Thursday, May 29, 2008

Masa yang sesuai untuk peralihan kuasa?

Ezam telahpun mengumumkan kemasukannya ke dalam UMNO dan saya benar-benar merasakan bahawa Pak Lah merasakan bahawa UMNO kini semakin kuat dan semakin berpengaruh.

Oleh yang demikian, sekadar memberi ingatan bahawa Pak Lah berjanji bahawa peralihan kuasa hanya akan berlaku sekiranya orang-orang UMNO bersatu dan mendapat sokongan akar umbi.

Apa kata sekarang dengan kemasukan Ezam, saya berkeyakinan penuh dengan senyuman penuh makna Pak lah, Pak Lah dan pemimpin-pemimpin UMNO disekelilingnya sekarang sudah tentu merasakan bahawa UMNO dah kuat dan bukan sahaja mendapat sokongan akar umbi, malah bekas pemimpin besar PKR pun dah masuk UMNO yang diyakini akan disertai dengan ahli-ahli PKR yang lain dan UMNO kini dah bersatu memandangkan duri dalam daging sudah 'keluar', MAKA, bukankah sekarang masa yang sesuai untuk peralihan kuasa?

p/s: Agak-agak ada alasan lain lagi tak?

4 comments:

my-fikirr menulis said...

Assalamualaikum Sdra,

Sukar utk saya melihat kemasukan Ezam sbg satu masa yang sesuai untuk peralihan kuasa.

Bukankah kemasukan semula ini akan memberi impak baik kepada yang sedang berkuasa?

Bukankah kemasukan semula ini akan memberi impak yang tidak baik kepada Sang Duri Dalam Daging?

Sekadar persoalan peribadi.

Anonymous said...

Antara perkara yg paling susah hendak dilaksanakan adalah melepaskan kuasa semasa sedang berada di kemuncak... Maka beringat2lah kita terhadap 3 perkara: Harta, pangkat dan perempuan.

p/s: Pak Lah kena ingat, sekarang bukan zaman kegemilangan dia... ttp zaman kemerosotan parti UMNO, malahan yg terburuk sejak UMNO ditubuhkan. Sampai bila dia akan sedar?

-M6

Abafahim said...

Salam my-fikirr

Itulah yang saya katakan P.Lah dah berjanji apabila UMNO bersatu dan mendapat sokongan akar umbi, dia akan menyerahkan kuasa pada timbalan PM.

Adakah P.Lah rela melepaskan jawatan ketika mendapat sokongan yang kuat?

Atau P.Lah akan bertukar fikiran dan berkata saya mendapat sokongan yang besar, mengapa perlu saya meletak jawatan? Ada banyak kerja yang saya kena buat!! Sepertimana skrip yang diulang2 bila ada desakan untuk peralihan kuasa.

Bagi saya Ezam tiada impak pada Tun, impaknya lebih pada PKR dan P.lah.

Maka, kalau ia memberi impak yang baik kepada kerajaan dan semakin mendapat kepercayaan rakyat, MAKA, P.Lah perlu menunaikan janji untuk lepaskan kuasa kepada Najib sepertimana yang telah dijanjikan oleh P.Lah sendiri dan seperti yang dituntut oleh Mukhriz dan Tun.

ATAU, P.lah akan berpendirian seperti kes jambatan bengkok? penetapan tarikh pembubaran parlimen? Hari ni cakap lain, besok cakap lain!.

Anonymous said...

Kemasukan ezam hanya utk memperkukuh Kem Paklah, bukannya UMNO. Aku rasa UMNO akan bertambah pecah belah dgn kemasukan ezam.

Kalau betul agenda dan matlamatnya memerangi rasuah , sila lah siasat menantuu dan anak paklah dahulu, jgn hanya tujkan kepada org 2 mantan PM sahaja.

Beliau terbukti gagal didalam GERAK.