Monday, May 5, 2008

Kongres Permuafakatan Melayu.

Saya mengalu-alukan konvensyen yang diadakan di Johor Baru tersebut, tetapi malangnya, saya tidak nampak mana-mana persatuan yang bernaung dibawah PESAKA untuk membentang apa-apa kertas kerja. (minta maaf kalau adanya kertas kerja dari badan PESAKA kerana setakat ini saya masih tak jumpa, harap ditegur.).

Pada saya adalah amat malang sekiranya, NGO-NGO tersebut tidak diberi peluang, memandangkan NGO-NGO tersebutlah yang memainkan peranan penting didalam pembentukan jatidiri insan yang terbukti semenjak sebelum zaman kemerdekaan lagi.

Berdasarkan pengalaman-pengalaman, terdapat persatuan-persatuan silat ini yang diterajui oleh kepimpinan-kepimpinan yang berpendidikan tinggi, malah ada dikalangan mereka adalah ini terdiri daripada golongan seperti pensyarah, professional, professor malah yang menariknya termasuk juga seorang Naib Chansellor sebuah IPTA.

Hargailah dan berilah ruang dan peluang yang lebih besar kepada NGO-NGO ini untuk meluahkan pendapat serta pandangan mereka. Mungkin ada penyelesaian yang baik yang boleh dikeutarakan oleh mereka.

p/s: Sayang budaya bangsa.

4 comments:

cohong gym said...

apakata kalau kau sendiri yang volunteer buat the paperwork. Lagi senang. Buat mengikut selera kau sendiri. Mesti sedap hingga menjilat jari hehehehe

Abafahim said...

Brader2 gym dapat jemputan ke?

cohong gym said...

hahahahha..jemputan kawin pun tak dapat

Abafahim said...

Memang ler..ko tak pernah jemput orang datang kawin ko.