Sebanyak 22000 telah disahkan terbunuh dan 41000 yang lain masih hilang (mungkin dikhuatiri meninggal dunia)serta berjuta kehilangan tempat tinggal. Sepanjang pengetahuan saya, saya masih belum pernah mendengar Taufan kecil atau taufan yang begitu hebat melanda negara Myanmar. (sila tegur sekiranya pernah ada).
Saya begitu tertarik bagaimana negara-negara luar termasuk Malaysia tidak kira dari pelbagai fahaman dan pendirian walau berbeza daripada kerajaan Junta Tentera Myanmar tetap menghantar bantuan-bantuan kecemasan kepada mangsa-mangsa terbabit. Sokongan NGO Mercy Malaysia amat saya sanjungi.
Kalau dilihat daripada taufan Nargis, tsunami, gempa bumi melanda negara-negara disekililing negara kita kadang-kadang membuatkan saya terfikir betapa bertuahnya hidup di Malaysia dan kadangkala tertanya-tanya apakah istimewanya Malaysia selain daripada kedudukan geografinya?
Saya tidak mahu membawa anda ke suatu keadaan tentang apakah 'hakikat' serta 'isyarat' yang ingin ditunjukkan sebab saya sendiri masih belum sampai untuk menyampai.
p/s: Masih tertanya-tanya. Apa yang saya tahu, hanya ingin membela negara yang tercinta ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam,
Bersyukurlah kita semua berada di negara Malaysia yang amat minima malapetaka yang dirasai selama ini.
Andai termampu walai sedikit, sama samalah kita membantu mereka yang ditimpa kesusahan atas nama kemanusiaan
den ngaso kurang menyengat la posting2 ko lately nih. wake up abah kepado fahim. amik kesempatan mlm jumaat ni gi servis apo yg patut. sok muncul dgn topik dan semangat baru.
Saudara podeh.
Orang2 tua kata, kalau tegang je pun susah, nanti kena pakai kain, pakai seluar pun tak boleh.
Syukur kpd Tuhan, kita tinggal di negara yg kurang berisiko kepada bencana alam... sedangkan negara2 lain hampir setiap tahun ada sahaja malapetaka yg menimpa tanah air mereka sehinggakan kehilangan orang2 tersayang.
Apa yg kita ada kini wajib kita syukuri, di samping itu hendaklah kita berusaha untuk kekalkan keamanan di negara yg kita cintai ini.
-Mazda-
Post a Comment