Wednesday, May 28, 2008

SCOMI sebabkan lambakan bas-bas RapidKL?

Sumber: Siasah

KUALA LUMPUR, 28 Mei: Hampir kesemua bas baru RapidKL dibekalkan oleh anak syarikat Scomi Berhad yang dipengerusikan oleh anak Perdana Menteri, Kamaludin Abdullah.

Begitu juga bas-bas baru RapidPenang, ia juga dibekalkan oleh anak syarikat Scomi itu.

Akhbar Utusan hari ini menyiarkan di muka depannya gambar lautan bas City Liner, Park May dan Intrakota yang memberikan khidmat kepada warga kota selama ini yang tersadai di depoh mereka.

Sebahagian besarnya dikatakan masih dalam keadaan baik tetapi tidak digunakan.

Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) membangkitkan perkara ini dalam Dewan Rakyat semalam.

“Kenapa gabungkan dua syarikat ini tetapi tidak gunakan bas-bas tersebut dan beli bas-bas baru,” tanya Bung Mokhtar yang mempertikaikan langkah itu.

“Saya ingin tanya kerajaan, adakah apa-apa yang tidak kena dalam penjelmaan RapidKL ini,” tanya Bung sebagaimana yang dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.
Posted by Siasah at 6:58 PM

p/s: Harap kerajaan telus tentang isu ini! Kami mahukan JAWAPAN!!

5 comments:

Anonymous said...

Mungkin tugas pertama balaci KJ, ezam dalam UMNO ialah utk menyiasat perkara ini kahkah

my-fikirr menulis said...

Assalamualaikum Sdra,

Saya banyak dapat maklumat drpd blog Sdra. Tkasih dan tahniah diucapkan. Teruskan menulis.

Saya tertanya2 bbrp persoalan :

Bukankah penubuhan beberapa suruhanjaya oleh kerajaan kepimpinan Pak Lah baru2 ini bertujuan untuk membongkar ketelusan dlm semua hal?

Mengapakah ketika membongkar kes berpuluh tahun yg lalu dicanangkan sbg bukti ketelusan sdgkan yg terbentang di depan mata tidak disiasat ketelusannya?

Tidakkah unsur ketelusan ini yg dijadikan faktor utama oleh Ezam ketika membuat keputusan menyertai Umno semula?

Dan adakah ketelusan telah mempunyai definisi yg berbeza2 berdasarkan individu tertentu?

Sekadar persoalan peribadi.

Abafahim said...

En Myfikirr

Untuk respons kepada komen diatas, Saya dah prepare satu komen panjang lebar tadi tetapi malangnya bateri laptop habis dan gagal diposting.

Saya akan respons kemudian

Abafahim said...

Salam myfikirr

Saya selalu membayangkan ketelusan didalam pemerintahan P.Lah adalah seperti berikut:-

Beliau sebenarnya tidak mampu mengawal dan mentadbir keseluruhan kerajaan dengan baik, maka, apabila timbul sesuatu permasalahan, pendekatan yang diambil ialah 'kita telus'.

Sedangkan isu-isu sensitif dan berbangkit sepatutnya boleh dan mampu diselesaikan lebih awal sekiranya beliau mentadbir kerajaan dengan baik dan berkesan.

Mengapa pada zaman pemerintahan Tun, tidak timbul isu2 tentang ketelusan, isu2 sensitif agama dan kaum malah setiap pilihanraya mendapat sokongan 2/3 majoriti. Takkan rakyat tidak bijak menilai?

Pada saya ini adalah kerana beliau telah memimpin kerajaan dengan baik dan berkesan dan bijaksana sehingga rakyat hidup didalam suasana tanpa tekanan walaupun didalam keadaan ekonomi meleset 1997-1999.

Ezam kata dia masuk UMNO balik sebab dasar-dasar P.Lah. Semasa ditemuramah oleh TV3, beliau seolah2 belum bersedia untuk menyatakan kepimpinan p.lah adalah baik dan telus.

Habis tu dulu dia masuk dan berjuang dalam UMNO sebab apa?

my-fikirr menulis said...

Assalamualaikum Sdra,

Apakah bila semakin ramai org berbicara soal ketelusan, maka telus sudah menjadi satu bahan percakapan sahaja, tanpa ada keperluan kpd pelaksanaan?

Adakala saya terfikir begini... hari2 telus diucapkan, hari2 juga kita semakin terkeliru.

Yg ucap telus nampaknya semakin kabus.

Sekadar pemikiran peribadi.

Apapun, tkasih atas ulasan Sdra.