Sunday, May 18, 2008

Sedihnya Sejarah Kota A Famosa.

Sebagai seorang yang menetap di Negeri Melaka walau berulang bekerja di Negeri Sembilan, seorang kenalan rapat menghubungi saya untuk melawat keindahan dan peninggalan sejarah yang unik serta menikmati hidangan ikan bakar di Umbai.

Sebagai seorang yang berbangga dengan keindahan Negeri Melaka, saya sangat menggalakkan kehadirannya dan memberi tunjuk arah setiap tempat yang ingin dilawati.

Cuma apabila sedang saya berbual, tiba-tiba saya teringat satu input bacaan seorang teman baik yang meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap betapa sengsaranya dan pedihnya perjuangan nenek moyang kita selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Saya tidak dapat mengelakkan diri saya daripada memaklumkan kenalan saya itu bahawa, kota A Famosa itu dibina daripada batu-bata runtuhan masjid-masjid yang dimusnahkan oleh penjajah selepas Kesultanan Melayu Melaka rebah yang sebelum itu merupakan Pusat perdagangan dan penyebaran Agama Islam terkenal didunia .

Buktinya, masjid yang dikenalpasti sebagai masjid tertua di Melaka hanyalah disahkan dibina pada kurun ke 17 atau kurun ke 18.

Dimanakah masjid-masjid yang wujud ketika kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pada sekitar kurun ke 15?

Kesimpulan bacaan teman saya tadi bahawa penghapusan etnik yang pertama didalam sejarah peradaban manusia adalah rupa-rupanya terjadi ke atas bangsa melayu di Melaka.

Berbalik kepada perbualan saya bersama kenalan tersebut, sebaik sahaja mendengar cerita tersebut, kenalan baik saya terus membatalkan niat untuk melawat kota A Famosa, namun hajat untuk menikmati ikan bakar tetap diteruskan.

Namun, pada saya tiada salahnya melawat, malah setiap kali kita melawat, biarlah ianya disertai dengan kesedaran dan keinsafan untuk pedoman kita pada masa kini dan pada masa hadapan.

p/s: Menjadi sebahagian keluarga Baba dan Nyonya isteri yang berasal dari keluarga pedagang-pedagang dari negeri cina semenjak zaman kesultanan melayu melaka amatlah bertuah dan unik. Bagaimana budaya, pakaian, pergaulan, bahasa, masakan (rendang is the best) dan sebagainya saling tidak tumpah dengan budaya melayu, Namun begitu, mereka masih mempertahankan kepercayaan mereka tetapi ramai juga tertarik memeluk Islam. Malah, sambutan tahun baru cina dirasakan sangat meriah dibelah keluarga mertua. Mereka inilah bukti yang melihat perjuangan dan kesengsaraan bangsa melayu membebaskan tanah melayu ini daripada cengkaman penjajah.

2 comments:

cohong gym said...

kenapa tak ajak dia pegi rumah aku je. Bole la melawat tempat-tempat yang tak bersejarah hahahhaha. Bole melawat reban ayam, kandang kambing n lembu dan mandi-manda di sungai Chohong

paneh said...

Masjid tertua di Melaka dibina pada 1720 di kg hulu yg dibina oleh bangsa cina yg memeluk Islam. Selepas itu beberapa masjid terawal dibina pada 1728 dan 1738 di sekitar Melaka. Semasa serangan kali kedua portugis itu maka jatuhkan kesultanan Melayu Melaka pada 1511. Kota A Formasa di bina dlm tempoh 6 bulan sahaja sepanjang 10km hasil daripada runtuhan batu2 masjid, rumah, batu2 nisan kubur, termasuklah kubur kerabat2 diraja melaka yg ada pada masa itu. Den sarankan kepada semua pegilah rombongan ke kota a farmosa tu, sentuhlah ia, hayatilah keperitan bangsa Melayu yg dihina dan tempat ibadatnya dihancurkan. Semoga kita semua tidak hanya melihat dengan mata, mendengar dgn telinga dan hanya merasa dengan tangan.

p/s: aku dah siap artikel lengkap keseluruhan cerita pasal a farmosa ni, tapi abafahim dah mula dulu. congrat bro. cuma tambah input skit.