Sumber rocky's bru:-
Brader rocky,
Pengunduran Tun Mahathir sebagai ahli UMNO bukan bertujuan untuk menubuhkan parti baru. Ia juga tidak bererti ramai yang akan meninggalkan UMNO.
Tun M berhenti jadi ahli UMNO kerana UMNO kini diketuai oleh seorang Presiden yang tidak dihormati oleh lawan dan kawan. Presiden UMNO hari ini tidak ada wawasan dan tidak ada agenda untuk menjadikan UMNO sebagai parti yang unggul seperti sebelum PU12. Presiden UMNO hari ini adalah seorang yang populist dan 'self-centered' dan mudah diumpan dan diremehkan oleh pembangkang dan lawan parti.
Lebih dari itu, Presiden UMNO hari ini tidak mengendahkan pandangan akar umbi dan gagal menyuntik semangat dan membina kekuatan ahli parti dan rakan-rakan komponen BN untuk menghadapi pembangkang yang semakin berani dan lantang. Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri tidak ada ketegasan dalam menghadapi cabaran dan lambat, tidak konsisten dan 'ad-hoc' dalam membuat sesuatu keputusan.
Tun M berhenti kerana malu untuk menjadi ahli parti yang diketuai oleh pemimpin yang lemah dan tidak peka kehendak ahli dan rakan BN. Bagaimanapun beliau tidak akan menyertai parti politik lain kerana akan kembali ke UMNO setelah pertukaran penjawat Presiden.
Seperti biasa DS Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden Parti akan memandang ringan
perkembangan ini. Begitu juga dengan para ahli Majlis Tertinggi, tentunya akan menyatakan sokongan tak terhingga kepada Presiden parti.
Memang kita berharap tidak ada pemimpin-pemimpin tertinggi seperti DS Najib, TS Muhyidin dan Tengku Razali Hamzah tidak meninggalkan parti kerana mereka adalah harapan untuk membawa perubahan pucuk pimpinan dalam pemilihan Disember ini. Sekiranya tanpa mereka adakah kita mengharapkan DS Ali Rustam, Datuk Nazri Aziz atau TS Mohamad Taib menentang DS AAB sebagai Presiden?
Ketua-ketua Bahagian dan bakal-bakal perwakilan ke persidangan Disember ini juga harus terus kekal dalam parti supaya dapat menetukan hak memilih Presiden. Tebalkan muka dan jangan rasa malu untuk terus berada dalam parti sehingga tempoh penetuan ini.
Kalau nak jatuhkan DS AAB kena buat dari dalam parti, bukan diluar.
Sambil itu, biarlah Tun M mengkritik DS AAB sebagai pengkritik bebas, tetapi bukan untuk membantu pembangkang. Hanya kemungkinan Tun M menjadi penasihat kepada AP bebas, Datuk Ibrahim Ali, yang akan menubuhkan parti baru.
Posted by Bung Karno
p/s: Tertarik dengan banyak komen-komen Bung Karno
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
kami cadangkan semua pkr and pas members masuk blog paneh. ada persoalan menarik utk mereka. klik link kat blog ni. dengan izin abafahim.
Bila la agaknya PL nak resign. Dah naik meluat dah ni tengok muka dia.
Pembangkang suka tengok PL jadi PM lagi pasal plan diaorang lepas ni nak sapu bersih masa PRU13
Silakan..
Wariehku yang dihormati,
Check out kkamdias.blogspot
Post a Comment