Friday, May 16, 2008

Nak tanya tuan guru..

Kalau betul ada 'imbuhan' seperti yang katakan oleh YB Abdul Rahman Dahlan tu, berikut adalah soalan-soalan yang saya ingin kemukakan:-

i) Apa hukumnya orang yang ambik duit tu?

ii) Dalam Islam, adakah hal ini dikatakan risywah 'rasuah'?

iii) Adakah dalam Islam orang yang memberi rasuah itu menerima hukuman yang sama seperti yang menerima?

iv) Kalau dari posting saya sebelum ni, orang yang memberi anak-anaknya makanan dari hasil rasuah didefinisikan sebagai 'anak haram'..maka, anak-anak orang yang memberi rasuah, boleh ke kita anggap anak-anak mereka sebagai 'anak haram'?

v) Dari segi hukum, ada beza tak orang yang ambil rasuah dengan jumlah yang kecil dengan jumlah yang besar?

p/s: Saya kurang yakin dengan dakwaan-dakwaan tanpa ada bukti yang kukuh, tetapi moral yang saya pelajari didalam isu ini ialah semakin jelas bagaimana rasuah boleh menyebabkan sesebuah negara boleh tergadai.

13 comments:

Tun Sri Lanang said...

Hey abafahim, setakat dakwaan rasuah tanpa bukti tuh tak main laa..sapa sapa pon boleh dakwa semata-mata nak naikkan “political mileage” diri sendiri. Tetambah plak orang UMNO yang dakwa. Sejak bila orang UMNO tak makan rasuah ni aku pon tatau. Hahaha

Ni apa kata kau komen tentang rasuah yang memang jelas-jelas dah dibuktikan oleh Suruhanjaya Di Raja kes VK Lingam tu.. Amacam..Ada berani kaa? Kata nak tegakkan kebenaran!

Apahal? Tak sampai hati ker nak kutuk idola kesayangan kau Tun Che Det tuuu??? Hahaha..Pergi Jahanam Che Det sama itu VK Lingam, Adnan, dan Vincent Tan!! Itu semua PERASUAH JERUNG MALAYA!

Tak payah kau nak tutup mata kau tuuuu…Ni bukti dah ada..Komen laa cepat..apa lagi..Kau tak baca paper ker..atau baca buat buat tak nampak kelabu asap. Headline Berita Harian pon tak nampak ker? cepat cepat! Kalau tak buat malu jer jadi lawyer kalau takde “teluuuuuuuuuuuuuurrr” Hahahaha

Sang Kelembai said...

Pemuda PKR Sabah buat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Kota Belud

KOTA KINABALU: Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Abdul Razak Jamil hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Kota Belud dari Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mendakwa ditawarkan ganjaran lumayan untuk berpaling tadah.

Abdul Razak, yang juga seorang peguam, membuat laporan itu di Balai Polis Karamunsing dekat sini petang ini, dan meminta polis menyiasat sama ada dakwaan itu menyalahi peruntukan Akta Kanun Keseksaan dan Akta Pilihan Raya.

"Kita mahu beliau mengemukakan bukti. Sesiapa pun boleh buat dakwaan dan jika beliau gagal berbuat demikian ia adalah satu perbuatan fitnah semata-mata untuk mencemar imej parti,” katanya kepada pemberita di sini.

Semalam, Abdul Rahman berkata pembangkang yang terdesak untuk menjatuhkan kerajaan Bn sanggup menawarkan ganjaran besar sehingga boleh memberi kesenangan hidup kepada dua tiga generasi keluarga Ahli Parlimen yang berpaling tadah.

Malah, beliau dilaporkan berkata, telah dikunjungi wakil pembangkang minggu lepas serta minggu sebelumnya untuk memujuknya menyertai Pakatan Rakyat dan dijanjikan kedudukan dalam kerajaan.

Abdul Razak berkata mengikut peruntukan dalam Akta Pencegahan Rasuah, sesiapa yang ditawarkan ganjaran atau rasuah perlu melaporkannya kepada pihak berkuasa termasuk Badan Pencegah Rasuah, dan jika gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang boleh dikenakan. - Bernama

Anonymous said...

tak payah layan tun sri lanang ni. cakap menuduh je. not guilty till proven. malu aku pakai nama tun sri lanang tapi mencarut. jatuh maruah sri lanang.

Tun Sri Lanang said...

Takde bukti pa jadahnya..Tuduhan orang UMNO ditawarkan rasuah tuu barulah takde bukti..

Kes VK lingam ni dah disahkan Suruhanjaya Diraja pon kau kata takdak bukti. Mmg dasar buta perut..

Pergilaa Cium ponggong che det kau tuu.. Ikutlah resam perasuah UMNO, makin rasuah makin bengong. Chit poooraah!

Anonymous said...

Salam...

Berkenaan isu rasuah ni aku rasa tak perlu nk ber'lapik' lg... mmg dah jelas hukum haram : "orang yg merasuah dan menerima rasuah kedudukannya di dalam neraka jahanam" (maaf, tk sure dr hadith atau ayat al-Qur'an). Tuhan tak sebut yg dimaksudkan itu sama ada orang dr parti tertentu, ditujukan khusus kpd sesiapa shj yg terbukti melakukan salahlaku rasuah tu.

-Mazda6-

Dr m said...

Yerla kan, bila terkena kat batang hidung orang UMNO yang rasuah, korang sumer cover2, pastu kata ayat Quran @ Hadith itu umum tidak kira sapaa…Tapi HAKIKATNYA, kat Malaysia ni mmg orang UMNO yang PALING KUAT Rasuah yang dipelopori Che Det dan diikuti oleh Juak-Juak dia skrg ni..

Bila Suruhanjaya Diraja yang UMUM korang diam, kalau takdak suruhanjaya ni, korang kata takdak bukti plak..Memang ayat KELING.

Pakatan Rakyat cabar BPR buat siasatan ke atas Wakil Rakyat PR dan kalau ada bukti hadapkan ke mahkamah! Wakil Rakyat UMNO berani ker wat camtu???

Hahaha…

Anonymous said...

Hmmmmm... amek ler tindakan walau ke atas orang UMNO sekalipun, sbb pd pandangan aku mmg perbuatan tu dah salah, tu maksud aku tak perlu ber'lapik' lg.

Kata kamu: "...pastu kata ayat Quran @ Hadith itu umum tidak kira sapaa…". Salah ke aku kata ayat/hadith tu umum? Bukan ke ianya ditujukan utk semua org, tak kira agama & bangsa? Tak percaya ke kalau ayat/hadith tu kata semua pemberi & penerima rasuah akan masuk neraka? Adakah kamu fikir hanya org2 UMNO yg melakukan rasuah akan dihukum, dan selain UMNO tidak tertakluk kepada hukuman Tuhan?

p/s: Tak sabar nk baca laporan kes Lingam oleh Suruhanjaya DiRaja...

-Mazda6-

tun sri lanang said...

Sekarang kite jangan lari topik, abafahim kalau ko adil dan saksama, sekarang adalah masa paling sesuai untuk kau ulas Kes Che Det versi VK Lingam ni.. Jangan nak elak pusing kanan kiri..Cepat cepat tulis… Tapi aku rasa kau mesti tulis sokong Che Det nyer.. Dah mmg dasar UMNO..nak wat camne…Time ni mesti ko akan kata Suruhanjaya Di raja tak adil dan dipengaruhi Pak Lah..kan kan? Bek ngaku jerlaa

kumpulan generasi baru said...

isu linggam ni bukan penting pun. takkan boleh dakwa punya. sebabnya...yg lantik hakim tu ialah YDP Agong. So nak dakwa siapa? PM masa tu guna pertimbangan atas bidang kuasa dia yg memang termaktub dlm bidang kuasa perdana menteri untuk mencadangkan kepada Agong melantik hakim. berbalik pada soalah kami, nak salahkan siapa tun sri lanang?

p/s: tun sri lanang yg asli tulis buku apa dan tahun bila? sila jwb tun sri lanang palsu.

tun sri lanang said...

Haa ni satu lagi manusia buta undang-undang. Abafahim bek ko sound budak generasi baru agogo ni. Ada ramai orang macam kau ni memang Che Det suka, senang nak kena balun cukup-cukup. Kau balik ngaji undang-undang dulu laa baru cakap kat sini.

Kalau tak penting kes lingam ni, tak payah laa Suruhanjaya tuh nak penat-penat siasat sampai 17 hari. Kau cakap camni tak sayang mulut ker? Kau tau tak itu SURUHANJAYA DIRAJA! Berani derhaka kat sultan?

Dahlaa tuu..kalau dah jadi pencium ponggong Che Det, sumaaa benda tak nampak..Kau memang suka Cina tokey Judi dengan India Corret correct pilih hakim untuk kau.. Kau memang bijak generasi agogo! Layak jadi protégé Che Det

Hidup Pak Lah!!

Abafahim said...

Kalau ada yang terasa pasal 'anak haram' tu minta mahap la yer..

ram said...

Sama-sama la kita berdoa agar Allah memberi hidayah kpd En Tun Sri lanang agar beliau ada jati diri dgn menggunakan perkataan yang bersopan dan bukannya perkataan2 yang mengaibkan dalam memberi komen.
Tun Sri Lanang perlu baca keseluruhan keputusan Suruhanjaya baru la boleh beri komen. Dah baca ke belum? Tentu belum kan! Jadi jangan la hentam tak tentu arah. Malu la pada diri sendiri. Beli la dulu keputusan Suruhanjaya tu berharga RM 500 lebih, lepas tu baru cerita.

kumpulan generasi baru said...

Haa ni satu lagi manusia buta undang-undang. Abafahim bek ko sound budak generasi baru agogo ni. Ada ramai orang macam kau ni memang Che Det suka, senang nak kena balun cukup-cukup. Kau balik ngaji undang-undang dulu laa baru cakap kat sini. - KAMI RASA TUN SRI LANANG NI YG TAK TAHU UNDANG-UNDANG DAN KUASA PERDANA MENTERI DAN YDP AGONG. KALAU TUN SRI LANANG PALSU NI TAHU SANGAT KENAPA TAK TERANGKAN KAT SINI? KE KAU YG TAK TAU. ORG YG SUKA MENGHENTAM DAN KELUARKAN KATA2 KESAT NI BIASANYA NAK MENUTUP KEKURANGAN DIRI SENDIRI MCM TUN SRI LANANG PALSU.

p/s: soalan kami sebelum ni tentang tun sri lanang belum dijwb lagi. kalau tak tau takpelah mengaku. tak luak pun.