Tuesday, May 27, 2008

Harga Minyak naik 0.30 sen hari ini?

Breaking news!

Khabar angin kuat menyatakan bahawa hari ini kerajaan akan mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 0.30 sen.

Adakah perkara ini akan diumumkan selepas pemimpin-pemimpin pembangkang nampaknya bersetuju (berdasarkan kepada temuramah dengan Salahudin Ayub dan P. Ramasamy Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang) untuk kenaikan tetapi hendaklah insentif seperti wang tunai etc diberikan kepada golongan-golongan yang berpendapatan rendah.

Kalau nak hentam kerajaan pun, tak tau nak cakap apa lagi la, sebab harga minyak pun dah hampir USD140 setong.

Bagi saya, saya merasakan satu cara yang paling baik dan berkesan untuk kerajaan membantu rakyat agar harga barangan tidak naik akibat kenaikan harga minyak ialah semua kenderaan-kenderaan perdagangan diwajibkan menggunakan kit NGV dan insentif-insentif tertentu diberikan oleh kerajaan kepada kenderaan-kenderaan perdagangan tersebut bagi menggalakkan penggunaan NGV yang mana nyata sangat menjimatkan.

Kita juga dapat melihat pada masa kini dah bahawa banyak kenderaan-kenderaan perdagangan termasuk lori treler dan bas-bas telah menggunakan kuasa gas.

Maka, selepas ini peniaga-peniaga sudah pasti tidak mempunyai alasan-alasan untuk menaikkan harga akibat kenaikan harga minyak.

p/s: Dah pakai NGV sejak tahun lepas. Sangat menjimatkan dan harap sahabat-sahabat atau rakyat Malaysia yang terjejas dengan kenaikan harga minyak beralihlah kepada NGV.

5 comments:

cohong gym said...

Aku rasa itu hanya kabar angin je kot. Tak de pun kat berita hari ni.

Tapi kalau betul naik, mati la rakyat. Sekarang ni pun dah cukup pedih nak mananggung. Makan pun sekarang dah mahal. Barang-barang dapur and barang basah semua dah naik harga. Lepas ni kita bole try makan rumput pulak. Mana la tau sedap....

Jangan kita lupa jugak, bila harga minyak naik, pada masa yang sama Petronas punya keuntungan pun naik.
Setakat nak subsidi minyak, aku rasa Petronas tak de hal punya.

Anonymous said...

Dulu harga minyak buleh maintain RM1.20 sbb waktu tu cuma RM14-RM20 setong. Sekarang walau dh naik lebih 6 kali ganda, harga minyak masih di bawah RM2, harap2 kerajaan buleh maintain bawah harga tu sbb kesan lebih buruk akan dialami oleh rakyat sbb semua barang akan turut terkesan. Cadangan penggunaan NGV tu sgt bagus, sekurang2nya bg peniaga2 yg berpendapatan rendah & sederhana.

p/s: Harap kerajaan dpt mengawal atau bg subsidi utk kos pegi haji & umrah utk kepentingan org Islam di sini...

-Mazda6-

podih said...

enjin kenderaan yg mgunakn petrol tidak sesuai utk guna ngv. ia akan jadi lembab dan dlm jka masa panjang menyebabkan byk kerosakan akan berlaku. maka lebih byk duit akan keluar utk repair, sama dengan byr petrol.

maka sudah smpi masanya proton segera mengeluarkan keta yang enjinnya sesuai dgn ngv. perodua kata nk kluar, bila la agaknya. yang pasti arwah pengasas naza ada mengatakan bahawa naza akan keluarkan suv & mpv menggunakan ngv sedikit masa lagi.

adik berkata benar walaupun pahit said...

Kenapa kita nak bebankan rakyat? Bukankah tanggungjawab kerajaan adalah menjaga kebajikan & welfare rakyat?
Kenapa bila ada kenaikan rakyat yg akhirnya hendak menanggung sedangkan bila buat untung pemimpin atasan hanya berkongsi dgn keluarga & kroni sahaja?
Cuba kita lihat penggabungan ECM Libra & Avenue Capital sykt milik penuh Kementerian Kewangan yg Pak Lah adalah menteri kewangan.

Selepas KJ beli 3% saham ECM Libra, tiba-tiba Avenue Capital dah nak bergabung dgn ECM Libra.Avenue Capital lebih besar & teguh dari ECM tetapi dlm penggabungan Avenue kena bagi syer dan bayar ECM bukan sebaliknya. Logik ke tu?

Apa kriteria yg telah diambil kira kementerian kewangan untuk memilih bergabung dgn ECM?

Kenapa lepas bergabung pengurusan atasan dikuasai oleh ECM walaupun sebelum itu Avenue lebih besar dari ECM?

Bila Pak Lah selaku PM & Menteri kewangan ditanya dia hanya jawab I Dont Know & I'm not involved.

Pengajarannya kalau wang negara dijaga dgn betul & amanah & tidak hanya bagi anak menantu & kroni yg untung, rakyat boleh dapat kemakmuran hasil kekayaan negara dan bukannya kena tanggung apa2 kenaikan.

Jgn salahkan pasaran global utk membebankan rakyat kerana masa Tun M dulu walaupun mata wang kita diserang & itu adalah masalah global tetapi Tun M tidak pernah memberi alasan "masalah global" bagi membebankan rakyat. Tun M cari cari untuk melawan penyamun matawang bagi membantu rakyat dan bukannya membebankan rakyat.

Tun M selaku PM & Menteri Kewangan pada masa itu tidak pernah menjawab seperti Pak Lah I dont know & I'm not involed.

Cuba kita fikirkan apa dah jadi di bawah pemerintahan Pak Lah ni !

Abafahim said...

En podih

Harap2 nya kereta keluaran NGV akan keluar secepat yang mungkin