Monday, May 12, 2008

Cakap serupa bikin?

Pak Lah semalam semasa sambutan Ulang Tahun ke 62 UMNO meminta ahli-ahli UMNO bersatu untuk merealisasikan keputusan-keputusan yang telah dicapai secara kolektif.

Persoalannya, adakah Pak Lah kini merealisasikan keputusan yang telah diambil secara kolektif untuk pemindahan kuasa secara terancang?.

Rasanya sehingga ke hari ini, bunyi-bunyi yang begitu semangat awalnya untuk pemindahan kuasa semakin lemah dan sayup-sayup kedengarannya.

Nampaknya, pemindahan kuasa semakin jauh dan semakin tidak jelas. Begitu juga dengan ahli-ahli UMNO semakin gelisah.

Sambutan ulangtahun ke 62 UMNO menceritakan segala-galanya. Dalam keadaan UMNO yang begitu terdesak untuk mencari semangat yang hilang, sepatutnya sambutan ini dijadikan forum terbaik untuk muhasabah dan memulih semangat ahli-ahli, tetapi malangnya ia nampak begitu hambar, seperti mana hambar dan kelamnya semangat ahli-ahli UMNO pada masa ini.

p/s: Najib kata UMNO masih relevan, tapi itu bukan isunya. Isu pokoknya ialah samada pemimpin tertinggi yang memimpin UMNO pada masa ini masih relevan atau tidak?!!.

8 comments:

cohong gym said...

Standard la tuh. Kan dah perkara biasa kat Malaysia nih, kalau ada cerita panas, tak lama. Kejap je hilang (ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari).
Banyak contoh yang aku boleh bagi. 1) peralihan kuasa. sekarang ni lansung dah tak de cerita.
2) Kes kementerian beli barang dengan harga yang melampau. Terus senyap je. BPR pun dah tutup fail kot?
Orang Malaysia memang macam tuh. Mungkin kerana telah dididik oleh orang politik. Orang politik cuba mengkaburi mata kita dengan membasikan cerita sensasi untuk menyelamatkan diri sendiri. Caranya dengan menarik perhatian kita kepada cerita sensasi yang lain. Orang kita pulak pantang ada cerita baru, terus lupa yang lama.
Tengok macam aku, kalau ada bini/awek baru, yang lama tidak dilupakan hahahahahha

Anonymous said...

Sepatutnya Presiden UMNO & semua ahli MT perlu bertanggungjwab ke atas prestasi buruk UMNO pada Pilihanraya lalu. Apa lagi yang mereka mahu dalam dunia ni,duit dah banyak, berkuasa dah rasa & UMNO dah jahanam! Tak ada seorang pun pemimpin tertinggi UMNO yang berani ambil tanggungjawab! Termasuk la ketua-ketua bahagian UMNO yang calon-calon UMNO kalah di DUN-DUN & Parlimen dalam bahagian mereka, ada hati nak pertahankan jawatan. Macam bahagian Seremban patutnya keseluruhan jawatankuasa bahagian, ketua, timbalan, naib, su, bendahari & ketua penerangan perlu letak jawatan untuk tunjukkan rasa tanggungjawab atas prestasi buruk mereka menjaga UMNO bhg Seremban.Tapi sekarang ni bukan nak kuatkan UMNO & nak kembalikan keyakinan Melayu kepada UMNO, sibuk nak bertanding, tak malu ke?
Bro kalau free cal, blh gi minum untuk berbincang lanjut ye.

Anonymous said...

UMNO masih relevan utk orang melayu tapi yang dah tak relevannya pemimpin-pemimpin parti. so sepatutnya pemimpin ambil tanggungjawab..just resign..jangan banyak bagi alasan..jangan tipu dan geromal rakyat..Terimalah ujian Allah ni dengan banyakkan istighfar dan bertaubat..moga tuhan ampun kan dosa dosa kita yang lalu...Jangan fikirkan kepentingan diri lagi..fikirkan kemana umat melayu ni nak kita bawak??? Perjuangan perlukan keimanan dan ketakwaan...kita perlu rahmat dan redha Allah..untuk faham erti dan nilai perjuangan yang sebenar..Wallahualam..

Anonymous said...

Satu pengorbanan yg sejati tp payah nk dilaksanakan ialah melepaskan jawatan ketika berada di kemuncak... Ni dh terjelepuk kat tanah, disepak terajang, ditampar maki hamun, masih tk sedar2 lg. UMNO masih relevan, cuma cubalah percaya kepada ahli2 yg sebenar2nya memperjuangkan parti... adakah UMNO ketandusan pejuang di waktu ini? Renung2kan.

p/s: Ram, taknak ajak den minam sekali ko? Kekekeke...

-Mazda6-

Abafahim said...

I'm honoured to welcome my mentor, En Ram!!!

paneh said...
This comment has been removed by the author.
paneh said...

buek ram gagasan jgn lupo masuk paneh. den sokong ko ram. ko patut bertanding ketuo pemudo bahagian somban. nak lagi besh pegi ketuo bahagian terus.

kesian paklah masa bagi ucapan, cakap berdegar2 terjerit kecil, orang tepuk mcm nak taknak je. mmg paklah tak pokak, tapi buto.

Anonymous said...

Thank you Paneh. Jawatan bukan utk dipertandingkan macam futsal. Kalau Allah dah takdirkan kita akan pegang jawatan tu, insyaallah ianya milik kita. Lagi pun apa guna ada jawatann cam tu tapi kita tak bela pun nasib & masa depan negara! Yang penting ahli-ahli UMNO yang berjawatan hendaklah percaya kepada takdir,kalau tak dapat jadi wakil rakyat ke, tak dapat ketua bahagian ke, tak dapat jadi ketua pemuda ke itu adalah takdir kita dan kita mesti bersyukur kepadaNya. InsyaAllah Tuhan akan gantikan dengan yang lain yg terbaik utk kita.
Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya.