Thursday, May 22, 2008

Hj Hadi berebut Jawatan PM dengan Anwar?

Sumber: Bung Karno kata..

Datuk Hj Hadi Awang menyatakan dalam Utusan Malaysia 21.05.08 bahawa PAS bersedia mengambil alih jawatan Perdana Menteri apabila kerajan BN tumbang. Ini adalah sebagai memenuhi kontrak sosial yang termaklum supaya jawatan PM hanya dipegang oleh orang Melayu Islam. Ia juga untuk mempastikan negara kekal sebagai sebuah kerajaan Islam.

Kenyataan ini mengenepikan peranan DS Anwar Ibrahim yang selama ini bertekad untuk
menjadi PM.Sekiranya Hj Hadi hanya berlandaskan bahawa ada 23 Ahli Parlimen PAS berbanding 19 AP PKR orang Melayu Islam, kelebihan berpihak kepada PAS.

Bagaimana jika AP daripada UMNO melompat menyertai PKR? Atau Hj Hadi pasti mereka menyertai PAS ?

Kemungkinan Pakatan Rakyat ini terlalu rapuh dan PAS mencerugai DSAI sejak awal lagi.
Mungkin PAS kurang senang dengan tindak tanduk DSAI sejak beliau masih dalam kerajaan BN atau bimbang kesan hubungan persahabatan DSAI dengan Wolfowitz, seorang Yahudi yang masih berpengaruh di Amerika Syarikat. ?

Atau semestinya setiap ahli politik mengilai kuasa sebagai asas berpolitik ?

Posted by Bung Karno

p/s: Mano satu den nak pilih ni, Anwar ko hj Hadi?!!!

No comments: