Wednesday, May 7, 2008

Permohonan Penggunaan Perkataan 'ALLAH'.

Source: People's Parliament. Haris Ibrahim

Below are the prayers in the application made by Catholic Weekly Herald to use the word ALLAH:-

1. a declaration that the decision of the Internal Security Ministry (ISM) to prohibit Herald from using the word ‘Allah’ in its publication is null and void;

2. an order to quash that decision of the ISM; and

3. an order that the Herald may continue to use ‘Allah’ in its publication until final determination by the court on this matter.

For the benefit of those who have no idea what this morning’s decision means, here goes.

This morning’s decision means that the judge has formed the view that Herald’s application is not frivolous and warrants a full hearing where the judge will take full arguments from both sides on the issues relating to the reliefs sought by Herald.

In other words, this matter is far from over. It has just started.

Herald will now have to file its judicial application, parties will file and exchange affidavits whereafter the court will hear arguments.

p/s: Selepas kes-kes murtad, hak penjagaan anak diantara orang yang memeluk Islam dan isteri yang masih belum memeluk Islam, pertikaian bidangkuasa Mahkamah Syariah Artikel 121(1A) Perlembagaan Persekutuan, Inter Faith Council (IFC) kini, orang-orang Islam diMalaysia berdepan dengan satu lagi cabaran. Saya cuba mencari sumber-sumber dan pandangan UMNO, PAS dan PKR berkenaan isu ini. Harap dapat bantu saya.

8 comments:

fendy_ahmad said...

Salam Buat Saudara,

Saya tidak berapa memahami intipati kes ini. Adakah tujuan penggunaan ALLAH itu?

Seandainya ia tidak membawa implikasi negatif kepada ISLAM dan tidak berniat jahat sama sekali, maka saya kira tiada masalah untuk 'membenarkannya.'

Tapi andainya penggunaan perkataan ALLAH itu adalah bertujuan jahat, boleh menggangu kesentosaan umat Isalam dan menjatuhkan nama baik agama Islam, maka WAJIB ditentang sekeras-kerasnya.

Abafahim said...

Sumber:-

Tranungkite online.

Tidak Salah Penganut Kristian Guna Kalimah ALLAH – Dewan Ulamak PAS Pusat PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Harakah
Thursday, 03 January 2008

Oleh: Azamin Amin

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato' Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi menjelaskan, tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah 'Allah' malah ia sering digunakan oleh umat Krristian dan Yahudi sejak dari dahulu.

"Cuma jika Allah itu dikaitkan dengan perbuatan dan pemujaan syirik seperti mendua atau mentigakan Tuhan, itu adalah bertentangan dengan agama dan syarak dan dilarang umat Islam mengikut serta; tetapi jika mereka merujuk Tuhan yang sama tidak mengapa," katanya ketika dihubungi Harakah.

Kontroversi berhubung penggunaan kalimah 'Allah' timbul apabila akhbar rasmi Gereja Katolik Malaysia, Herald The Catholic Weekly menggunakan perkataan 'Allah' bagi merujuk kepada 'God' dalam seksyen bahasa Melayu akhbar tersebut.

Pemilik akhbar itu juga menghadapi masalah untuk memperbaharui permit penerbitannya akibat isu tersebut.

Menurut Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato' Johari Baharom, keputusan itu dibuat berasaskan 'kepada satu laporan yang dikemukakan kepada Bahagian Kawalan Penerbitan kementerian berkenaan.

"Herald boleh guna perkataan lain tetapi bukannya 'Allah'; itu akan mengelirukan orang ramai," Johari dipetik sebagai berkata.

Mengulas lanjut, Dato’ Mohamed berkata, ayat-ayat al-Quran turut menyatakan bahawa orang bukan Islam juga memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT termasuk menyebut kalimah Allah.

Dalam pada itu, beliau menegaskan jika akhbar Herald mempunyai agenda tertentu seperti mengelirukan orang ramai bahawa Allah juga meredai agama mereka, maka itu adalah dilarang.

Menurutnya, Islam mengakui Kristian dan Yahudi adalah agama langit (samawi) tetapi setelah Islam dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., ajarannya memansuhkan agama-agama samawi sebelumnya.

Akhbar terbabit sebelum ini pernah menyelitkan sebuah rencana di seksyen bahasa Melayu pada Mei lalu di bawah tajuk "Kasih Allah: Tidak membeza-bezakan" di muka surat 23 yang dilihat cuba mempengaruhi orang Melayu yang beragama Islam terutama golongan remaja.

Herald diterbitkan oleh The Archbishop of Kuala Lumpur bagi pihak The Bishops of Peninsular Malaysia, yang beralamat di Petaling Jaya.

p/s: Cuma yang dibimbangi oleh Dewan Ulama PAS sekiranya akhbar Herald mempunyai agenda tertentu seperti mengelirukan orang ramai bahawa Allah juga meredai agama mereka. Maka, persoalan yang seterusnya perlu dijawab:-

Adakah keadaan masyarakat negara ini terutamanya golongan yang kurang didikan agama dan masalah murtad yang dikatakan agak serius menjadikannya sesuai untuk digunakan oleh masyarakat selain daripada Islam di Malaysia pada masa ini?

Pandangan tuan2 dihargai. tq

cohong gym said...

Seperti Mr. Fendy Ahmad, aku berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk mereka menggunakan perkataan tersebut.

ahmadalbab said...

salam..

saya tidaklah begitu arif dalam perihal undang2 ni..

ini hanya sekadar satu pandangan..

tuhan islam adalah ALLAH s.w.t
apabila ada agama lain menggunakan nama ALLAH bagi merujuk kepada perkataan tuhan, ditakuti ini akan mengelirukan..

kenapa mereka penganut kristian tidak mengekalkan penggunaan nama Jesus bagi merujuk nama tuhan mereka. ataupun guna sahaja perkataan tuhan.. bukankah dalam bible digunakan nama Jesus.

p/s
kadang-kadang kita keliru kalau ada 2 orang nama daud.. kita mesti akan tanya "daud mana ha??"

Anonymous said...

Sebelum ini, belum pernah saya lihat perkataan ALLAH digunakan dalam artikel kristian berbahasa Inggeris. Kenapa pula ianya hendak digunakan di dalam Bahasa Melayu pula? Nampak sangat tujuan utama pengunaan ALLAH ini akan digunakan *khas* untuk mengelirukan umat Islam, bumiputera khususnya.

cohong gym said...

Wahyu yang pertama diturun oleh Allah SWT kepada Rasullullah ialah "bacalah". Ia bermaksud Allah SWT memerintahkan umat Islam supaya menuntut ilmu, bukan sahaja ilmu agama tetapi semua ilmu yang ada atas muka bumi ini.
Pada zaman kehebatan Islam, Ilmuan-ilmuan islam dikenali diseluruh dunia kerana kehebatan dan kecerdikan mereka di dalam pelbagai cabang ilmu. Tetapi malangnya kehebatan tersebut telah padam pada zaman sekarang. Umat Islam dikenali kerana kemunduran dan kemiskinan. Berfikiran kolot dan dicopkan sebagai pengganas.
Kenapa umat Islam sekarang jadi sedemikian rupa? kerana tiadanya ilmu. Di setengah tempat, anak-anak ditegah pergi kesekolah kerana takut diperdaya oleh cikgu yang bukan islam. Ilmu-ilmu sains tidak boleh dipelajari kerana dikatakan ilmu orang-orang Yahudi dan Nasrani. (kenapa saya tidak katakan Kristian? kerana terdapat pelbagai mazhab di kalangan orang Nasrani. Yang paling popular adalah Roman Katholic, Anglican, Church of England, Protestant etc).
Adakah penggunaan "Allah" dikatakan untuk memperdaya umat Islam? Kenapa perlu umat Islam terpedaya sekiranya umat Islam berilmu. Kenapa tidak umat Islam membaca dan menuntut ilmu supaya perkara-perkara seperti ini tidak berlaku? Kenapa perlu kita takut kepada orang Yahudi dan Nasrani sekiranya kita berilmu? kenapa dan mengapa?
Jangan jadikan kependekkan akal umat Islam sebagai alasan. Salahkan mentaliti umat Islam sekarang. Umat Islam perlu bangkit. Tuntutlah segala ilmu yang ada atas muka bumi ini. Jangan kita lupa semua ilmu yang ada adalah dikurniakan oleh Allah SWT untuk hambanya.

Anonymous said...

lamo den tak komen kek blog ko nih abafahim. bz plak. syok plak topik ni. jgn mare haa...

Adakah penggunaan "Allah" dikatakan untuk memperdaya umat Islam? Kenapa perlu umat Islam terpedaya sekiranya umat Islam berilmu. Kenapa tidak umat Islam membaca dan menuntut ilmu supaya perkara-perkara seperti ini tidak berlaku? Kenapa perlu kita takut kepada orang Yahudi dan Nasrani sekiranya kita berilmu? kenapa dan mengapa? - KAMI SETUJU UMMAT ISLAM MESTI BERILMU. TAPI PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI. MEMBUDAYAKAN ILMU TIDAK HANYA DENGAN BERCAKAP DAN JGN HANYA MEMANDANG DIRI KITA. BANYAK ANAK BANGSA KITA YANG MASIH TERKEBELAKANG. PENGALAMAN KAMI BERTAHUN-TAHUN MEMBUAT KURSUS-KURSUS BELIA SERATA MALAYSIA, MELIBATKAN PESERTA PERINGKAT UMUR 13 HINGGA 25 TAHUN YANG TIDAK BERPELAJARAN TINGGI, MUDAH KELIRU DENGAN KEADAAN SEKELILING. SEMUANYA MELAYU. JGN KELIRUKAN MEREKA LAGI DGN ISU SEPERTI INI. PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH OLEH HERALD BOLEH MENGELIRUKAN KEPADA GENERASI MUDA KITA INI YANG MASIH MENCARI JATI DIRI.

JGN SAMAKAN DLM KONTEKS NEGARA ARAB ATAU ORG KRISTIAN DAN YAHUDI ZAMAN DAHULU. PADA MASA ITU MEREKA AKUR DENGAN ISLAM KERANA ORANG ISLAM KUAT. KITA KENA TGK DALAM KONTEKS MALAYSIA. LETAK HUKUM IKUT BUDAYA SETEMPAT SEPERTI YG DIAMALKAN ULAMA2 TIMUR TENGAH JIKA BERLAKU PERCANGGAHAN PENDAPAT.

Kenapa perlu kita takut kepada orang Yahudi dan Nasrani sekiranya kita berilmu? - RASANYA ORANG ISLAM TAK TAKUT. CUMA MEREKA BERHATI2 KERANA AMARAN ALLAH JELAS DALAM AL-QURAN TTG BANGSA INI.

Anonymous said...

Permohonan penggunaan perkataan ALLAH oleh gereja Katolik lebih bersifat kepada pengunaan bahasa dalam lokasi dimana ia berada bukan bersifat Fekah Tauhid seperti yang diamalkan oleh penganut Islam sedunia.Kalau Roman Katolik malaysia nak ubah lagi rujukan nama tuhan Katolik ini bermakna mereka nak selewengkan lagi ugama mereka.Walupun pada Hakikat sebenar ALLAH adalah tuhan kepada sekelian tuhan yang ada dimuka bumi dan tuhan kepada semua ugama yang ada dan ia adalah Fil'Alamin.Penggunaan nama Allah dlm ugama kristian hanya mereka berada di Tanah arab saja.Tetapi sekarang Roman Katolik Malaysia berkiblat ke Vatican City Rome.Jadi apa kena mengena dengan nak guna pakai perkataan Allah dalam gereja.Tidak kah orang kristian terasa sesuatu yang pelik.Apakah Allah itu boleh di perbagaikan pegertiannya jawaban tidak.Allah menyayangi semua makluk atas muka bumi ini dengan sifat RAHMAN tetapi ALLAh mengurnia sifat RAHMAN dan RAHIM itu kepada orang Mukmin saja orang Katolik nak kena faham.Kalau tuan paderi nak juga guna nama ALLAH itu dipakai guna kena suruh semua pengikut peluk Islam kalau lonjakan perkataan nama Allah ini disyorkan mereka untuk dipakai guna dalam gereja atau buletin Katolik.Saya harap Roman Katolik Malaysia jangan lah nak berpandukan kepada Republik Indonesia