi 'misteri' ialah tentang dakwaan En Lokman Adam, bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan tentang pertemuan sulit diantara Wan Azizah, Khalid Jaafar dan Azmin Ali bersama George Soros bagi memohon bantuan kewangan.

Azmin ali dikatakan meminta agar pertemuan tidak diminitkan dan pertemuan tersebut telah menjadi satu 'open secret' dikalangan pemimpin atasan Keadilan pada masa itu.

Malah, dikatakan saudara Lokman Adam ada mencabar pihak-pihak yang terbabit menafikan pertemuan tersebut, tetapi sehingga ke hari ini tiada jawapan.

Adakah sumber kewangan yang dikatakan oleh saudara cohong juga rupa-rupanya orang yang sama seperti yang diceritakan oleh saudara Lokman Adam?

Wallahualam..

Mudahnya negara ini boleh dijual beli..Nauzubillah!


Ex-Oxford 1988-1992