Wednesday, May 21, 2008

Hikmah Tun Mahathir keluar UMNO?

Berikut mungkin adalah hikmah-hikmah Tun keluar dari parti UMNO:-

i) Umno Sabah kembali ikrar taat setia pada parti UMNO. (bukan P.Lah!). Maka cerita untuk lompat parti semakin lenyap.

ii) Cerita peralihan kuasa semakin hangat kembali.

iii) Tindakan Mukhriz semakin mendapat sokongan ramai orang UMNO.

iv) Mukhriz semakin berani untuk mengkritik P.Lah dengan lebih keras.

iv) Orang UMNO semakin bersatu untuk memastikan Tun Mahathir kembali ke pangkuan UMNO secepat mungkin dengan memenuhi syaratnya agar UMNO dan kerajaan tidak dipimpin oleh P.Lah; atau..

v) Menambah bukti bahawa P.Lah memang tak faham bahasa!!??

p/s: ada lagi..?

10 comments:

cohong gym said...

Semua yang di atas. Tapi aku lebih yakin sebab utama kerana PL tak paham bahasa.

Sumber aku menyatakan bahawa si PL ni terlalu yakin yang rakyat masih menyokong dia. Dia membuat kesimpulan bahawa kekelahan teruk BN di PRU 12 adalah disebabkan oleh tindakan sabotaj ahli-ahli parti yang tidak terplih untuk bertanding.

So daripada cerita di atas, dapat aku simpulkan bahawa si PL ni memang tak paham bahasa. Penasihat-penasihat dia pun sama ngok.

Sudah terang-terang orang tolak BN, lagi mau kata dia kena sabotaj.

.."Berkata benarlah walaupun pahit".. said...

Banyak hikmah nya bro..bagi yang nak memikirkannyalah khusus untuk orang melayu dalam UMNO..Kalau kata kata Tun Mahathir dia orang tak dengar..inikan kita tapi walau bagaimanapun kita mesti terus bersuara untuk memastikan pemimpin yang ada hari ini insaf dan sedar diri bahawa hari ini mereka telah menjadikan UMNO tidak relevan lagi kepada umat melayu..Perjuangan UMNO hari ini tidak lagi sama dengan perjuangan yang dulu..UMNO needs to be reformed, restructured n reengineered by those who are sincerely concerned about the fate of the malays and Tun has commenced the first step towards this and now it is up to us to make the next move...For the sake of the malays we need to move fast..Don't let the morons in UMNO destroy the party that has made us what we r today..Hidup Tun..hidup Melayu..Hidup UMNO

adik berkata benar walaupun pahit said...

Sokong pendapat encik/cik berkata benar walaupun pahit. Kalau nak cerita jasa Tun M kepada kita sampai besok pun tak habis & pemimpin Islam yg berani bertelagah & membelasah Yahudi! Tun M tak perlukan Islam Hadari tetapi Islam tetap di hati. Tun M tak pernah melaungkan beliau cari Al Ghazali & tak perlukan slogan bekerja lah bersama saya tetapi beliau bekerja lebih kuat daripada rakyat utk memastikan agama & bangsa kuat agar tidak dihina oleh agama & bangsa lain.
Kita kena sedarkan pemimpin kita UMNO berada di dlm keadaan tenat yg mana mereka ni tak perasan & cuba la pemimin UMNO sekali ni dlm hidup mereka dengar kata grassroot UMNO di mana suara grassroot tersebut diwakili oleh Tun M.
Moga-moga Allah berilah kesedaran dan keinsafan kepada Pak Lah.

Anonymous said...

Teringat bila Tun bagi kritikan keras pada zionis, apalagi puak2 rejim zionis melompat2 marah!

Apa yang Tun cakap tu betul pada masa ramai pemimpin Islam yang lain tidak berani bersuara.

Tun disanjung oleh orang Islam peringkat antarabangsa atas keberaniannya.

Pemimpin2 UMNO yang melompat dan menggunakan kata2 terlampau bila ditegur oleh Tun tu, faham2 je la..

Gua tak samakan diorang dengan yahudi. Tapi kalau diorang mengaku orang melayu tu eloklah 'berbudi bahasa'...'Jangan habis madu, sepah dibuang', tak perlu dewakan tun, cuma tolong 'kenang budi'!!

-ahli PKR yang berpaling tadah-

Anonymous said...

Bro,

Check out kkamdias.blogspot

Anonymous said...

Bro,

Paklahkan dah cakap, I have work to do and why should I resign ..I have a strong mandate ..

Mana ada cerita peralihan kuasa. Kalau nak ada peralihan kuasa, tak payah nak defend jawatan Presiden. Najib ni gerenti masuk angin keluar asap ..

Arcadia

my-fikirr menulis said...

Assalamualaikum Sdra,

Tumpang beri komen.

Mgkin semua yg Sdra sebut itu ada kemungkinan terjadi.

Tetapi, saya terfkr2 dan hrp sangat Sdra boleh komen secara ilmiah persoalan saya ini :

" Boleh jadikah bahawa Parti Umno akan terpecah kpd 2 iaitu Umno Pemikiran Lama dan Umno Pemikiran Baharu? "

Hujah saya ialah dgn mengambilkira respon orgramai terhadap keputusan Tun M.

Kebanyakan gen muda dan akar umbi tidak dapat menerima keputusan dan kritikan terhadap Tun M.

Sementara kebanyakan gen lama ( termasuk yg berjawatan ) masih terus terusan melafazkan sokongan dan kritikan.

Pendek cerita, semakin kuat lafaz kpd Pak Lah, semakin kuat sokongan kpd Tun M.

Apa pdgn Sdra mengenai persoalan Umno akan terpecah kpd 2 pemikiran (seolah-olah mengulangi sejarah Melayu pemikiran lama dan pemikiran baru) ?

Tkasih Sdra.

ram gagasan said...

Salam sdr myfikir di atas.
Pendapat saya tidak terdapat pemikiran lama atau pemikiran baru dlm Umno tetapi terdapatnya 2 golongan iaitu yg berani bercakap benar walaupun pahit & yg tak berani bercakap benar.
Golongan yg menyokong tun bukannya atas sifat Tun tetapi atas segala tindakan, keberanian & kebenaran yg diucapkan beliau. Kebanyakan golongan ini adalah ahli biasa yg tidak berjawatan atau berjawatan kecil di dlm Umno & bukan cari makan di dlm Umno yg mana mereka percaya rezeki datangnya dari Allah dan bukannya dari pemimpin Umno.
Golongan satu lagi adalah gologan yg sangat berkepentingan dan bergantung hidup dan darjat dari pemimpin Umno atasan yg mana mereka tidak mampu atau sengaja tidak mampu untuk berkata benar kerana mereka ni percaya darjat & rezeki mereka ini adalah dari pemimpin2 Umno.
Yg menyebabkan Umno berada di dlm keadaan sekarang ni adalah Umno telah lupa & alpa untuk mempraktikkan konsep BERKATA BENAR WALAUPUN PAHITI istilah ini telah lama tidak didengar atau diucapkan oleh pemimin2 Umno.
Terdapat juga golongan yang lebih takut kepada pemimpin Umno daripada takut kepada ibubapa sendiri & Allah. Malahan ada di antara mereka ini tanpa mereka sendiri sedari terdapat pemikiran di benak mereka iaitu oleh kerana mereka tak nampak Allah jadi mereka beranggapan Allah pun tak nampak mereka. Dgn demikian perjuangan Umno tanpa kekuatan agama & tanpa menonjolkan kebenaran meyebabkan Umno berada di dlm keadaan tenat seperti sekarang.
Jadi golongan pertama yg saya huraikan di atas menyokong Tun M bukan sebab Tun M tetapi atas sebab "Bercakap Benar Walaupun Pahit"
Ini adalah pandangan peribadi & penelitian saya selama ini yg tertakluk kepada kesilapan & kelemahan saya sendiri.

Abafahim said...

En. Myfikirr

I concurred with ram gagasan.

my-fikirr menulis said...

En Abafahim,

Thank you.