Tuesday, May 6, 2008

Rupanya Lim Kit Siang sokong DEB..

Berikut adalah tajuk (Saya Sokong DEB : Lim Kheng Yaik) di blog http://paneh.blogspot.com yang mana seorang pembaca mendedahkan bahawa Lim Kit Siang sebenarnya menyokong DEB.

Petikan ucapan Lim Kit Siang di Parlimen tahun 1988:

" DAP dan sejumlah rakyat Malaysia yang menyokong DAP,bersetuju dengan objektif Dasar Ekonomi Baru bagi mencapai perpaduan negara melalui proses serampang dua mata,yakni menhapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusunkan semula masyarakat Malaysia melalui penghapusan menurut pekerjaan dan tempat kediamannya.Kami juga menerima jaminan DEB bahawa dalam perlaksanaannya,tidak ada kumpulan yang akan mengalami kerugian atau berasa dilucutkan hak,keutamaan,pendapatan dan pekerjaan atau apa-apa peluangnya. Apabila Rancangan Malaysia Kedua dibahaskan di Parlimen lebih 10 tahun yang lepas,saya menyatakan bagi pihak DAP bahawa DAP menyokong perlaksanaan proses serampang dua mata itu.."

Buku "Dasar Ekonomi Baru Pertumbuhan Negara dan pencapaian Ekonomi Orang Melayu " (Cetakan Kedua 2002.

p/s: Tiada salahnya dengan dasar-dasar DEB sehingga LKS sendiri bersetuju. Yang pentingnya kita berusaha betulkan mana-mana yang tidak kena.

3 comments:

paneh said...

good posting bro. kita tunggu apa kata mereka...

Anonymous said...

Assalamualaikum Farid, anyway nak ucap tahniah coz dah berkecimpung dalam arena blog ni..its good bro at least dapat jugak kita berbincang ek dari sudut ilmiah berkenaan kehidupan pasca pilihanraya ke 12 ni..nak jumpa kengkawan sekarang masing masing sibuk..sekurang kurangnya dengar jugak berita kat sini. Bravo bro..About this DEB ni, I think it just a political agenda untuk orang yang nak berkuasa..itu yang di gembar gemburkan...actually for kaum lain depa pun terlibat dalam menjayakannya dan dapat kongsi ek, kalau tak takkan pendapatan per kapita mereka still ahead from us..masing masing still boleh cari makan tanpa ada tekanan dari mana mana pihak...Cuma Bab DEB ni kalau boleh dapat dirancang dan dilaksanakan dengan kaedah yang lebih terperinci agar menjadi lebih relevan kepada kaum melayu khasnya dan kaum kaum lain amnya. Kena ada ketakwaan dalam perjuangkan DEB...Wallahualam..

cohong gym said...

Pada keseluruhannya DEB adalah baik dan penting untuk semua rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu.
Cuma ada individu-individu yang mempergunakan DEB untuk kepentingan diri sendiri.
Macam kau cakap, yang perlu dilaksanakan adalah memperbetulkan kepincangan di dalam DEB supaya semua orang dapat menikmatinya