Thursday, May 22, 2008

Angkatan Muda Keadilan Bergolak??

Sumber: CheGuBard

Berikutan perkembangan terkini AMK yang sedikit 'kalut' apabila ada banyak pihak yang menolak rombakan jawatan yang diumumkan oleh Ketua AMK pusat baru - baru ini, cheGuBard menegaskan dan tidak mahu terlibat dalam politik dalaman ini. cheGuBard dengan ini meminta semuanya diselesaikan secara dalaman.

cheGuBard tidak terlibat dan mengecam kewujudan laman yang tidak diketahui pengendalinya yang begitu seronok melagakan pimpinan dalam parti seperti laman http://www.janganbermainapi.blogspot.com/.

Pulihan email ada yang meminta campur tangan dan ada yang menyatakan 'fitnah' bahawa campur tangan (sabotaj) cheGuBard punca kepimpinan AMK sering gagal bergerak. cheGuBard juga dengan ini menafikan tuduhan terlibat dalam politik dalaman AMK.

Tidak dinafikan ada beberapa teman pimpinan AMK negeri dan bahagian menghubungi dan ada yang ditemui semasa program selaku MPT turun ke bawah. Rata - rata mengeluh mengenai betapa AMK gagal mendengar 'suara di bawah' dan lembab....dan sememangnya cheGuBard ada memberikan beberapa pandangan kepada teman - teman yang ditemui selaku teman dan MPT, namun ini tidak beerti cheGuBard campur tangan.

cheGubard menyeru semua ahli dan kepimpinan AMK setiap peringkat dapat menyelesaikan isu secara 'adik beradik' dan mengutamakan suara pandangan teman di bawah. Kehadiran AMK yang kuat apa diperlukan untuk memacu kekuatan rakyat dalam negara di ambang krisis ini.

by cheguBard at 5:04:00

p/s: Kalau dah nampak untung masing-masing berebut..Ada kena mengena ke dengan 'pengumuman' Ezam menyertai UMNO? ATAU berkemungkinankah ahli-ahli AMK yang tidak berpuas hati lantas membakar kelambu dan terus menyertai UMNO?

No comments: