Tuesday, May 27, 2008

PERCATURAN KUASA DAN GEOPOLITIK: Tekanan Amerika Syarikat Kepada Abdullah

Sumber: Blog Kuda Kepang. Ruhanie Ahmad

Berikut sedikit cebisan-cebisan penulisan saudara Ruhanie Ahmad:-

Lantaran itu jugalah rakyat Malaysia perlu mentafsir dan mengkaji perkembangan politik di negara ini menerusi perspektif hegemoni, neoimperialisme dan geopolitik serantau dan global. Ini penting kerana sebuah jiran terdekat Malaysia adalah sekutu AS dan proksi zionis di Asia Tenggara.

Inilah sebab utama mengapa sejak kira-kira empat tahun lalu rakyat Malaysia berasa amat bimbang terhadap persepsi umum yang mengatakan segolongan pegawai peribadi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Jabatan Perdana Menteri kononnya adalah individu yang disusupkan oleh sesetengah elemen asing, kuasa asing atau agensi perisikan asing yang tertentu.

Inilah juga sebab utama yang membimbangkan banyak pihak di Malaysia bila persepsi umum mempercayai kononnya Abdullah dicengkam dan dikuasai oleh sesetengah kuasa asing tertentu sehingga menyebabkan beliau dikatakan jadi terlalu intim dan sentiasa memihak kepada kuasa asing berkenaan.

Persepsi seperti ini tidak boleh diremehtemehkan. Implikasinya luas dan amat serius. Khususnya bila matlamat serta cita-cita perjuangan UMNO adalah demi agama, bangsa dan tanahair, serta untuk mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara pada setiap masa.

Lantaran itu, saya pun berusaha merungkai kebenaran atau kepalsuan di sebalik persepsi di atas. Ini saya lakukan menerusi kajian ke atas pelbagai kenyataan serta tindakan Abdullah sejak dilantik Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003 hingga sekarang.

Pertama sekali saya kaji kenyataan Abdullah selaku Pemangku Presiden UMNO, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO buat pertama kalinya pada 6 November 2003. Kenyataan Abdullah sepenuhnya dilaporkan oleh Utusan Malaysia seperti berikut:

KUALA LUMPUR 6 November 2003: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, isu anti-semitik dan dakwaan anti-Yahudi perlu ditangani dengan pemahaman yang lebih baik dan tidak harus dijadikan konfrontasi.

Perdana Menteri berkata, langkah berkonfrontasi antara kedua-dua pihak tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi ketika ini.

“Kita tidak boleh memilih berkonfrontasi, kita mesti memilih jalan terbaik dengan memahami isu yang kita hadapi masa ini,” katanya.

Beliau yang juga pemangku Presiden UMNO berkata demikian pada sidang akhbar selepas pertama kali mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO setelah mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003.

Isu anti-semitik itu timbul apabila pihak Barat membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, berikutan ucapannya pada Sidang Kemuncak ke-10 Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), di Putrajaya pada Oktober 2003.

Dr. Mahathir dalam ucapannya berkata, kaum Yahudi kini sangat berkuasa dan memerintah dunia melalui proksi.

Berikutan itu, pelbagai pihak di Barat menyelar Dr. Mahathir termasuk keputusan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) yang mahu menghentikan bantuan ketenteraan kepada Malaysia.

Abdullah berkata, Dr. Mahathir sebenarnya hanya menjelaskan apa yang telah berlaku berdasarkan sejarah apabila kaum Yahudi dianiaya, tetapi mereka akhirnya berjaya seperti hari ini.

Menurutnya, beliau mengetahui bahawa Dr. Mahathir bukan bersikap anti-Yahudi sebagaimana yang didakwa oleh pihak Barat. Tetapi, orang Yahudi sebenarnya tidak suka dengan cara Dr. Mahathir meluahkan pendapatnya.

Sebaliknya, kata Abdullah, Dr. Mahathir mahu menjelaskan kepada umat Islam beberapa peristiwa sejarah yang pernah berlaku apabila mereka dianiaya dan agama Islam dicemuh serta bagaimana mahu mengatasinya.

Katanya, oleh itu umat Islam mesti bertindak dengan cara sabar dan mendalami ilmu pengetahuan serta berusaha mencari strategi-strategi baru.


Abdullah membuat kenyataan di atas secara sukarela. Bukannya sebagai reaksi kepada soalan daripada pihak media. Oleh itu, apakah signifikennya kenyataan di atas sehingga ia mesti dikeluarkan sesudah Abdullah mempengerusikan mesyuarat MT UMNO, seminggu sesudah beliau menjadi Perdana Menteri?

Mengapakah Abdullah membuat kenyataan di atas secara sukarela? Mengapakah hanya selepas satu bulan Mahathir membuat kenyataan yang disifatkan oleh Barat sebagai anti-Yahudi, baru Abdullah membuat kenyataan reaksi mengenainya?

Jadi, berasaskan seluruh hujah di awal tulisan ini, apakah niat sebenar Abdullah membuat kenyataan di atas? Adakah kerana Abdullah menerima tekanan daripada pihak-pihak zionis atau proksinya? – [bersambung dalam siri kedua]

p/s: Benarkah ia berlaku..?

3 comments:

podeh said...

kelihatan paklah sepeti begitu.

Anonymous said...

Jika benar sekalipun Pak Lah menerima tekanan dr kuasa2 asing, beliau perlu lebih tegas dlm pendirian dlm mentadbir negara kita. Rakyat perlukan pemimpin yg kuat & berwawasan dlm memacu halatuju ke arah negara yg maju, aman & makmur, sama ada terhadap tekanan dr dalam negara mahupun luar. Bak kata beliau: negara cemerlang, gemilang & terbilang.

p/s: Kita tk perlukan pemimpin yg lemah, tiada wawasan dan berpendirian hingga mengikut shj kata2 musuh2 kita. Pemimpin bukan hanya tau buat Suruhanjaya sehingga menjadi suruhan org lain.

-Mazda6

cohong gym said...

Mungkin...... Apa yang terjadi sekarang, banyak yang menggambarkan keadaan Malaysia tunduk yang kepada kuasa asing.