Melalui sms yang diterima oleh Nazri Aziz, hari Rabu iaitu besok dikatakan lebih kurang 16 daripada 30 ahli parlimen dari negeri Sabah akan menyertai pembangkang.
Hal ini dikuatkan dengan laporan yang begitu meyakinkan bahawa Anwar telah menetapkan tarikh-tarikh tertentu iaitu selewatnya 16.9.2008 bagi meyakinkan rakyat Malaysia bahawa beliaulah yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam dan menjadikan Pak Lah Perdana Menteri Malaysia yang pertama akan jatuh dengan memalukan didalam sejarah UMNO.
p/s: Kita tunggu sehingga 16.9.2008, kalau ditakdirkan Anwar menjadi PM Malaysia, tiada apa yang boleh menghalangnya, tetapi sekiranya hal ini tidak benar, maka ingatlah bahawa Anwar akan di cop dagangkan sebagai MANUSIA PENDUSTA DAN PENIPU BESAR KEPADA RAKYAT NEGARA INI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
That 16 September is probably the dateline given by PKR to all Sabahan MPs whom they have courted. Sabahan MPs are still dissatisfied on the cabinet issue. They raised the issue in Parliament yesterday. Even Tun Mahathir is worried. I think the likelihood for crossing party is 50-50 now.
Apa agaknya cara Pak Lah nak selesaikan perkara ni. Reshuffle semula kabinet akhir tahun ni? Tak pernah dibuat lagi dalam sejarah Malaysia. Sabahan MPs memang bijak-bijak tapi ada cukup pengalaman dan exposure untuk jadi Menteri kabinet? Apa pula alasan Pak Lah memilih Menteri2 muka baru dalam kabinetnya sekarang? Mereka itu lebih layak dari Sabahan MPs dari segi apa?
SMS ini mungkin juga didalangi oleh orang UMNO yang meletakkan tarikh-tarikh tertentu bagi menghakis kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat dan Anwar terutamanya jika pada tarikh tersebut tidak berlaku lompatan seperti yang dinyatakan.
Kan Anwar dah cakap dalam sidang akhbar semalam, kalau ada penetapan tarikh-tarikh tertentu, dia akan bagi “notis” awal, jadi tak payah nak terhegeh-hegeh kata Anwar penipu ker ape.
Kalau Anwar tak isytihar pon, ko tengoklaa kat Parlimen sekarang, MP Sabah sudah mula menunjukkan belang dan menghentam BN sendiri yang diketuai PakLah.. So amcam Bro? Sudah-sudahlah dengan BN kau tuu..pergi terjun laut laa lagi bagus
En Parti Babi Negara;
Aku rasa aku tak pernah miss baca 'Suara Keadilan' esp. yang terbaru ni citer pasal kes lompat ni, seingat aku tak pernah pulak aku baca Brader Anwar Bin Ibrahim citer pasal 'notis' Skrg dh citer psl notis lak.. Apsal skrg tak confident ke?
Ikhlas dr Anuar Evo.
Lantaklaa kau nak kata apa. Orang UMNO ni mmg lembab, selagi tak kena kat batang hidung dia tak sedar. Dah punya banyak signal Sabah bagi pon tak paham2..Sampai Tun Che Det pon dah cakap, yang UMNO dok tidoq lagi...Ikut suka hangpa laa..
Yang notis awai tuu mmg laa patut sebab takdaklaa orang UMNO macam hangpa semua ni terkejut beruk nanti. Dan kalau tak bagi “notis” ni nanti keluar lagi kenyataan dalam blog macam Abafahim UMNO totok ni punya kata Anwar Pendusta plak. Sebab tuh laa kena bagi notis ada paham.
Nah tengok kenyataan penuh Anwar kalau tak caya! Payah betoila UMNO ni
http://www.youtube.com
/watch?v=WRyGRqJOlYY&eurl=
http://koleksiparlimen.blogspot.com/
Memandangkan Abafahim ni quote artikel Sayuti ni dulu tentang lim guan eng, sekarang ni aku nak quote plak artikel Sayuti ni yang lain. Aku nak tengok abafahim ni nak terima ker tak artikel ni. Janganlah artikel yang menangkan kau jer yang dibaca. Hehehe
Isyarat 'hijrah' semakin jelas
Oleh Mohd Sayuti Omar
Selasa, 13 Mei 2008
UCAPAN Ahli Parlimen Kalabakan, Abdul Ghafur Salleh di Parlimen pagi tadi sungguh sentimental dan emosional. Ada maksud yang tesirat di sebaik ucapan berterus terang ahli Parlimen berkenaan.
Seperti mana katanya, apa yang diungkapkan bukan kerana beliau kecewa atau sengaja berbuat demikian tetapi ianya lahir dari lubuk hati sebenarnya yang perlu diberikan perhatian serius.
Jika diamati secara menghalusi nada ucapan Abdul Ghafur ada kesenimbungan dengan apa yang diucapkan oleh rakannya ahli Parlimen Kiamanis, Anifah Aman minggu lalu.
Bahkan, Abdul Ghafur mengakui bukan sahaja beliau, tetapi (Ahli Parlimen Sabah) sanggup untuk tinggal bukan saja di rumah teras bahkan di rumah kampung sekali pun mereka sanggup.
Maknanya mereka bersedia untuk meninggalkan kemewahan yang dijanji oleh kerajaan BN dan bersedia untuk bersusah payah dengan pembangkang.
Abdul Gharuf berkata demikian apabila merujuk kepada ucapan Anifah Aman yang minggu lalu yang menngatakan kemungkinan ahli Parlimen Sabah akan berhijrah kepada pembangkang sekiranya perlu dan tidak merasa sayang untuk meningalkan BN yang baginya menyakitkan hati.
Anifah ketika menjawab pertanyaan dibangkitkan Ahmad Zahid Hamidi, yang ingin tahu apakah beliau (ahli Parlimen Sabah) sanggup meninggalkan rumah banglow (BN) untuk tinggal di rumah teres (Pakatan Rakyat), sambil menempelak balik Zahid mengatakan apa guna berada di dalam banglow kalau diletakkan di tepi tandas.
Ucapan Hanifah itu jelas mengenai pendirian wakil rakyat Sabah dan ianya ditafsirkan bahawa ahli Parlimen Sabah kini dalam bersiap sedia untuk bersama Pakatan Rakyat sekiranya mereka terus dianaktirikan.
Abdul Ghafur dalam ucapan semasa menyokong titih ucapan Yang di-Pertua Agong itu memberi reaksi yang sama menjelaskan ahli Parlimen Sabah akan melakukan jika perlu untuk berbuat begitu. Namun beliau lebih apologitik bila mana meminta kerajaan Persekutuan meneliti dan mengkaji apa yang dibangkitkan.
Abdul Ghafur mengungkit soal Sabah dianaktirikan, layanan double standard dalam membawa pembangunan infrastruktur dan pendidikan. Begitu juga peruntukan tiga kerusi menteri kepada ahli Parlimen Sabah yang merupakan kerusi tidak penting sebagai penghinaan kepada rakyat Sabah.
Ia katanya berbeza dengan layan ke atas sebuah negeri di Semenanjung di mana tujuh peruntukan menteri penting diberikan. Adalah dipercayai beliau merujuk kepada Johor.
Abdul Ghafur ternyata kecewa dengan tindakan itu lantas mencabar PM agar merombak semula Kabinet dan memperuntukkan jawatan menteri penting kepada Sabah. "Kita cabar agar Kabinet dirombak dan disusun semula,” ujarnya disambut dengan tepukan meja ahli Parlimen.
Selain daripada membangkitkan isu tersebut ahli Parlimen Kalabakan itu juga meminta agar royalti minya untuk Sabah dinaikan 20 persatus daripada kadar sekarang hanya 5 peratus dan wang itu dimasukkan terus ke dalam tabung pembangunan Sabah. Cadangan itu sejajar dengan tawaran pembangkang sekiranya ahli Parlimen Sabah menyokong Pakatan Rakyat royalti minyak sebanyak 20 peratus akan diserahkan kepada Sabah.
Dalam nada mengancam Abdul Ghafur berkata tidak mustahil kalau segala permintaan dan tuntutan-tuntutan itu tidak dipenuhi, ahli Parlimen BN Sabah akan berhijrah kepada pembangkang. Dalam hubungan ini jelas beliau, mereka tidak perlu menyertai pembangkang sebaliknya boleh mencari makenisme lain misalnya menubuhkan parti baru kemudian bergabung dengan Pakatan Rakyat.
Apakah ucapan Abdul Ghafur yang tidak ada non stop meluahkan perasaan rakyat Sabah itu berupa amaran dan isyarat jelas dan terakhir kepada kerajaan BN bahawa mereka sesungguhnya sudah hiulang sabar dan sedang bersiap sedia dan memerhati perluang untuk berhijrah kepada pembangkang?
Dan apakah isyarat itu menandakan dakwaan Anwar Ibrahim kononnya ada 30 ahli MP Sabah akan menyertai Pakatan Rakyat sudah hampir tiba, dan antara mereka ialah ahli Parlimen Kalabakan (Abdul Ghafur) dan Kimanis (Hanifah Aman)?
Memerhati kepada suhu politik kini yang semakin panas dan perkembangan politik akhir-akhir ini yang sukar untuk diteka, ia memberi bayangan seolah-olah apa yang didakwa Anwar Ibrahim itu sudah hampir sangat ketibaanya?
Pak Lah masih membuta lagi. Dia memang tak nampak atau buat-buat tak nampak benda ni, aku pun tak pasti. Tapi apa yang aku pasti, mamat ni memang bodoh & lembab.
En Son Goku, saya terlalu dan amat bersetuju dgn artikel brader tu dan en parti babi negara, saya tak nafikan sekarang dah ada notis.
Setiap tindakan ada risiko. Maka, sudah tentu tindakan anwar yang besar ini ada implikasinya.
Tetapi yang ramai melihat tindakan ini berjaya mengucar kacirkan hubungan BN Pusat dan Sabah dan terus-terusan menunjukkan kelemahan Pak Lah sebagai PM.
Mungkinkah itu yang tersirat?
Yong Teck Lee kata dalam the Star hari ini, dia bagi kerajaan pusat sehingga Ogos utk penuhi tuntutan Sabah, sekiranya gagal dia tak boleh jamin kalau MP dari Sabah lompat parti.
Manakala, Pairin kata dlm the Star hari ni, dia mencadangkan mana2 MP yang ingin melompat parti, hendaklah meletak jawatan dan mendapatkan mandat baru dari rakyat sabah.
p/s: Agak2 pak lah tengah buat apa sekarang?
Assalamualaikum sahabatku Farid yg kacak bergaya,
Dunia politik (di Malaysia) telah menjadikan manusia lupa asal usul dan penuh emosi membuat tindakan.
Ahli politik Malaysia memerlukan banyak masa lagi untuk mereka menjadi matang dan lebih demokratik.
Alangkah baiknya negara Malaysia menjadi contoh negara Muslim yang bertamadun dan diiktiraf sebagai satu negara yg terdirinya nilai Islam dan sejagat yg tinggi.
Alangkah malunya kita dengan negara yang kita anggap kafir dan lebih berkebajikan dan adil drpd kita.
Zoy
disarankan umno jgn pandang remeh isu yg disuarakan mahathir ni.
kalo cerita bab sabah diberi layanan double standard dan sebagainya, rasanya mp dan adun sabah lebih faham akan hakikat. 3 tahun berkelana dari setiap daerah dan kampung di sabah membuatkan aku berfikir.
adakah mp sabah akan jadi miskin jika keluar bn? rasanya jika sekarang duduk banglo...keluar bn mereka akan duduk istana.
sori abafahim, terposting dua kali plak kat ateh.
Post a Comment